Dulu masa zaman mak-mak kita, elok je bagi anak-anak air masak. Tapi kenapa zaman sekarang tak boleh? Soalan ini bukannya baru tapi dah lama jadi persoalan ibu bapa muda.

Bagi menjelaskan keadaan ini, Dr Redza Zainol berkongsi dengan anda sebab-sebab perlu dielakkan dulu beri bayi 6 bulan ke bawah air masak.

Selalu juga ibu muda tanya soalan ni. “Boleh ke saya bagi anak saya air masak?” Katanya cuaca panas, nanti anak jadi dahaga.

Apa Alasan Pun Bayi Bawah 6 Bulan Jangan Diberi Air Masak. Kesannya Cukup Bahaya!1) Saya pun terangkan yang kita cuma galakkan susu ibu dan susu formula untuk bayi umur bawah 6 bulan.

2) Air masak atau apa-apa jenis minuman lain dikira tak memberi khasiat pada bayi umur bawah 6 bulan.

3) Bayi bawah 6 bulan yang minum air masak secara kerap, boleh mengalami :

– muka bengkak
– suhu badan yang rendah (bawah 36.5°C)
– letih tak bermaya
– tidak mahu menyusu
– paling serius, hingga boleh menyebabkan sawan.

4) Keadaan ini dinamakan sebagai Water Intoxication.

IKLAN

Apa Alasan Pun Bayi Bawah 6 Bulan Jangan Diberi Air Masak. Kesannya Cukup Bahaya!5) Jika beri air masak :

– Tak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.

Secara purata, berat bayi bertambah 25 gram setiap hari. Kalau asyik bagi air masak yang tiada kalori, boleh jadi berat bayi menurun.

– Buah pinggang bayi tu masih belum matang sepenuhnya dan tak mampu nak proses cecair dan garam yang terlalu banyak dalam badan.

IKLAN

– Bayi kita tu jadi tak berminat nak minum susu sebab perutnya dah penuh.

6) Bila boleh beri air masak pada bayi?

Selepas anak mula diberi makan, barulah boleh beri air masak pada bayi.

Apa Alasan Pun Bayi Bawah 6 Bulan Jangan Diberi Air Masak. Kesannya Cukup Bahaya!7) Jumlah air masak yang boleh diberi:

IKLAN

– Umur 6-12 bulan = ½ – 1 cawan sehari

– Umur 12-24 bulan = 1-4 cawan sehari

– 2 – 5 tahun = 1-5 cawan air masak sehari

Bantu saya #sebarkan info penting ni pada kawan-kawan kita. Biar lagi ramai mak ayah yang tahu dan jadi lebih peka tentang kesihatan anak.

Jemput follow FB saya, Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak secara percuma.

Sumber: Dr Redza Zainol

https://www.youtube.com/watch?v=UrGkvX0EjUQ

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI