Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 2.5 kg hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.
Bersaiz kecil berbanding usia kehamilan:
Berat lahir kurang daripada 10 peratus bagi usia kehamilan (minggu kehamilan).
Berat dan saiz bayi ini kecil, kurang dan 90% berat bayi pada usia kehamilan sama.
Berat bayi berada lebih daripada0% berat badan di bawah garisan pembesaran bayi dalam kandungan.
Apakah jenis-jenis bayi SGA?
Bayi SGA:
Cukup bulan atau pramatang.
Bayi cukup bulan tetapi beratnya kurang daripada 2.5kg.
Jenis-jenis bayi SGA:
Setara- pembesaran keseluruhan yang seimbang
Tidak setara – contohnya kepala lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh lain.
Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?
Sebab-sebab:
Keturunan – ibu bapa yang bersaiz kecil akan melahirkan bayi yang kecil juga
Pembesaran kandungan yang terbantut (IUGR).
Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR- Intra Uterine Growth Retardation)?
Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.
Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?
Faktor risiko seperti berikut :
Faktor Ibu
Ibu hamil yang terlalu muda atau ibu yang telah lanjut usia
Ibu yang menghidapi tekanan darah tinggi
Penyakit diabetes kronik
Sakit buah pinggang yang kronik
Jangkitan kuman
Anemia yang teruk
Ibu yang merokok / mengambil alkohol / dadah
Faktor bayi
Jangkitan seperti CMV, Rubella
Kecacatan semasa dalam kandungan – otak, jantung, ginjal
Kromosom yang tidak normal
https://www.facebook.com/majalahpama/videos/681943156658743/
Faktor kandungan
Kandungan kembar
Uri yang tercerai daripada rahim sebelum waktunya (abruptio placenta)
Uri terletak di bahagian bawah rahim (placenta praveia) – pendarahan placenta praevla
Gangguan aliran darah ke uri
Jangkitan uri atau air ketuban
Apakah sifat-sifat bayi SGA?
Bayi SGA yang cukup bulan, kelihatan matang tetapi bersaiz kecil.
Apakah kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh bayi SGA?
Komplikasi awal:
- Hypoglysemia – Kurang gula dalam darah
- Policytemia – Berlebihan sel darah merah dalam darah
- Hipotermia-tidak dapat mengekalkan suhu badan
- Mengalami gangguan pernafasan
- Jaundis
- Ketidak seimbangan garam galian dalam darah (electrolyte unbalance)
- Kebiru-biruan akibat kurang oksigen
- Tidak stabil semasa kelahiran
Komplikasi lewat:
- Bergantung kepada sebab berlakunya SGA, Contoh – Kes kromosom yang tidak normal seperti Sindrom Edward’s boleh menyebabkan risiko kematian pada minggu pertama kelahiran.
- Sebahagian bayi ini akan membesar seperti bayi biasa manakala sebahagiannya mengalami pembesaran yang lambat.
- Berisiko mengalami penyakit kronik ketika meningkat dewasa seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.
Bagaimanakah cara mengendalikan bayi SGA?
Rawatan khas mengikut keadaan berdasarkan dan keperluan bayi tetapi kebanyakan bayi ini memerlukan:
- Pengawasan kadar gula dalam darah
- Penyusuan yang awal dan kerap kali
Sebahagian bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad bayi (Neonatal) untuk:
- Pemberian susu berkalori tinggi melalui tiub
- Air dektros melalui intravena
- Bantuan pernafasan
- Pertukaran darah
- Rawatan fototerapi untuk jaundis
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan SGA?
Penjagaan semasa mengandung sangat penting :
- Awasi kesihatan ibu
- Rawat ibu bermasalah seperti tekanan darah tinggi
- Pantau pertumbuhan janin dalam kandungan
- Periksa uri bagi mengesan keluar biasaan
- Kesan kecacatan pada janin
- Rancang kelahiran yang selamat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI