CRYOCORD telah berjaya mengadakan Perfect Pregnancy 4.0 Antenatal Class baru-baru ini di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur.
Kelas ini diadakan untuk membantu ibu bapa muda membuat persiapan untuk menghadapi saat kelahiran, ketika di bilik bersalin dan ilmu tentang keibubapaan. Lebih kurang 200 bakal ibu dan bapa telah mengambil bahagian dalam kelas ini.
Ahli professional daripada pelbagai latar belakang seperti pakar Obstetric pakar Nutrisi dan pakar Laktasi memberikan tunjuk ajar mengikut kemahiran untuk persedian awal keibubapaan.
Menurut James Then, Pengarah urusan CryoCord “Pada zaman ini, banyak maklumat segera yang diperolehi daripada internet yang boleh menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, Kelas antenatal adalah platform yang baik untuk ibubapa mempersiapkan diri mereka dengan lebih baik.”
Kemuncak majlis ini diserikan dengan kehadiran duta CryoCord iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Sesi perkongsian lebih meriah apabila icon selebriti Malaysia berkongsi pengalaman perjalanan sebagai ibu termasuklah cabaran yang dihadapi ketika itu.
Sebagai tanggungjawab social koprat, CryoCord menjual T-shirt edisi terhad dan t-shirt tersebut habis dijual untuk mengumpul dana dan akan disalurkan kepada Majlis kanser Negara (MAKNA).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dekat Nak Bersalin, Lagi Kuat Doa” Throwback Usaha Dapatkan Anak Perempuan, Saharul Ridzwan Kongsi Amalan Masa Isteri Hamil!
Bergelar seorang bapa bukan hanya sekadar punya tanggungjawab menyediakan makan dan pakai anak bahkan bagi pelakon, Saharul Ridzwan ia menjadi titik tolak hidupnya merubah menjadi bapa yang lebih baik.
Malah menurut kata Saharul yang dipilih sebagai penerima Anugerah Best Papa Mellinial 2022, kehadiran dua cahaya mata dalam hidupnya banyak merubah hidupnya ke jalan Allah.
Berkongsi kisahnya bergelar bapa kira-kira lima tahun yang lalu, kelahiran anak sulungnya, Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017 merubah hidupnya. Begitu juga nalurinya semakin bertambah lengkap dan bahagia sejak punya anak keduanya, Fateema Azzahra.
“Bila dah ada anak pertama ni banyak benda nak kena explore dan belajar. Belajar macam mana nak tukar pampers, nak buat susu dan sebagainya tapi bila datangnya anak kedua ni lebih kepada macam mana nak susun pendidikan anak sekaligus belajar macam mana nak kendalikan emosi anak-anak.
“Anak pertama macam mana, anak kedua macam mana pulak. Kalau bercerita pasal momen sejak ada anak ni macam-macam cerita.
“Macam mana kita kena tahan bila anak makan bersepah dekat kedai makan, tumpahkan air dan sebagainya. Semua itu momen yang menjadikan kita lebih matang dalam menjadi seorang pendidik,” kongsinya memulakan bicara.
Kongsi doa & amalan untuk dapat anak perempuan
Berkongsi kisah kehamilan dua anaknya, akuinya Saharul dia sememangnya begitu menginginkan anak perempuan bila isterinya, Qabilla Deena Emir Mohammed disahkan hamil anak kedua.
Tidak mahu melakukan pemeriksaan jantina, sebaliknya Saharul dan isterinya memilih untuk berdoa saban hari demi memperoleh anak perempuan.
“Masa isteri saya mengandung kali kedua ni, saya sebenarnya nak sangat-sangat anak perempuan. Saya cakap dekat wife, saya nak anak perempuan tapi saya tak nak buat test untuk check jantina anak.
“Saya cakap saya hanya nak amalkan doa dan saya dan isteri amalkan doa bersungguh-sungguh setiap masa demi untuk dapatkan anak perempuan.
“Kalau orang lain dah excited sebab tahu nak dapat anak apa, lain pula kisahnya saya dan isteri yang sentiasa teruja berdoa untuk dapatkan anak perempuan. Rasa terujanya lain macam sebab kita sentiasa nak doa.
“Lagi nak dekat bersalin lagi rasa nak kuat doa pada Allah. Dan bila Allah makbulkan doa kami berdua, rasa seronok sangat,”luahkan lagi.
Tidak hanya isterinya, bahkan kata Saharul lagi dia turut mengamalkan amalan tertentu dalam usahanya untuk berdoa pada Allah.
“Apa yang saya amalkan adalah dengan baca selawat, istiqomah dan sentiasa minta dengan Allah setiap hari. Saya juga sentiasa baca Quran dan banyakkan bangun solat malam. Isteri saya pula sentiasa amalkan doa-doa khususnya setiap hari.
“Kami juga dan merancang untuk menambah anak namun semuanya bergantung kepada rezeki Allah. Sebolehnya tidaklah terlalu lambat memandangkan usia saya juga semakin meningkat,” kongsinya lagi.
Punya anak lelaki dan perempuan, akui Saharul Ridzwan dia terpaksa menggunakan pendekatan berbeza dalam mendidik mereka.
“Untuk ajar anak-anak ni kita di rumah mak ayah perlu kuat. Kita as parent kena tunjukkan pada anak-anak.
“Kalau kita suruh anak baca Quran tapi dia tak pernah nampak kita baca Quran, tak jadilah. Kita kenalah mulakan dulu, biar anak nampak dan barulah anak akan ikut,” katanya lagi.
Berhijrah demi cinta hati
Berkongsi kisah penghijrahan dan momen berharga sejak bergelar bapa, Saharul mengakui dia berubah ke jalan yang lebih baik semuanya demi anak-anak dan keluarga.
“Datangnya satu rasa tu bila ustaz bagitau saya, kita sebagai seorang bapa memang kita kena sediakan tempat tinggal, nafkah dan pendidikan tapi adakah kita perkenalkan pencipta kita pada anak-anak.
“Sejak itulah saya start ajar Ali, bukan saya yang bagi Ali makan tapi Allah. Benda yang kita rasa simple tapi perlu diterapkan buat anak-anak. Pergantungan rezeki pada Allah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Saharul dan isterinya Qaabila Deena Emir Mohammed mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 di Putrajaya. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jenama Pilihan Pa&Ma 2021, Iktiraf 40 Jenama Berkualiti & Diyakini Tahun Ini!
Pa&Ma selaku medium keibubapaan nombor 1 di Malaysia yang kini telah menginjak ke usia 21 tahun menjadi pilihan mama papa untuk dijadikan rujukan. Dengan pelbagai tip perkembangan dan kesihatan anak serta ilmu parenting membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat dan relevan di hati masyarakat Malaysia.
Sama seperti dua tahun sebelum ini, sekali lagi Pa&Ma memberi pengiktirafan kepada semua jenama berkualiti dan diyakini untuk dianugerahkan dengan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021. Ia merupakan tahun ketiga diadakan selepas diadakan buat julung kalinya pada tahun 2019.
Idea untuk mengadakan Jenama Pilihan Pa&Ma ini tercetus apabila melihat kerjasama yang baik daripada pihak terlibat dan ia menjadi inisiatif Pa&Ma untuk membantu mama papa di luar sana untuk memilih hanya yang terbaik buat si manja dan keluarga tersayang.
Anugerah berprestij ini telah diberikan kepada pelbagai jenama di bawah kategori Produk Ibu, Produk Anak, Rakan Hospital & Pakar serta Shopping & Libur. Sebanyak 40 jenama terpilih pada tahun ini dan kesemuanya dipilih berdasarkan kualiti serta kredibiliti masing-masing.
Diharapkan dengan anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma ini boleh menjadi rujukan kepada mama papa untuk membuat pilihan tepat buat seisi keluarga. Sokongan anda, menjadi tulang belakang Pa&Ma!
Untuk mengetahui senarai penuh Jenama Pilihan Pa&Ma 2021, mama papa boleh layari SINI
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pa&Ma Gala Award 2023 Best Papa & Mama Millennial, 20 Selebriti Kongsi Sisi Berbeza Penuh Inspirasi
Pa&Ma Gala Award 2023 Best Papa & Mama Millennial kembali lagi! Program anugerah digital parenting pertama yang diadakan di Malaysia ini memberi penghargaan kepada barisan selebriti yang yang bukan hanya mempunyai pengaruh kuat di media sosial tetapi juga menjadi inspirasi buat ibu ayah milenial di luar sana.
Uniknya untuk tahun ketiga ini, setelah dua kali mengadakannya secara atas talian, Pa&Ma Gala Award 2023 dijalankan secara langsung bersama barisan penerima anugerah menerusi platform Facebook dan Youtube Majalah Pa&Ma.
Sejajar dengan jenama Pa&Ma yang menjadi rujukan pertama ibu ayah, maka pemilihan 10 orang papa serta 10 orang mama untuk menerima anugerah tahun ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pengikut Pa&Ma.
Tahun ini, Editor Pa&Ma, Emy Haznida Hazairul Sham, diberikan kepercayaan untuk menggalas peranan sebagai hos Pa&Ma Gala Award 2023 sekaligus menyampaikan Anugerah BEST PAPA & MAMA MILLENNIAL kepada 20 orang selebriti papa mama yang terpilih tahun ini.
“Ia adalah tanggungjawab yang sangat besar tetapi saya sangat bertuah kerana terpilih untuk menjadi hos tahun ini. Saya tidak berpengalaman jika dibandingkan dengan Fiza Saad yang menjadi hos tahun lepas, tetapi saya memandang hal ini dari sudut positif serta mahu mencapai sesuatu yang baharu dalam kerjaya saya.”
PA&MA GALA 2022 akan mula bersiaran secara langsung pada 3 Julai hingga 27 Julai 2023 menerusi platform Facebook dan YouTube Majalah PA&MA jam 4.30 petang. Anugerah digital ini akan dimulakan dengan sesi LIVE istimewa bersama Ezzaty Abdullah dan Harris Annuar diikuti 9 episod bersama barisan papa selebriti. Seterusnya, 9 episod bersama mama selebriti pula akan menyusul.
Antara penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2023 untuk Best Papa Millennial adalah Awal Ashaari, Nubhan Ahmad, Jofliam, Fizo Omar, dan Datuk Seri Aliff Syukri.
Selain itu, Raf Yaakob, Haziq Hussni, Al-Jufferi Jamari dan Ryzal Ibrahim turut diberi penghargaan ini.
Untuk penerima anugerah Pa&Ma Gala Award 2023 kategori Best Mama Millennial pula diberikan kepada Mira Filzah, Faezah Elai, Adira Suhaimi, Irin Putri, Puteri Sarah Liyana, Shakilla Khoriri, Dr. Ezani Monoto, Mona Allen, dan Dahlia Shazwan.
Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai PA&MA GALA AWARD 2023, boleh ikuti di Facebook dan Instagram PA&MA dengan hashtag #pamagala2023 #papamamamillennial
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI