MISB Resources Sdn Bhd mengumumkan pelakon Anzalna Nasir sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac 2019. Pemilihan selebriti yang memasuki trimester kedua kehamilan itu bertepatan dengan misi meremajakan jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan sahaja semata-mata berdasarkan imej ikon wanita Melayu di negara ini, malah aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres tersebut dengan menggunakan produk NR menjadi asas kepada pelantikan.
“Anzalna komited untuk hanya berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarga sejak 2 generasi lalu, kini tiba masanya giliran beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.
“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinya sejak ramuan herba itu diformulasi 30 tahun yang lalu,” tambah Syed Hidzir.
Sebagai duta, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISB merupakan syarikat unggul pertama di Malaysia yang mengeluarkan rangkaian herba tradisi turun-temurun yang telah pun bertapak selama 30 tahun, melalui rangkaian produk terkenal seperti Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat NR, Phytonatal NR dan Akar Herbaneka NR. Produk terbaru keluarkan MISB adalah parfum Harumme, cucian intim Bloom dan rangkaian produk bayi yang akan dilancarkan pada 25 April 2019.