Tiada siapa menduga si kecil yang lahir sempurna menderita. Hanya kerana terdedah kepada najis burung dan kucing, kini otak si kecil dijangkiti kuman & bernanah.
Melilhatkan raut wajahnya yang comel, tiada siapa menyangka disebaliknya menyimpan sebuah derita. Lantaran jangkitan bakteria E-Coli Septicaemia Meningitis yang dialami dan masalah pendengaran yang amat kriktikal (jenis Sensorineural) pada kedua belah telinga, perkembangan Aaliya Aleesa, 1 tahun, tidak seperti bayi seusianya yang lain.
Mengimbas kembali detik cemas 10 bulan yang lalu, bapa tabah ini sebak. Ketika mula-mula jangkitan terjadi, Sufian Bin Amin mengatakan ia berlaku pada usia anak keduanya itu mencecah 2 bulan.
“Ketika itu kami nampak pelik. Dia tidur sepanjang hari manakala malam pula berjaga. Aaliya alami demam mengejut dan sangat tinggi suhunya 40 darjah Celcius. Ketika demam ada juga alami sawan. Oleh itu kami lekas membawanya mendapatkan rawatan,” kata Sufian.
Tidak menyangka itu adalah mimpi ngeri buat si kecil apabila disahkan jangkitan bakteria pada anggota badan; bahagian paru-paru, otak kanan dan kiri, dan lagi membimbangkan Aaliya menghidapi nanah di bahagian otak kiri. Doktor yang merawat kemudian memberitahu kuman berkenaan mungkin berpunca daripada najis burung dan kucing.
MASALAH PENDENGARAN & PERTUTURAN
Ads
Bagaikan batu besar menghempap, setelah jangkitan bakteria di otak dan masalah kesihatan yang kronik, si kecil ini disahkan pula mengalami pendengaran dan pertuturan.
“4 bulan yang lalu, Aaliya menghidapi masalah pendengaran yang amat kritikal pada kedua belah telinga. Doktor pakar mengesahkan bahawa Aailya perlu menjalani pembedahan telinga dengan kos RM80,000.00 [ tanam inplan] dan kos pembelian alat bantu pendengaran RM7,000.00 tidak termasuk kos selepas pembedahan iaitu anggaran kos ribu juga setiap bulan kerana bayi ini perlu pemantauan rapi setiap minggu dan sepanjang hayat.
AALIYA PERLU DIPANTAU SELALU
Ads
Sufian yang kurang berkemampuan menampung pembedahan anaknya ini. Dia yang dahulunya berkerja sendiri (berniaga secara kecil-kecilan) kini terpaksa menumpukan sepenuh perhatian kepada Aaliya.
“Setelah Aaliya disahkan mengidap penyakit E-Coli Septicaemia Meningitis, saya terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada penjagaan. Saya juga sering berulang-alik ke hospital. Isteri pula bekerja di sebuah pasaraya sebagai juruwang dengan pendapatan yang tidak seberapa,” luah pilu bapa ini.
KEPALA & TELINGA PERLU DIPANTAU SELALU
“Terkini Aaliya sedang mendapat rawatan cara kerja, maksudnya perkembangan dia dari segi pergerakan. Kepala yang dibedah dan telinganya juga perlu sentiasa di pantau. Untuk perkembangan Aaliya, kami sekeluarga belajar bhasa isyarat,” kata Sufian kepada Pa&Ma.
Ads
Aaliya perlu melalui rawatan di beberapa hospital yang berlainan lokasi. “Kadar tambang ke 4 lokasi tersebut adalah berlainan dan kami terpaksa menaiki ‘Grab’ memandangkan bas yang melalui di tempat tinggal kami adalah kurang. Purata untuk perjalanan pergi balik ke lokasi yang di maksudkan adalah, Hospital **********( RM90.00 ), Hospital *********** ( RM70.00 ), Hospital ******* ( RM24.00 ) dan Klinik ********* ( RM14 ),” kata Sufian.
“Setakat ini kami hanya menerima bantuan BSH sebanyak RM 1,200 & bantuan kebajikan sebanyak RM180. Keadaan kami bagai kerakap di atas batu, sukar untuk kami melunaskan bil bil tertunggak berkaitan dengan pembelanjaan rumah dan bil hospital.
Impian si ayah melihat Aaliya membesar sesempurna mungkin. Bagi membolehkan si kecil ini mendengar dan bertutur, pembedahan tanam koklea implan. Ia memerlukan sejumlah rm80ribu.
“Berdasarkan kepada perbincangan doktor pakar, untuk tahun ini anak tidak layak untuk buat pembedahan koklea impan atas faktor tertentu iaitu antaranya adalah faktor kewangan dan resiko kepada anak tersebut. Tiada jaminan doktor yang anak ini pulih sepenuhnya sekiranya dibedah. Disebabkan itu saya dan keluarga bersetuju untuk tidak membuat pembedahan.
Kepada anda yang ingin membantu bolehlah menghulurkan bantuan. Demi melihat si comel ini mendengar dan bertutur, salurkan sumbanan ikhlas anda ke akaun BSN : 1210041808895828 ( SUFIAN BIN AMIN )
Kredit: kitafund
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu-ibu nak stres jika anak kita tidak sepandai anak kawan-kawan yang lain? Sampaikan kita tak perasan yang perbandingan ini buatkan anak rasa dirinya tak boleh mengembirakan ibu bapa. Jika selalu sangat dibanding-bandingkan risau anak akan bertindak luar jangkaan.
Ingat anak bukan trofi kita. Dia adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya dengan bijak dan penuh hormat.
Sikap berjaya yang perlu kita pegang di dalam mendidik anak-anak adalah; Setiap anak ada kelebihan dan kelebihan ini sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.
Bagi menjadi seorang yang hebat dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai. Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Ronaldo dan ramai lagi. Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi. Jika kehebatannya di dalam ilmiah, Sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi.
Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya. Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.
Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda.
Anda hanya perlu tahu bahawa anak anda yang mungkin sekarang lambat sikit di dalam bidang yang dibandingkan itu, ada kelebihannya tersendiri. Berkat keyakinan, kepercayaan dan tunjuk ajar yang penuh hormat dan kasih-sayang anda kepada anak ini, dia akan membuatkan anda bangga dan anda akan berasa sangat bersyukur mengandung dan membesarkannya.
Stop being stressful and start being grateful. Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya.
Ini termasuklah anak-anak yang dilahir ‘istimewa’. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.
Berbanding anak sulung yang penuh dengan personaliti menarik, anak kedua juga tidak kurang hebatnya.
Walau berbagai ragam dan perangai anak kedua kita, namun di rumah, si kecil inilah yang sentiasa menjadi penghibur seisi rumah. Sekejap dia merajuk dan sekejap lagi dia kembali ceria dengan pelbagai aksi comelnya. Itulah anak kedua kita.
Malah menurut Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, kunci untuk mendidik anak kedua adalah sabar dan syukur. Ini mak ayah kena tahu!
Anak ke-2 nampak kasar di luar tapi dalamnya lembut umpama kapas. Tak semua tapi hampir semua begini.
Dari luaran gaya memang kasar habis. Perempuan pun dah macam lelaki, kalau lelaki dah macam hulk semua benda nak smash.
Tapi dalamannya lembut amat. Cepat terasa hati, cepat tersinggung dan paling berat sekali cepat amat merajuk.
Anak ke-2 ni hatinya keras sedikit. Susah betul nak pujuk kalau dah merajuk. Suruh buat apa pun susah nak ikut.
Tapi walau keras dia la anak yang paling kurang buat perangai. Senang di jaga, asal makan cukup, tidur cukup, badan tak sakit dia la anak paling senang di jaga.
Anak ke-2 ni biasanya orang tua kata aura api. Cepat marah! Tak boleh silap sikit, memang naik angin lain macam.
Tapi bagusnya dia ni tak impulsif, bukan baran tak serupa bikin. Kalau orang buat baik padanya, prihatin padanya, dia boleh jadi orang yang paling baik sekali.
Anak ke-2 ni pun selalunya paling susah nak mengikut arahan orang. Degil pun ada juga, nak ikut kata dia sahaja.
Rupanya itu la keistimewaan anak ke-2 yang tak ada pada anak lain. Mereka ada willpower yang sangat tinggi. Sekali dah pasang azam, dia akan usaha sampai jadi walaupun susah. Anak ke-2 tak pernah kenal erti putus asa!
2S dalam mendidik anak ini. Sabar & Syukur. Tersimpan 1001 hikmah dalam setiap kelemahan dan kekuatan anak-anak kita. Baik sulong, baik yang kedua mahupun yang bongsu. Semua ada hikmah tersendiri.
Sayang dan raikan la mereka selayak layaknya. Seperti mana kita mahu mereka sayang pada kita semula.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai tiada lagi peperiksaan untuk murid tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) bermula tahun depan rata-rata ibu bapa bersetuju dengan cadangan tersebut.
Bagaimanapun, ada juga segelintir ibu bapa dan guru yang masih mengharapkan peperiksaan patut diteruskan untuk mengukur keupayaan anak dari aspek akademik.
Menerusi laporan Dr Maszlee di Facebooknya, beliau berjanji ibu bapa dan guru tak perlu risau dengan perubahan yang dilakukan ini kerana beliau dan pihak kementerian akan bekerja lebih keras untuk memastikan perubahan yang dilakukan ini berjaya dilaksanakan sebaik mungkin dan sistem pendidikan negara dapat ditambah baik.
Dalam hal ini, hasrat Dr Maszlee adalah untuk menggantikan budaya peperiksaan dan mentaliti “exam-oriented” di sekolah kepada pentaksiran yang “learning-centered”.
Paling utama, beliau mengharapkan semua pihak dapat membantu dan menyokong ke arah merealisasikan hasrat ini.
“Banyak lagi perubahan yang akan berlaku dalam sistem pendidikan negara pada tahun 2019 nanti yang akan diumumkan secara berperingkat,” jelasnya.
Sementara itu, menerusi pendapat yang dikongsikan oleh ibu bapa, mereka mengharapkan pihak kementerian dapat menekankan akhlak, adab, etika, solat dan bacaan al-Quran di samping tidak mengenepikan proses 3M dan asas Sains.
Jika boleh soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada murid tahap 1 tak perlu diperkenalkan lagi kerana ia salah satu sebab anak-anak yang masih kecil ini jadi kurang minat nak belajar kerana mereka tak mampu berfikir lagi.
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...