Anggur Yang Tak Dipotong Antara Senarai Makan Yang Mudah Tercekik Bagi Anak Bawah 4 Tahun – American Academy of Pediatrics

Share

Anak-anak memang sangat gemarkan buah anggur kerana rasanya yang manis selain saiznya yang kecil dan mudah untuk dimakan.

Ramai antara kita sebagai orang dewasa terlepas pandang tentang bahayanya buah anggur jika diberikan kepada kanak-kanak tanpa dipotong dalam saiz yang kecil. Tambah menakutkan jika anak kecil ini makan tanpa diawasi oleh orang dewasa.

Mungkin kerana saiznya yang kecil membuatkan kita rasa selamat untuk dimakan oleh anak. Namun sebenarnya buah anggur antara makanan yang berisiko membuatkan anak kecil tercekik.


Saya paling takut kalau anak saya yang 3 tahun tu, Maryam Nafisah mintak nak makan anggur.

Sampaikan isteri pun naik pelik kenapalah saya asyik duk perhatikan je si Maryam dari mula makan sampai habis.

Bukan apa. Sejak tahu ada kes budak meninggal sebab tercekik masa makan buah anggur, terus tak berani nak tinggalkan dia makan sorang-sorang.

Tambah pulak bila saya semak, rupanya American Academy of Pediatrics memang dah senaraikan anggur yang belum dipotong termasuk dalam kategori makanan yang ada risiko tercekik untuk anak bawah usia 4 tahun.

Jadi setiap kali nak berikan buah ni pada anak, kita kena usahakan untuk hiris memanjang dan hiris nipis nipis.

Bukan potong secara melintang tau sebab bentuk bulat tu masih berisiko untuk buatkan salur pernafasan tersumbat dan tercekik.

Tolong #kongsikan ilmu ni pada parent yang ada anak bawah 4 tahun ya. Harapnya kes budak tercekik ni tak berlaku pada anak anak kita.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa