Semua ibu bapa mahukan anak-anak yang dilahirkan membesar dengan sihat dan bijak. Selain melakukan pelbagai rangsangan untuk perkembangan otak yang cerdas, soal pemakanan juga perlu dijaga dan dititikberatkan seawal anak itu mula makan.
Menjaga pemakanan sejak anak mula diberikan makanan pejal sangat penting jika mahu anak anda sihat dan bijak. Selain membekalkan sumber khasiat untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat, makanan juga penting untuk perkembangan otak. Bahkan menjaga pemakanan juga sangat digalakkan dalam ajaran Islam.
Selain mengajar anak-anak mengamalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk kesihatan badan dan diet yang seimbang, jangan lupa biasakan si kecil untuk mengamalkan makanan sunnah Rasulullah SAW. Makanan sunnah bukan sahaja baik untuk kesihatan badan tetapi juga membantu mencerdaskan otak.
Percayalah, anak yang terbiasa mengamalkan makanan sunnah akan membesar sebagai anak yang sihat dan bijak dengan izin Allah SWT seperti yang dikongsikan oleh Tazkirah.net
1. Madu
Tak perlu dipertikaikan lagi. Madu lengkap sebagai makanan yang memiliki semua komponen keperluan manusia seperti enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.
2. Kismis
Diperbuat daripada anggur kering, kismis kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Kismis adalah salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak.
Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:
“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”
Petikan kitab Tibb an-Nawawi
3. Kurma
Amalan memakan kurma amat digalakkan kepada wanita mengandung bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai makanan yang baik untuk otak.
4. Buah Tin
Kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah tin memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.
Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik.
Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.
Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak.
5. Habbatussauda
Biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit. Dalam Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”
6. Minyak Zaitun
Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan.
Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.
Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung.
Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.
7. Susu Kambing
Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.
Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri.
Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.
Proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah ke seluruh tubuh manusia.
Selain mendisplinkan anak dengan pengambilan makanan sihat, ibu bapa yang kesuntukan masa boleh mengambil alternatif dengan memberikan suplemen Al-Fateh kerana khasiat di dalamnya mengandungi kismis, madu, safron, gam Arab, delima yang bagus untuk minda anak-anak.
Keterangan lanjut mengenai Al Fateh hubungi 019-6129869 atau layari www.alfatehjunior.com dan boleh emailkan di info@alfatehjunior.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI