MISB Resources Sdn Bhd mengumumkan pelakon Anzalna Nasir sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac 2019. Pemilihan selebriti yang memasuki trimester kedua kehamilan itu bertepatan dengan misi meremajakan jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan sahaja semata-mata berdasarkan imej ikon wanita Melayu di negara ini, malah aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres tersebut dengan menggunakan produk NR menjadi asas kepada pelantikan.
“Anzalna komited untuk hanya berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarga sejak 2 generasi lalu, kini tiba masanya giliran beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.
Ads
“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinya sejak ramuan herba itu diformulasi 30 tahun yang lalu,” tambah Syed Hidzir.
Ads
Ads
Sebagai duta, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISB merupakan syarikat unggul pertama di Malaysia yang mengeluarkan rangkaian herba tradisi turun-temurun yang telah pun bertapak selama 30 tahun, melalui rangkaian produk terkenal seperti Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat NR, Phytonatal NR dan Akar Herbaneka NR. Produk terbaru keluarkan MISB adalah parfum Harumme, cucian intim Bloom dan rangkaian produk bayi yang akan dilancarkan pada 25 April 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah empat tahun menyepi, jurassic sekali lagi membuat kemunculan dengan lebih banyak watak dan jenis dinasour untuk menjadi tatapan peminat spesis dinasour ini!
Dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dallas Howard sebagai Claire Dearing, mereka akan ditemani oleh pelakon Jurassic Park original iaitu Jeff Goldblum (Dr. Ian Malcolm), Sam Neill (Dr. Alan Grant) dan Laura Dern (Dr. Ellie Sattler), di mana masing-masing akan melakonkan watak ikonik mereka daripada francais Jurassic.
Empat tahun setelah Isla Nublar dihancurkan pada filem Jurassic World: Fallen Kingdom (2018), dinasour telah terlepas ke seluruh bahagian bumi dan hidup bersama manusia.
Kewujudan semula dinosaur di muka bumi yang wujud secara bersama-sama akan menyaksikan era baharu masa depan dalam Jurassic World : Dominion, dan menimbulkan permasalahan di mana mereka juga berburu mangsa di habitat yang sama dengan manusia.
Jadi, agak-agaknya mampukah dua hidupan ini duduk ‘sebumbung’ di dalam kawasan yang sama? Kalau nak tahu, jom sama-sama ajak ahli keluarga saksikan Jurassic World : Dominion bermula 9 Jun 2022 di pawagam berdekatan anda ya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari saja lagi sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung. Sudah pastinya akan kita semua sibuk merancang perjalanan sama ada untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga tersayang.
Bagi anda yang memandu, jom ke PUSPAKOM berdekatan – pastikan kereta selamat dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma!
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekerja dan mengepam susu bukan lagi perkara pelik di kalangan para ibu menyusu. Tiada alasan untuk tidak memberikan anak susu ibu ketika ibu keluar bekerja di pejabat.
Kini terdapat pelbagai kemudahan aksesori penyusuan yang canggih bagi membantu memudahkan tugas ibu mengepam susu.
Ramai kalangan ibu-ibu menyusu yang bekerja Berjaya mengepam susu mereka untuk disimpan sebagai stok. Anak-anak tetap dapat menikmati khasiat susu ibu ketika di bawah penjagaan pengasuh sama ada di rumah mereka atau di taska.
Kadangkala ada ramai yang baru bergelar ibu keliru dan tidak tahu cara yang betul untuk mengepam susu. Ia bukan sekadar memasang pam pada payudara ibu dan susu terus keluar melimpah ruah.
Jangan risau ya ibu-ibu. Tugas mengepam susu perlu dipelajari. Ia bukan semudah ABC tetapi juga tidak sesukar mana sekiranya anda tahu tips yang betul.
Pastikan ibu tahu panduan ini supaya tugas mengepam susu ibu menjadi lebih efektif.
Mengepam Susu Lebih Efektif
Ibu Kena Bertenang
Antara kunci utama pengaliran susu lancar ketika menyusu dan mengepam susu adalah bertenang. Mungkin ramai ibu yang tak perasan bila mereka bertenang maka susu yang dipam juga lancar keluar.
Elak memikirkan hal kerja yang boleh menyebabkan ibu stres. Sebaliknya tengok gambar atau video anak yang pasti akan menggembirakan dan menenangkan ibu. Secara psikologi ia membantu pengaliran susu lebih banyak.
2. Pilih Lokasi Yang Selesa
Apabila mengepam susu, faktor lokasi yang selesa juga memainkan peranan penting. Bila lokasi selesa dan sunyi maka ibu dapat mengepam dengan tenang dan tidak terburu-buru.
Jika di pejabat tiada bilik khas untuk mengepam susu, ibu boleh menggunakan nursing cover dan membuat pengepaman di stesen kerja dengan selesa dan tenang. Pastikan tiada gangguan bunyi yang boleh mengganggu konsentrasi dan ketenangan.
3. Konsisten Mengepam
Tahukah ibu-ibu menyusu bahawa penting untuk amalkan disiplin dan konsisten mengepam ketika bekerja. Ibu perlu mengepam susu setiap 2 hingga 3 jam ketika di pejabat. Ini kerana penting untuk otak menerima signal bahawa susu perlu dihasilkan secara konsisten.
Jangan tunggu sampai anda mengalami bengkak susu barulah hendak mengepam. Ia sangat tidak bagus untuk pengaliran susu yang lancar dan berisiko menyebabkan susu berkurangan dalam jangka masa panjang.
4. Utamakan Kebersihan
Selain persekitaran yang selesa, pastikan breast pump dan peralatan lain yang digunakan semasa mengepam susu sentiasa bersih dan sudah disteril. Sentiasa cuci tangan sebelum ibu memulakan tugas mengepam untuk mengelakkan penyebaran sebarang bakteria pada peralatan mengepam.
Selepas mengepam susu, simpan susu perahan di dalam bekas yang bersih dan sudah dibasmi kuman sebelum disimpan dalam cooler bag atau peti ais.
5.Pilih Double Electric Breast Pump
Jika masih tercari-cari pam payudara, Tommee Tippee Made for Me Double Electric Breast Pump (TTDBP) direka khas untuk ibu yang sibuk. Saiznya yang kecil, ringan dan senyap membolehkan ibu mengepam di pejabat dengan selesa.
Ibu juga boleh memilih sama ada nak mengepam secara single atau double menggunakan pam ini. Paling mudah kerana pam ini jenis portable dan kompak dengan menggunakan pengecas USB membolehkan ibu mengepam susu di mana-mana.
Kuasa bateri yang sudah dicas penuh juga mampu tahan sehingga 90 minit bila-bila masa dan di mana anda ingin mengepam susu.
Paparan skrin LED memudahkan ibu mengawasi pemasa untuk mengetahu sudah berapa lama mengepam.
Pilih 5 jenis mod urutan yang direka sama seperti rangsangan bayi ketika melekap pada payudara ibu membantu merangsang pengaliran susu. Sebaik sahaja susu mula mengalir, 9 mod pengepaman memberikan Tindakan mengepam yang lebih teratur dan berpanjangan untuk membantu ibu mengeluarkan susu sebanyak mungkin.
Tugas mengepam susu juga menjadi lebih mudah dengan TTDBP kerana ia berupaya menggunakan hands-free dengan coli khas mengepam susu.
Rekaan cawan silicon yang lembut terasa selesa terutama ketika payudara sedang sakit dan merangsang aliran susu. Sistem tertutup kebersihan memastikan susu ibu hanya masuk ke dalam botol, jadi setiap titisan dapat dikumpulkan tanpa membazir.
Jenama Tommee Tippee sentiasa menyokong perjalanan ibu menyusukan anak dengan mudah di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Memang Berbaloi Guna Tommee Tippee Double Electric Breast Pump
Bagi ibu-ibu menyusu yang sentiasa sibuk dengan kerjaya anda kena menggunakan pam susu bagi memudahkan perjalanan penyusuan si manja. Ini sebabnya:
Massage & Expression Modes (5 Massage and 9 Expression Settings).
Boleh digunakan secara single atau double breast pump.
Clever switching technology, beralih dari satu payudara ke payudara sebelah, untuk pengalaman yang lebih semula jadi dan selesa.
Pengecas USB, jadi ibu boleh mengecas pam dan menggunakannya pada bila-bila masa sama ada di dalam atau luar rumah.
Bebas BPA & BPS.
Jaminan produk (12 bulan).
Tommee Tippee Double Electric Breast Pump dijual di Tommee Tippee Official Store di Shopee dan Lazada termasuk kedai-kedai jualan produk bayi di serata negeri Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!