Semasa dalam tempoh pemulihan pelbagai rawatan yang perlu dilakukan supaya anda kembali segar. Keperluan ini penting kerana semasa hamil keseimbangan hormon badan anda telah terganggu. Antara aspek rawatan dalam tempoh berpantang ialah amalan pemakanan berpantang.
Senarai semak pemakanan semasa berpantang;
Waktu makan
Pada minggu pertama, anda digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim. Waktu makan anda tepat untuk mengelak perut masuk angin. Makan nasi dalam keadaan masih panas dalam kadar yang sederhana. Tidak mengapa jika anda makan kerap tetapi elak makan jumlah yang banyak.
Pada minggu kedua dan seterusnya anda sudah boleh mulai makan makanan yang berkuah seperti sup sayur dan sup ikan serta buah-buahan supaya anda mendapat makanan berkahsiat.
Makanan yang dilarang ialah bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa, berlemak dan terlalu banyak minyak. Minuman berais tidak dibenarkan. Anda perlu mengikut pantang secara alami untuk memastikan badan kembali segar.
Elakkan makanan berlemak
Apa yang anda makanan akan memberi impak kepada badan anda. Pastikan jumlah makanan diambil terkawal supaya tidak menjejaskan berat badan anda. Anda digalakkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus.
Proses penghadaman
Ads
Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia adalah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai ‘panas’ dan ‘kering’. Anda digalakkan mengambil halia dengan banyak semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.
Masalah keletihan dan kemurungan
Keletihan, tidak cukup tidur kemurungan akibat masalah fizikal selepas bersalin adalah perkara yang mungkin dialami oleh anda. Daun pegaga adalah antara ulam-ulaman dimakan semasa pantang. Daunnya disifatkan sebagai tonik saraf kerana fungsinya yang membantu merehatkan dan menambahkan ingatan.
Membuang angin
Lazimnya selepas bersalin, badan akan berangin dan perlu diurut untuk membuangnya. Selain halia, sayuran sawi dikatakan dapat membuang angin. Seeloknya sayuran ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.
Sumber penambah susu ibu
Ads
Jika anda ingin menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar, pengambilan cekur manis, lobak, peria dan pegaga dapat membantu anda. Malah sekiranya diambil secara kerap, ia membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
Sumber tenaga
Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.
Anti oksida
Semasa dalam pantang anda juga perlu membuang toksin dalam badan supaya badan kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia. Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida dengan mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A,C dan E.
Minum air
Ads
Pengambilan air semasa pantang tidak dibenarkan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Keadaan ini akan membuatkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar. Namun, air mesti diambil tetap kerap dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa. Air amat penting untuk pengeluaran susu ibu dan proses penyembuhan.
Ikan segar
Selain pemakanan ulaman, herba dan minuman, pemilihan ikan segar perlu betul. Ia perlu kerana ada ikan yang tidak sesuai untuk anda makan semasa berpantang. Ikan segar dan tidak gatal antaranya ikan haruan, sardin dan selar. Ikan haruan amat digalakkan buat anda bersalin pembedahan (caesarean). Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya anda kebarangkalian akan mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.
Penyembuhan
Untuk memastikan luka anda kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat penyembuhan luka-luka anda. Buah oren mempunyai banyak vitamin C untuk memberi kesihatan badan anda. Juga elak makanan yang menjalar, angin dan sejuk antara kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak antara minuman jenis sejuk dan tajam. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.
Kecutkan rahim
Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil, namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab-sebab tersendiri.
Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si manja dapat khasiat secukupnya untuk membesar.
Tetapi dalam membancuh susu formula si bayi, ramai ibu bapa melakukan perkara salah sehingga menyebabkan zat dan nutrisinya susu berkenaan hilang di mana mereka akan mula membancuh susu dengan air panas dahulu.
Bagaimana anda membacuh susu formula❓❓
Selalunya cara di bawah ini bukan❓❓
1) Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2) Tuang air panas.
3) Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4) Goncang sehingga sebati
5) Rasa suhu sebelum diberi minum.
Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!
Kenapa❓❓
✔️✔️ Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut.
✔️✔️ Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia (material botol susu) itu.
✔️✔️ Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.
Oleh itu disini kami titipkan langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja iaitu:-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan: 4oz air masak, 1oz air panas untuk susu 5oz.
3)Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Nad Zainal throwback sempena ulang tahun kelahiran Yem ke-2, sebak mengenang proses kelahiran anaknya kerana perlu melalui pembedahan secara kecemasan lebih awal. Hanya dia dan suaminya melalui saat-saat itu kerana tidak mahu ahli keluarga panik dan bimbang.
Bersalinkan anak pertama selalunya ibu ayah masih belum ada pengalaman. Tapi selepas lahir dan menyaksikan perkembangannya, tidak dinafikan ibu-ibu mudah tersentuh terutamanya bila mengenang proses kelahiran yang mungkin agak rumit.
Aktres berbakat Nad Zainal mengenang kembali detik kelahiran buah hatinya, Ibrahim Fahad atau selalu dipanggil dengan nama manja Yem. Semalam, dia throwback proses melahirkan Yem. Rupanya dulu melalui emergency caesarean kerana Yem sudah membuang najis dalam kandungan pada 14 Oktober 2016. Yem lahir awal 6 jam lebih awal daripada yang dijadualkan dan tidak sempat untuk berkongsi tarikh lahir 16 hari bulan dengan Nad dan suaminya.
Memuat naik video Yem sedang menatap lukisan karikatur dirinya. Berikut ialah kapsyen Instagram Nad;
nad.zainalLagi beberapa jam, genaplah usia Fahad Ibrahim bin Muhammad Faliq 2 tahun, 14/10/2016, 11.33pm.
Anak kelahiran KL yang terpaksa dikeluarkan dari perut 6 jam awal kerana sudah membuang dalam perut, emergency caesarean .. fuhh, pengalaman yang menakutkan.
Tapi excited juga nak tengok muka Yem masa tu.. nervous campur tak sabar. Tiada seorang family tahu, kerana takut mereka panic, sebab seluruh family diberitahu Yem bakal dilahirkan pada subuh 15/10.. so di operation room hanyalah @faliqamirudin , dan hanya kami berdualah mengharung malam itu..
Till hari ini, mengimbau pengalaman semasa melahirkan Yem akan membuatkan saya sebak.. dan gembira.. in fact paling gembira dalam dunia pada waktu itu.
Kami berharap Yem dapat bersabar sehingga 16/10 kerana saya dan Faliq berkongsi tanggal hari lahir yang sama kecuali bulan yang berbeza, 16 Mei dan 16 Jun. Tapi yelah.. Yem boy kan selalu tak sabar… cant wait to celebrate your birthday tomorrow!!!
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah yang diwarisi. Ciri abnormal pada gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Adakah anda atau ahli keluarga anda pembawa atau penghidap talasemia tanpa disedari? Siapa yang berisiko untuk mendapat talasemia, apakah tanda-tandanya serta rawatan yang boleh dilakukan kepada penghidap talasemia? .
Ikuti rangkuman info mengenai penyakit talasemia dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Bahaya Talasemia’ yang akan ke udara pada pada Selasa, 16 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka yang si kecil pun boleh ada resdung. Kalau anak anda asyik gosok hidung, mata, bersin dan selesema mungkin itu tanda-tanda dia menghidap penyakit allergic rhinitis atau resdung.
Ramai yang memandang mudah tentang penyakit ini walaupun ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya terutama kanak-kanak. Ini kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh membawa kepada penyakit sinusitis.
Menurut Dr Khairuzzana Baharudin, Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pantai Ampang allergic rhinitisyang tidak dirawat lebih awal akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti berikut:
1)Sekiranya selaput membran di dalam rongga sinus bengkak dan rongga tersumbat, ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi masalah kesihatan dan kuman boleh merebak hingga kepada bahagian mata dan telinga serta bahagian tekak apabila nanah mengalir ke bahagian tersebut.
2) Apabila kuman merebak ke bahagian telinga, ia akan menyebabkan telinga berdengung dan mengganggu pendengaran. Jika tiada rawatan segera, selain nanah meleleh keluar, nanah yang terkumpul boleh memecahkan gegendang telinga kanak-kanak berkenaan.
3)Sekiranya jangkitan pada telinga tengah, ia boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
4)Jika ia merebak ke otak yang akan menyebabkan meningitis (jangkitan selaput otak).
5)Menyebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata yang akhirnya boleh menyebabkan risiko buta. Namun keadaan ini adalah amat jarang berlaku.
Apakah Resdung atau Sinus?
Sinus merupakan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus ini terletak pada bahagian muka, pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Penyakit sinusitis mulai berlaku apabila mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik melalui rongga-rongga tersebut.
Biasanya, dengan bantuan silia atau dikenali sebagai “penyapu-penyapu” kecil dalam sinus akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung.
Tetapi apabila ia tidak berfungsi dengan baik, laluan hidung akan tersumbat dan lendir ini akan berkumpul. Kuman (bakteria atau virus) boleh membiak di dalam rongga sinus ini.
Ini menyebabkan terhasilnya nanah dan pembengkakan di dalam lapisan hidung yang mengakibatkan anak mendapat sinusitis.
Lazimnya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Ianya bermula dengan selesema yang berlarutan diikuti dengan demam dan kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh bakteria.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.