Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di muka mengundang kemarahan ramai.
Pengurus operasi pusat jagaan itu, berkata dia dimaklum seorang kanak-kanak lelaki penghuni pusat itu ditampar dan ditumbuk seorang guru.
Beliau berkata, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Johor Bahru.
Katanya, mangsa ditampar dan ditumbuk di pipi sebelah kanan oleh seorang guru lelaki disebabkan berlaku perselisihan faham dengan murid lain di makmal komputer.
“Boleh ke cikgu lelaki sekolah sepak muka budak 10 tahun? Selepas tu bila budak jatuh menangis dia tumbuk pula.
“Lepas tu rentap rambut dan seret budak punya rambut sampai ke ofis. Sebab dia tak ada mak bapa, cikgu berani buat begitu kepada anak TBQ Amal?
“Sebab dia duduk di rumah kebajikan maka boleh perlakukan budak ini lebih teruk dari binatang?” tulisnya di Facebook.
Dakwanya lagi, kejadian ini berlaku disebabkan murid tersebut dikatakan berkelakuan nakal namun tindakan guru terbabit dianggap keterlaluan.
“Ini bukan nak mendidik tetapi mencederakan budak. Walau nakal macam mana sekali pun, ikutlah SOP.
“Nak rotan dipersilakan, tapi ikut SOP KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) bukan belasah budak ikut nafsu sampai blue black (lebam) muka budak,” katanya lagi.
Menurut pelayar itu, pusat kebajikan tersebut akan membuat laporan polis dan menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya diambil.
Sementara itu, memetik laporan BHarian, pengurus operasi pusat jagaan itu mengesahkan telah membuat laporan di Balai Polis Larkin, Johor Bahru, pada Khamis.
Sumber: Berita Harian dan TBQ Amal