Anzalna memberitahu yang dia tidak mahu memberikan review kepada produk yang tidak digunakannya. Tidak mahu menipu orang lain walau pun ditawarkan bayaran.
Anzalna Nasir yang kini sedang hamil anak pertama memberitahu tentang hal ini menerusi instagram beliau. Selorohnya, duit dia mahu tapi menipu tidak mahu! Bagaimana pun Anzalna berterima kasih di atas tawaran itu.
anzalnanasir88 Reaction bila orang suruh review product hamil yang kita tak guna. Duit mau, menipu tidak mau! Hahhahahahahhaha Thanks for the offer! ? #BuatApaTipuBoskurrrrrrrrr
Para peminat menghargai dan menyambut baik keputusan jujur Anzalna untuk tidak memberikan review kepada produk yang tidak digunakannya. Malah ada juga yang memuji berserinya wajah ibu hamil ini, nampak glowing!
Sumber: anzalnanasir88
Artikel berkaitan: Hamil 4 Bulan, Baby Bump Anzalna Sudah Kelihatan. Netizen Kata Comel & Berserinya Wajah Ibu Hamil
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Sayangkan Anak Dalam Kandungan, Tolong Periksa Gigi! Sakit Gigi Boleh Menyebabkan Keguguran
Semasa hamil, setiap tubuh anda memerlukan penjagaan yang rapi kerana hormon kehamilan akan membuatkan anda melalui banyak perubahan. Tidak terkecuali, gigi! Ibu hamil sering terlepas pandang akan penjagaan mulut mereka, terutamanya gigi dan gusi.
Disebabkan kurang penjagaan pada bahagian oral, jadi, tidak hairanlah mengapa ramai wanita yang mengalami masalah gigi dan gusi semasa sedang hamil. Masalahnya, jika perkara ini berlaku, akibatnya bukan hanya ditanggung oleh ibu hamil sahaja, sebaliknya bayi dalam kandungan turut menerima kesan buruk.
Risiko kepada kandungan
Tahukah anda bahawa perubahan dan peningkatan hormon semasa hamil akan menyebabkan tubuh bertindakbalas dengan plak, iaitu lapisan bakteria yang ada pada gigi. Oleh itu, amat mudah untuk ibu hamil mendapat sakit gigi jika kebersihan gigi tidak dijaga dengan baik. Sistem imunisasi badan ibu akan lemah apatah lagi jika ibu mengalami sakit gigi berserta jangkitan batuk ataupun demam. Proses jangkitan yang dialami pada badan ibu bukan sahaja akan melemahkan ketahanan tubuhnya, bahkan juga boleh menyebabkan bakteria yang menyerang gigi merebak kepada janin anda.
Ibu hamil yang mengalami sakit gigi berisiko mendapat keguguran, kelahiran bayi pramatang dan bayi mati dalam perut. Bayi yang lahir juga akan mengalami masalah kurang berat badan.
Jadi, jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah sakit gigi semasa hamil. Segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Penjagaan gigi semasa hamil
Penjagaan gigi yang betul dengan bantuan daripada doktor gigi akan menjadikan gigi anda kekal sihat walaupun semasa anda sedang mengandung. Bagi mengelak dan mengurangkan risiko anda daripada mengalami masalah sakit gigi semasa hamil, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Teruskan amalan penjagaan gigi semasa hamil.
- Patuhi amalan kebersihan oral untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah kesihatan mulut dan gigi.
- Kurangkan makan makanan yang manis. Anda perlu menggosok gigi setiap kali selepas mengambil makanan manis.
- Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Gigi pertama bayi anda akan mula tumbuh semasa tiga bulan pertama kehamilan. Jadi, ambillah makanan yang mengandungi produk tenusu, keju dan yogurt yang amat baik untuk penghasilan gigi, gusi dan tulang yang sihat.
- Jika perlu mendapatkan rawatan gigi, jumpa doktor obstetrik anda dahulu. Doktor akan memberikan nasihat tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh ibu hamil- termasuklah dari segi penerimaan ubat-ubatan semasa rawatan gigi.
- Beritahu doktor gigi anda tentang kehamilan anda terutamanya jika anda masih lagi berada di trimester pertama. Doktor akan memberi nasihat tentang rawatan yang selamat untuk ibu hamil.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Hamil Keliru Nak Cucuk Vaksin Waktu Bila? Dr Izzar Kongsi Masa Sesuai Perlu Cucuk Vaksin!
Pengumuman pemberian vaksin yang dibolehkan kepada ibu hamil pastinya memberi kelegaan kepada semua ibu hamil. Dengan adanya vaksin pastinya lebih perlindungan buat ibu-ibu hamil.
Namun pastinya ada ibu yang keliru sambil menunggu bila waktu sesuai mereka dipanggil untuk menerima vaksin. Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi informasi mengenai waktu sesuai ini untuk semua ibu hamil.
MENGANDUNG DAN VAKSIN COVID-19
Ramai mengandung ye musim PKP ni. Yelah, duduk rumah je kan tak boleh nak keluar. Orait jom kita belajar apa kebaikan vaksin C-19 untuk ibu hamil. Berdasarkan satu kajian di UK, didapati bahawa ibu hamil semasa trimester ketiga (> 28 minggu hamil), merupakan golongan paling kerap masuk hospital dan mendapat penyakit teruk kalau dijangkiti C-19.
Bagi mereka, kebarangkalian untuk kelahiran mati / stillbirth dan pramatang adalah lebih tinggi semasa trimester ketiga. Kalau mengandung dan ada penyakit kronik lain juga, pun amat berisiko untuk ibu hamil.
Ibu hamil diberikan vaksin Pfizer sahaja di Malaysia setakat ini. Ini kerana Pfizer dan Moderna (takdak kat Malaysia) telah diberikan kepada 100,000 ibu hamil di US dan data menunjukkan vaksin2 itu selamat. UK pun kasi Pfizer dan Moderna kepada ibu2 hamil.
Kebaikan kalau divaksin:
🟢Mengurangkan risiko penyakit C-19 yang teruk untuk ibu hamil
🟢Mengurangkan risiko stillbirth dan kelahiran pramatang
🟢Berpotensi mengurangkan penyebaran penyakit ke orang rumah yang berisiko
Menurut kata Dr Izzar lagi, ada waktu-waktu tertentu yang dirasakan paling sesuai untuk wanita hamil divaksin. Ini penjelasan dari doktor.
Kenapa ibu mengandung perlu divaksin pada minggu ke 14-33?
Kita nak elak vaksin sebelum 14 minggu hamil sebab janin masih tengah membesar masa tu. Kita tak naklah kacau kan.
Aim dia juga ialah supaya ibu mengandung mendapatkan immunity dari vaksin sebelum masuk trimester ketiga sebab macam saya cakap, masa trimester ketiga lah ibu mengandung paling berisiko. Kalau kita vaksin ibu pada minggu hamil 34 ke atas macam takde function dah sebab tak banyak kebaikan untuk ibu hamil masa tu.
Tahniah kepada ibu-ibu hamil yang dah sempat divaksin. Yang tak sempat tu jagalah diri & ikut SOP. Wife saya pun tak divaksin lagi. Tengah menyusu baby lagi ni. Tengah tunggu panggilan vaksin je ni. Harap-harap tak lama lagi korang semua akan dapat vaksin. Sekarang tengah Fasa 3.
Semoga ibu-ibu hamil lebih bersedia sambil menunggu tibanya waktu menerima vaksin. Paling penting kemas kini dahulu di My Sejahtera.
Menarik: Im Angry To Your Mother, Video Lyla & Lara Cuit Hati Semua, Cutenya Ayat Kakak!
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izzar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Tahu Nak Gambarkan Pengalaman Tadi”, Elizad Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio!
Semua mengetahui yang pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad kini sedang menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) di sebuah pusat kesuburan. Setiap proses yang dilalui, dikongsikan olehnya menerusi instagram miliknya.
Terbaru menerusi instagramnya, Elizad turut memaklumkan beliau baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’, proses yang cukup penting dalam rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Berkongsi cerita itu kata Elizad lagi, seribu satu rasa dan pengalamannya sukar cukup sukar digambarkan. Dalam pada itu, pelakon cantik manis ini juga turut berkongsi beberapa gambar dan video sepanjang proses itu.
“Alhamdulillah syukur, baru selesai ‘embryo transfer’ hari ini. Semuanya berjalan lancar. Doakan yang terbaik buat kami ya.
“Nervous tunggu result akan datang nanti. Hanya mampu berdoa. Moga-moga adalah rezeki kami berdua. Selebihnya, kami hanya berserah padamu ya Allah.
“Terima kasih Dr @dr.azlin dan @sophea_fertility dan semua nurse yang banyak membantu menenangkan saya tadi. Tak tahu nak gambarkan pengalaman tadi,” tulis Elizad di ruangan kapsyen.
Peminat Doakan Usaha Membuahkan Hasil
Tanggal 21 Oktober lalu, Elizad berkongsi mengenai proses pengambilan telurnya untuk tujuan persenyawaan.
Dan kelmarin, telur yang sudah berkembang itu sudah pun menjalani proses ‘embryo transfer’. Semoga proses pemindahan embrio ini ke dalam uterus membuahkan hasilnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rakan-rakan selebriti tidak henti-henti mendoakan semoga proses yang dilalui Elizad ini dipermudahkan.
Tidak ketinggalan juga seluruh pengikut Elizad di instagramnya yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan agar usaha Elizad dan suami untuk mendapatkan zuriat ini dipermudahkan.
Semoga dalam tempoh 14 hari ini, pastinya ada khabar gembira yang dikongsikan oleh Elizad dan suami. Sama-sama kita doakan buat kedua-duanya.
Terdahulu, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka. Kita doakan!
Artikel berkaitan: Harap Telur Yang Keluar Baik Cantik Elizad Terus Jalani Rawatan IVF, Mohon Doa Dari Semua!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI