Tarikh 21 Ogos setiap tahun adalah tarikh keramat bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa sempena tarikh perkahwinannya. Tahun ini genap 13 tahun usia perkahwinan penyanyi nombor satu negara itu dengan suaminya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti telah pun diijab kabul pada 21 Ogos 2006 dengan Datuk K ketika beliau berada di puncak kejayaan ketika berusia 27 tahun.
Genap 13 tahun layari alam perkahwinan
Perkahwinan yang telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang puteri comel, Siti Aafiyah Khalid membuatkan pasangan secocok ini semakin bahagia.
Semalam, mereka telah mengadakan sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang dibuat di kediaman sendiri dalam keadaan yang sederhana. Tokti juga sempat memuat naik gambar-gambar sepanjang majlis tersebut berjalan.
Rakan artis turut datang
Turut kelihatan di majlis sambutan hari ulangtahun perkahwinan Tokti ini adalah rakan artis seperti Ernie Zakri, Syamel dan juga Mark Adam yang sempat membuat persembahan dengan menyampaikan beberapa buah lagu.
Semoga terus dilimpah rahmat sekeluarga
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram Tokti dengan mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-13 buat dirinya serta suami.
Mereka turut mendoakan penyanyi kesayangan ramai ini terus berbahagia dan mendapat kesejahteraan bersama keluarga baik di dunia mahupun di akhirat.
Kehadiran Aafiyah juga dianggap pelengkap rumah tangga Datuk Siti dan Datuk K sepanjang mereka hidup bersama.
Sumber: Ig ctdk & OMM