Selepas 11 tahun, doa Noh Salleh dan Mizz Nina untuk memiliki anak akhirnya dimakbulkan walaupun dengan kehadiran anak angkat. Itu pun dah buat ramai tumpang bahagia dan doakan yang baik-baik untuk keluarga mereka.
Menerusi Instagram Nina, sebelum ini mereka mengesahkan kehadiran seorang cahaya mata lelaki yang bernama Musa dalam kehidupan mereka.
Selebriti dan aktivis kemanusiaan itu juga mengakui yang Musa telahpun menjadi mahramnya.
ARTIKEL BERKENAAN [“Musa Kini Mahram Saya,” Selepas 11 Tahun, Mizz Nina & Noh Salleh Ambil Anak Angkat]
Sambut ulang tahun yang ke-37
Pada 15 Mac lalu, Noh Salleh yang juga merupakan vokalis band Hujan telah menyambut ulang tahun yang ke-37. Ucapan dari isteri tercinta sudah tentu mahukan suaminya sentiasa berada dalam jagaan Maha Pencipta dan terus dikurniakan kebahagiaan di dunia serta di akhirat.
Namun begitu, penulisan Noh Salleh di ruangan Instagramnya sedikit mengundang sebak apabila memikirkan umurnya yang kian bertambah.
Bertambah usia, lebih banyak fikir tentang kematian
Dengan status sebagai seorang bapa ketika ini, dia merasakan kehidupannya kini lebih memikirkan soal kematian.
Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur kerana dikelilingi orang-orang baik dan berharap kehadirannya di dunia ini lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain berbanding kehancuran.
LAGI YANG BERKENAAN [“Dia Power! Berjaya Mahramkan Musa” Mizz Nina Kuat Semangat Nak Susukan Anak, Kaunselor Laktasi Kongsi Cerita!]
Dia juga memohon maaf andai pernah melakukan kesilapan dan kesalahan kepada orang lain kerana sedar dirinya tidaklah sempurna namun tetap berusaha menjadi lebih baik.
Minta jaga Nina dan Musa andai dirinya sudah tiada
Paling menyentuh hati ramai peminatnya sudah tentu pesanan ringkas supaya menjaga isterinya serta anak mereka, Musa andai dia tiba-tiba ‘pergi’ dalam masa terdekat ini.
Lebih membuatkan ulang tahun kelahirannya istimewa pada kali ini sudah tentu kehadiran cahaya mata yang sudah 11 tahun dinantinya dengan pelbagai cabaran serta usaha gigih.
“Sedih pula kata-kata tu…”
Kredit: IG Noh Salleh & mizznina
ARTIKEL MENARIK [Mahu Anak-Anak & Pasangan Sentiasa Lembut Hatinya, Baca Doa Ini Setiap Hari!]
BACA [“Satu Huruf Senang Ingat.” Suami Isteri Beri Nama Empat Anak V, J, L Dan N]
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)