Andainya Kita Ada Anak Istimewa, Bersyukurlah! Dia ‘Tiket’ Ibu Bapa Ke Syurga

Share

Ibu bapa yang diuji dengan anak istimewa ini anda sepatutnya rasa bertuah. Memang agak berat ujian ini kerana nak membesarkannya bukanlah mudah. Perlu ada pengorbanan masa dan tenaga.

Bagaimanapun, ingatlah pasangan yang mempunyai anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga. Pegang yang ni, insya-Allah hati akan tenang.

Berikut perkongsian Hamka Mekar yang mempunyai anak autisme tetapi sentiasa positif.

Biasanya orang di sekeliling tidak akan memahami perasaan ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa ini dan ungkapan paling

“Ayah, kenapa adik Iman OKU?”  Ujian Allah nak, dah takdir Ayah dapat ujian ini, sungguh semuanya adalah ujian, samada yang baik dan yang buruk ada hikmah dari Nya, kita kena terima sebab hidup kita hanya sementara, terpulang pada kita nak bersyukur dengan ujian atau nak mengeluh, ayah pilih bersyukur kerana ahli syurga ada dalam keluarga kita.

“Ayah, kenapa adik Iman ayah cakap anak syurga, kami ni bukan anak syurga ke?”

Oh Iman anak syurga sebab dia OKU, tiada dosa untuk dia, dan bila adik Iman meninggal dunia kelak, dia akan terus masuk syurga, jadi syukur Alhamdulillah ayah ada anak syurga, mudah mudahan adik Iman akan dapat tarik ayah yang banyak dosa ini ke syurga dengan lebih cepat.

“Jadi saya ini belum tentu ke syurga?”

Anakku, jika kamu besar nanti jadi orang baik, akan tetap jadi anak syurga ayah, tapi sebab kamu semua bukan OKU, maka dosa pahala akan di kira. Maka berbuat baiklah kerana Allah Maha Adil.

“Best lah ayah ada anak OKU”

Eh? Korangpun best sebab ada adik Syurga, jika korang tunaikan hak adik Iman, Insyaallah, Adik Iman akan turut sama tarik abang dan kakaknya ke Syurga.

“Wah, bestnya, tak sabar nak layan adik syurga dengan baik sekarang!”

Ps; Wahai anak, apapun ujian hidup, Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini…

Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah ‘indah-nya’ penderitaan ini.

So jumpa di sana, tingkat lapan dekat telaga Firdaus. Korang yang baca ni pun jemput sama!  Woha!

Kredit: Hamka Mekar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy