Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu berpantang sebenarnya tidak perlukan yang terlalu sarat dan berat. Cukup hanya sup sayur, ikan dan menu sampingan untuk membuang angin.
Salah satu menu wajib ketika berpantang pastinya bawang putih dan ikan bilis rangup yang dimasak dan dibuat stok selama berpantang 44 hari. Wajib cuba!
Ada yang tengah berpantang tak? Sama la kita. Hehe. Saya nak share resepi paling senang. Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.
BAWANG PUTIH & IKAN BILIS GORENG RANGUP
Bahan-bahan digoreng:
Bawang kecil hiris nipis.
Bawang putih hiris nipis.
Ikan bilis.
Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)
Bahan Perasa:
Lada hitam disangai & ditumbuk halus. (secukup rasa)
Garam halus. (secukup rasa)
Gorengkan kesemua bahan goreng secara berasingan. Ketepikan.
Kemudian gaulkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata.
* Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*
Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Memang membuka selera.
6 bulan dan ke atas. Macam air putih je sebenarnya rasa dia.
Macam mana nak buat?
Ada 3 cara, ambil 1 – 3 biji kembang semangkuk;
i – Rendam dalam 1 liter air putih 30 minit
ii – Rendam dalam 1 liter air putih semalaman
iii – i – Rendam dalam 250ml air panas 10 minit, kemudian tambahkan sehingga cukup 1 liter air
Cara nak minum?
Minum macam air putih biasa je. Anak dahaga, kita bagi air. Kerapkan bagi air kembang semangkuk bila anak tak sihat, sama macam kita kerap bagi anak air putih.
Anak tak suka serdak dan warna coklat tu?
Tapis dan campur madu sikit. Tak nampak macam air kosong, tapi air madu. Mungkin anak akan suka.
Boleh makan je jeli kembang semangkuk?
Boleh je makan.
Berapa lama tahan air ni?
Buat untuk 1 hari je dulu, ikut kuantiti air banyak mana anak kita minum.
Boleh simpan dalam peti sejuk?
Kalau anak batuk, kahak, selsema, radang sinus, saya tak galakkan ambil air dari peti sejuk atau ais. Boleh simpan dalam peti sejuk, tapi bila anak nak minum, pastikan air di suhu bilik.
Nak beli kat mana?
Pasaraya kedai runcit, cari bahagian rempah ratus bijirin.
Ramai yang dah try, dan menjadi. Korang yang belum try boleh cuba k.
Tapi macam biasalah. Nak menjadi ikhtiar apapun, ikhtiar elak makanan tinggi proses kena buat dulu.
Asyik muncul di media sosial buat hati tak keruan untuk mencuba. Inilah penangan agar-agar susu kotak yang viral di media sosial baru-baru ini.
Paling menarik, hendak membuat agar-agar mudah ini teramatlah senang. Jom cuba resipi perkongsian Pn Ain’nie Rahman.
Ubat sejuk tekak. Agar-agar susu kotak.
Bahan-bahan:
1 liter air kotak – coklat / strawbery / ikut lah jenis ape pun janji besar
Gula 3 sudu (ikut citarasa- nak kurang pun ok)
10gm -agar-agar serbuk -ambik yang clear
Masukkan semua bahan dan didihkan
Biar mendidih dan kacau sekejap. Siap.
Lepas tu gunting kotak susu tu comel-comel sikit. Biar sejuk kejap baru masuk peti bahagian bawah bukan kat atas, nanti jadi ais krim tak tahu.
Kalau boleh satu malam baru elok beku, kalau 1 jam 2 jam tak sempat beku sebab ni kotak besar.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!