Antara Faktor Anak Jalan Lambat Yang Ibu Bapa Tak Tahu, Doktor Jelaskan Puncanya

Share

Umur sudah mencecah 18 bulan, tapi si kecil masih belum berjalan. Apakah dia sudah terlewat? Ibu bapa mana yang tidak risau jika berhadapan dengan situasi anak berjalan lambat, sudah pasti ia membangkitkan rasa bimbang dalam sanubari mereka. Sebelum itu kita perlu kenalpasti tanda-tanda anak lambat berjalan sebelum mengetahui dengan lebih lanjut faktornya.

@drharith888Tanda anak lambat berjalan part 1. Follow part 2 untuk punca jalan lambat. Follow DRH. 1 hari ramadhan 1 penyakit/masalah. Ada 3 part. Malam ni ada live pukul 10.30 malam speech delay dan autism♬ suara asli – jutekkubandung🇮🇩

Melalui perkongsian dari Doktor Harith, tanda-tanda anak lambat berjalan adalah seperti berikut:

  1. Tidak boleh duduk pada usia 12 bulan.
  2. Anak tidak boleh berdiri sendiri pada usia 14 bulan.
  3. Anak tidak boleh berjalan pada usia 18 bulan.

@drharith888 Punca anak lambat berjalan PART 2. Follow untuk part 3 waktu sahur. Jumpa malam ni 10.30 malam untuk tiktok love anak lambat bercakap #fyppppppppppppppppppppppp #lambatjalan #drbudak ♬ original sound – Terlajaklaris – Dherbs Terlajak Laris

 Sekiranya seseorang bayi didapati lambat berjalan salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:

1. FAKTOR KELUARGA ATAU KETURUNAN

Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan.

Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.

2. KELAHIRAN PRA MATANG

Secara umumnya, bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan.

Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.

3. CEREBRAL PALSY

a) Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang.

Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.

b) Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik.

Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.

4. LEWAT PERKEMBANGAN SECARA UMUM

a) Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).

b) Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down Syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.

5. MASALAH OTOT

a) Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.

b) Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan.

Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.

Namun begitu, seeloknya kita rujuk pada pakar untuk melakukan pemeriksaan secara lebih lanjut.

Sumber: Dr Harith 

 

Published by
Humaira