Masa kini, banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi-komplikasi tertentu. Walau apa pun cara kelahiran bayi, semuanya ada risiko tersendiri.
Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean, maka makin tinggi risikonya. Disebabkan itulah sering kedengaran orang berkata had untuk kelahiran caesarean cuma empat sahaja. Persoalan tentang berapa kali ibu hamil boleh melahirkan anak secara pembedahan tiada jawapan yang jelas.
Mari kita fahami risiko-risiko yang mungkin boleh timbul daripada kelahiran secara pembedahan caesarean yang kerap.
Kekerapan pembedahan caesarean boleh mengakibatkan gangguan kepada uri. Oleh sebab itulah, doktor sering risau tentang masalah uri seperti uri melekat dan uri lekang.
Komplikasi sebegini jarang kedengaran, namun risikonya tetap ada kepada mana-mana ibu hamil yang kerap melahirkan anak secara caesarean.
Pendarahan yang banyak boleh berlaku apabila anda menjalani pembedahan caesarean, sama seperti risiko-risiko lain dan akan meningkat bila semakin kerap anda bersalin secara pembedahan. Kekerapan bersalin secara pembedahan menyebabkan anda berisiko mengalami pendarahan banyak dan meningkatkan risiko histerektomi (satu prosedur pembedahan untuk membuang rahim sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya).
Apa-apa pun, sebagai manusia anda tidak dapat menjangka proses kelahiran bayi. Mungkin anda seboleh mungkin mahu melahirkan bayi secara normal, namun jika keadaan memaksa, anda perlu reda. Apa yang penting, anda tahu dah fahami risiko-risiko yang bakal berlaku.
Sehubungan itu, anda perlu mematuhi nasihat doktor untuk menjarakkan kehamilan seterusnya. Dibimbangi jika anda terpaksa melahirkan anak berikutnya melalui pembedahan caesarean juga. Di sinilah akan berlaku konflik kerana ada peningkatan risiko kepada anda dan bayi di dalam kandungan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)