Semalam negara diselubungi kesedihan atas pemergiaan pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz. Pesanannya sebagai bapa buat anak & keluarga ini amat meruntun jiwa.
Allahyarham meninggal dunia sekitar 7.30 pagi semalam pada usia 73 tahun. Allahyarham yang merupakan tokoh agama yang disegani dan pernah bertugas sebagai imam di Masjid Negara. Beliau juga aktif berceramah termasuk di pentas dakwah di stesen-stesen televisyen.
Ads
Antara pesanan beliau kepada anak-anak dan seluruh ahli keluarga ialah menjaga hubungan serta mengekalkan momentum ibadah & hubungan. Katanya, anak-anaknya membanggakan dan tiada yang menyusahkan. Harapannya untuk melihat anak-anak meneruskan suasana semasa beliau masih ada. Rakaman video yang dimuat naik aktor Adam Corrie ini amat menyentuh hati.
Pembukaan sesi persekolahan untuk sesi 2021 secara rasminya akan bermula pada 1 Mac ini dengan murid pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 dan diikuti murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 pada 8 Mac. Sementara itu untuk pelajar sekolah menengah yang berada di negeri zon A akan bermula pada 4 April manakala untuk pelajar di negeri zon B akan bermula pada 5 April.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, pembukaan sekolah ini mengambil kira semua aspek dan pandangan pakar, guru-guru dan semua ibu bapa.
Bagaimanapun, ibu bapa tak perlu risau dengan pembukaan sekolah secara keseluruhan selepas ini kerana SOP ketat daripada pihak kementerian akan diberikan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
“Insya-Allah jika perkara ini diambil serius oleh semua pihak, saya percaya sesi persekolahan ini akan berjalan lancar demi kelangsungan pendidikan anak-anak kita.
“Saya tahu ramai ibu bapa merungut dan bertanya bila sekolah nak dibuka. Jadi dengan keputusan ini, kita dah ambil kira semua faktor dan berharap ibu bapa dapat memberitahu dari semasa ke semasa kepada anak-anak supaya faham persekolahan dalam norma baharu,” katanya dalam sidang media khas pengumuman pembukaan sekolah di bawah KPM.
Tambah Dr Mohd Jidin lagi, pihak kementerian sedar cabaran utama apabila sesi persekolahan dibuka nanti adalah apabila tamat waktu persekolahan. Ini kerana ramai ibu bapa akan menunggu di luar pagar sekolah untuk mengambil anak masing-masing.
“Bagi mengatasi keadaan bersesak-sesak ini, kami dah rancang SOP yang terbaik untuk pastikan tidak berlaku keadaan seperti itu dan semuanya akan berjalan lancar mengikut arahan.
“Harap ibu bapa dan penjaga dapat sama-sama memberi kerjasama ke arah memastikan sistem pendidikan anak-anak hari ini berada pada diperingkat yang terbaik. Kita sama-sama jaga kita,” ujarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini makin banyak lambakan kes dera kanak-kanak, samada di rumah mahupun di Taska. Sampai bila kita perlu hadap kes dera anak? Luluh hati seorang ibu dan ayah bila dengar kes dera ini seperti tiada surutnya. Tak terbayang kalau anak sendiri yang kena.
Paling meruntun jiwa apabila ada kanak-kanak dan bayi yang meninggal dunia didera oleh pengasuh. Di manakah nilai perikemanusiaan? Semalam, satu video seorang kanak-kanak dicubit dan dihempuk tular di media sosial, seorang pengasuh pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur telah ditahan. Mangsa berusia dua tahun. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memberi kenyataan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.” –MSTAR
Menyoroti kes-kes penderaan yang makin menjadi-jadi, pelakon wanita iaitu Dayana Roza yang kini bakal menimang cahaya mata kedua telah memberi respon dan luahkan rasa kecewa berkenaan kes ini.
“Kalau tiada kesabaran yang tinggi, jangan jadi pengasuh..”
Tidak dapat dibayangkan kesedihan hati seorang ibu apabila anak yang ditatang dan dijaga maut didera tanpa perikemanusian. Pemergian bayi bernama Nur Muarzara Ulfa, 11 bulan akibat penderaan fizikal dan seksual akhirnya membongkar perkara yang tidak disangka, rupa-rupanya selama ini anak kecil itu dijaga suami pengasuh!
Beberapa hari lalu, tular berita menyayat hati apabila bayi 11 bulan maut akibat dera fizikal & seksual oleh suami pengasuh. Menurut laporan BH Online, ibu mangsa, Noraihan Ab Aziz, dia terkejut dan tidak sangka anak sebenarnya dijaga suami pengasuh walau pun pada mulanya pengasuh telah berjanji untuk menjaga anaknya seperti anak sendiri.
Dia hanya mengetahui anaknya itu dijaga oleh suami pengasuh yang berusia 36 tahun selepas dimaklumkan oleh pihak polis. Noraihan telah menghantar bayinya itu kepada pengasuh iaitu isteri lelaki berkenaan sejak 21 September lalu.
“Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri.
“Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja,” katanya.
MENGENALI PENGASUH MENERUSI FACEBOOK
“Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya mengenali pengasuh melalui Facebook selepas dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan dia berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya ada berjumpa dengan pengasuh itu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
AKAN MENJAGA SEPERTI ANAK SENDIRI
“Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya.”
KESAN LEBAM PADA ZARA
Noraihan berkata, dia menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara, dua minggu lalu.
“Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu.
“Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu.
MENANGIS SETIAP KALI MELIHAT SUAMI PENGASUH
Ibu mangsa juga telah dimaklumkan oleh pengasuh bahawa Zara tidak menangis apabila di bawah jagaannya tetapi menangis apabila melihat suaminya.
“Sebelum kejadian kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.
Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pengasuh dan suami pengasuh kerana tercekik epal. dan dan Noraihan dimaklumkan oleh pihak hospital. Ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan. Bedah siasat pula mendapati tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.
LUARAN NAMPAK SEPERTI INDIVIDU NORMAL
Noraihan memberitahu BH Online yang dia pernah berjumpa dengan suami pengasuh yang dilihat seperti individu normal, namun riak mukanya kelihatan garang.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu lain,” katanya.
MAHU PELAKU DIHUKUM
Noraihan berkata, kematian anaknya menyebabkan dia merasa sakit hati dan tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap Zara.
“Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.
“Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya tidak senang. Saya mahu individu yang melakukan perkara itu diberikan hukuman atas perbuatan dilakukan.”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.