
Isi Kandungan
ToggleAnak Zahirah MacWilson dua-dua ada ‘lesung pipit,’ comel betul Isaac dan Inara. Zahirah MacWilson melahirkan anak keduanya, Inara Raisa pada 31 Mei lalu. Terbaharu melalui hantaran di laman Instagramnya, Zahirah berkongsi gambar anak keduanya itu.
Anak Zahirah MacWilson Dua-dua Ada ‘Lesung Pipit’
Namun apa yang menarik perhatian warga maya selain penampilan Zahirah yang nampak cantik dan langsing walaupun masih berpantang ialah kecomelan Inara. Sama seperti abangnya Isaac Raees, Inara juga mempunyai lesung pipit. Comel betul bila si kecil ini senyum!
Ramai yang tidak sabar untuk melihat Inara besar nanti. Tentu comel bila tersenyum macam abangnya. Ada juga warga maya yang berpendapat wajah Inara Isaac. Tak kurang juga yang mengatakan Inara adalah Isaac versi perempuan.
Comel Betul Isaac & Inara Bila Senyum
Zahirah kini berada di kediaman ibunya di Perth, Australia, Maslinda Yusoff yang menatap di sana. Zahirah berpantang di sana dan dijaga ibunya.
Meninjau diruangan komen ramai warga maya yang geram dengan kecomelan Inara.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sumber: Instagram Zahirah MacWilson
Baca artikel lain juga: Zahirah MacWilson Bersalin Anak Kedua, Kali Ini Baby Girl Ina Raisa Nama Pilihan
Isaac Gentleman Anak Zahirah Aiman Pandai Buat Kerja Rumah, Boleh Diharap
Anak Zahirah MacWilson Buat Muffin, Ramai Geram Dengan Aksi Comel Isaac Raees
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dalam Rumahtangga, Penat Tu Dua-Dua Kena Rasa” Tak Perlu Sempurna Sangat, Saling Memahami Kunci Bahagia!

Tak ada rumahtangga yang sempurna kerana kita juga bukan insan yang sempurna. Maka saling bertolak ansurlah dalam menguruskan rumah tangga bersama.
Jangan hanya meletakkan rasa kepenatan itu kepada sebelah pihak saja. Biar sama-sama penat menguruskan anak dan rumah tangga.
Paling penting jangan meletakkan tanda aras sempurna dalam semua perkara. Terima seadanya. Inilah yang cuba dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin.
“Kau penat, aku pun penat…” Dalam rumahtangga, kalau kita nak lawan sapa yang lagi penat, sapa yang lagi banyak buat keje, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka.
Prinsip rumahtangga saya, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal, jangan paksa diri, jangan nak perfect.
“Malam ni masak apa…?” Wife jawab tak tahu lagi, tak decide lagi sebab tengah ajar anak buat keje sekolah. Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Balik rumah, sampai ja rumah, tengok baju masih kat ampaian. Panggil anak, mintak dia ambik bakul, saya kutip, bawak masuk dalam rumah. Lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat.
Boleh ja saya balik rumah pastu tanya,”kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerje kot, takkan balik rumah kena buat macam-macam lagi.
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Isteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang. Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa.
Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT APA-APA.
Larat kemas, kemas, tak larat biar bersepah. Larat masak, masak. Tak larat kita tapau luar. Larat lipat baju, lipat…tak larat, esok kita buat.
Ada yang jenis nak perfect, nak siapkan jugak walaupun tak sempat…boleh, teruskan dan buatlah. Tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu.
Dalam rumahtangga ni, penat tu dua-dua kena rasa. Kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumahtangga tu TENAT…✌️
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Firdaus Shakirin
Foto: Shakina Rabahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gelagat Anak Sulung Intan Ladyana & Harris Alif Nyanyi Lagu ‘Cikebum’ Untuk Adik Curi Perhatian, Lembut Suaranya

Isi Kandungan
ToggleGelagat anak sulung Intan Ladyana dan Harris Alif nyanyi lagu ‘Cikebum’ untuk adik curi perhatian, lembut suaranya. Intan selamat melahirkan anak kedua seorang bayi lelaki pada 26 April lalu. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih.
Walaupun pasangan ini berbeza usia 17 tahun namun itu bukan masalah untuk masing-masing menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga. Malah Harris Aliff dilihat cukup matang menguruskan rumah tangga sebagai suami dan juga bapa.
Gelagat Anak Sulung Intan Ladyana & Harris Alif Nyanyi Lagu ‘Cikebum’ Untuk Adik Curi Perhatian
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik Harris Alif yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 127 ribu, tanda suka sebanyak 6,409 dan sebanyak 139 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Evie bersama ayahnya iaitu Harris Alif menyanyikan lagu ‘Cikebum’ sambil duduk di sebelah adiknya yang baru lahir itu.
Comel Sangat
Rata-rata warga maya teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Evie seorang kakak yang sangat lembut suaranya, ditambah pula dengan telatahnya yang sangat comel itu.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sumber: TikTok Harris Alif dan Instagram Harris Alif
Baca juga artikel lain: Kejap Lagi Kita Pergi Tengok Adik Intan Ladyana Selamat Bersalin, Harris Ajak Evie Jumpa Baby Baru!
Its A Boy Intan Ladyana Dan Suami Bakal Timang Anak Lelaki!
Amboi Garangnya Dia Macam Gaya Ibu Berlakon, Gelagat Anak Intan Ladyana Buat Wargamaya Terhibur!
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Putus Doa! Nak Pastikan Anak Bijak Dan Dengar Kata, Ibu Amalkan Ni Masa Hamil!

Isi Kandungan
ToggleMatlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata serta tidak bermasalah sebenarnya harus bermula daripada awal, iaitu ketika mengandung lagi.
Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangannya.
Jadi matlamat untuk menjadikan anak bijak haruslah lebih jelas.
Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu.
1. Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian ibu ketika hamil mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein.
Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
2. Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Sepanjang hamil, anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.
Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
3. Jangan Lupa Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran.
Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
4. Kerap Sentuh
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. Ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
5. Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
6. Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.
Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
7. Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.
Berita baik buat pasangan yang ikhtiar hamil. Sertai Zumba Sarung & Sembang Sihat bersama pakar berpengalaman. Ada peluang untuk menang hadiah hebat!
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/sembang-sihat/
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI