“Along, dah tu tengok TV. Gi mandi. Jap lagi dah nak maghrib.”
Along masih juga tetap duduk depan TV tanpa menghiraukan panggilan mama nya.

“Along, dengar tak mama panggil. Pergi mandi.” Mama ulang lagi arahannya.
“Aaa…”Along menjawab pendek.

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan, Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan.

“Along…SEKARANG!!” suara mama dah macam gaya Kak Ros pangil Upin Ipin mandi dah.

“Mama, jap la dulu. Sikit lagi, nak abis dah ni.” Along bagi alasan.
“Dah..dah..sudah. Tutup TV tu sekarang. Dari tadi lagi mama dah suruh. Kalau tak, mama cubit kang. Sudah mama cakap!.” Mama mengeraskan suaranya.

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan, Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan.

“Ishh…yelah..yelah..yelah..orang tutup la ni.” Dengan mula masam mencuka, hentakan kaki yang begitu, nampak sangat along sedang bengang dengan arahan mama nya tadi. Along, tutup TV dan masuk ke biliknya.
Anak yang lain, di masa yang lain :

“Ala…mama..tak naklah susu macam ni. Ali nak susu panas sikit. Ini dah sejuk. Tak sedap.” Ali berumur 4tahun merengek.

“Cuba Ali rasa dulu. Sedap ni.”mama memujuk.

“Tak nak..Ali tak suka yang macam ni.” Ali menjawab.

“Ali ni, mama dah penat-penat buat. Biasa ok je. Hari ni, tak nak pulak. Bukan sejuk mana pun. Boleh minum terus ni.” Mama menjawab.

IKLAN

“Tak nakkk…nak panas sikit.” Ali menegaskan suaranya.

“Suka hatilah. Kalau nak, minum je. Kalau tak nak, tak yah minum. Ngada-ngada plak budak ni.” Dengan rasa penuh geram mama biarkan saja air tu dengan Ali.

Dihujung hari, si mama ni terfikir-fikir, apalah yang jadi sebenarnya. Kenapalah anak-anak perangai macam ni. Kecik-kecik dah pandai melawan. Teringat masa zaman kecik-kecik dulu, kalau mak ayah suruh je buat apa-apa, laju je buat. Tak de nak jawab-jawab bagai macam anak-anak ni. Apa yang tak kena sebenarnya?. Salah aku ke yang mendidik? Atau memang aku tak bagus jadi mama?

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan, Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan.

Antara soalannya:

Boleh kongsikan tips anak yang suka membetah (melawan) cakap ibu bapa mereka? Anak saya contohnya sering memberi alasan untuk sesuatu perkara seperti’ nak tengok kartun ni dulu sebelum mandi?’, ‘tak nak susu panas, nak susu sejuk’ sedangkan kebiasaanya ok je.

Saya selalu cuba melayan semua pertanyaannya tapi bila terlalu banyak alasan diberi, saya jadi kurang sabar. Bila saya tinggikan suara, dia kata saya garang dan selalu marah dia.

IKLAN

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan, Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan.

Baik, mari Ibu kongsikan pandangan dan jawapan Ibu ya.

Sebenarnya jika anda kaji betul-betul anak begini, bukan melawan kata, dia hanya mahukan OPTION. Dia mahu negotiate dengan ibunya. Oleh itu para ibu bapa perlu bijak untuk pro-aktif.

Jangan hanya suruh dia mandi, beri dia OPTION nak mandi sebelum kartun atau nak mandi selepas kartun. Kalau anak pilih nak mandi selepas kartun habis, immediately selepas kartun TV ditutup. Di sini ibu bapa perlu tegas dengan masa menonton TV.

Mungkin selama hari ini kita hanya terdedah dengan keibubapaan cara ARAH dan PATUH yang hanya sesuai untuk zaman peringkat umur Ibu ni. Generasi BABY BOOMERS orang panggil, yang lahir sekitar 1944 – 1965.

Anak-anak zaman sekarang ni, kita panggil anak Zaman Milenia, lebih kepada option dan mahu dipengaruhi supaya mereka boleh memilih sendiri untuk bekerjasama dan bukan taat dan patuh sahaja.

IKLAN

Kenapa?

Kerana sekiranya anak-anak itu dibesarkan dengan arah dan patuh sahaja, anda mungkin akan mematahkan semangat anak-anak yang kuat semangat. Anak zaman ni cerdik. Anda perlu bijak mempengaruhinya untuk bekerjasama dengannya dan bukan paksa untuk dia beri bekerjasama saja.

Jadi sekarang, apa yang anda perlu lakukan adalah:

1. BERI PILIHAN
2. PENGARUHI DIA DENGAN PERBINCANGAN dan PENERANGAN.

Memanglah nampak macam panjang je caranya, beza dengan ARAH dan PATUH. Namun, ia akan sangat membantu membina anak menjadi orang yang lebih reasonable pada masa depan. Pecayalah, sebab Ibu sendiri dah lalui banyak pengalaman.

Semoga perkongsian Ibu ini dapat membantu anda meningkatkan kefahaman mengenai ‘loving & firm’ parenting.

Salam Sayang.

Kredit: Ibu Rose

Anak Zaman Sekarang Nak Pilihan, Tak Sama Macam Anak Zaman Dulu Yang Patuh Pada Arahan.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI