Apa Beza Air Ketuban Tanpa Darah & Bercampur Darah? Betul Ke Keadaan Air Ketuban Memberikan Tahap Kesakitan Berbeza

Share

Kata orang, keadaan air ketuban ketika hendak bersalin akan memberikan tahap kesakitan yang berbeza. Sejauh manakah pernyataan ini benar? Perkongsian Dr Norkedah Rahani, doktor kanan perbidanan dan sakit puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.

AIR KETUBAN TANPA DARAH

MITOS: Ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.

FAKTA: Tiada fakta dan kajian yang menyokong fakta ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.

Kontraksi dengan lelehan air ketuban ialah keadaan di mana ibu mengalami air ketuban pecah dalam bentuk air jernih dan tidak berbau. Jika ia berlaku sebelum kontraksi (37minggu ke atas) maka ia dinamakan premature rupture of membrane iaitu koyakan pada lapisan kantung ketuban.

Koyakan ini boleh berlaku melebihi 24 jam sebelum waktu bersalin dan melibatkan kira-kira 10% ibu yang mengandung di mana kebocoran air ketuban dan cairan faraj tanpa ada rasa sakit kontraksi. Jika berlaku melebihi 24 jam sebelum kontraksi untuk bersalin tindakan selanjut perlu dilakukan untuk mempercepatkan kelahiran dengan kaedah cetusan kelahiran iaitu indius pecah. Hal ini jika tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi dan uri.

AIR KETUBAN BERCAMPUR DARAH

MITOS: Ibu yang mengalami keluarnya darah dan bersama air ketuban keadaan dikatakan akan mengalami rasa kontraksi yang lebih kuat dan menyebabkan proses kelahiran mengambil masa yang lama.

FAKTA: Mitos ini tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan-keadaan ini. Dalam perubatan, doktor tidak boleh membuat jangkaan tentang tempoh kelahiran yang bakal dialami oleh pesakit menerusi tanda-tanda awal kelahiran seperti ini.

Memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu mengalami pendarahan pada awal proses kelahiran yang keluar bersama dengan air ketuban. Ia disebabkan oleh terbukanya pintu rahim. Kemungkinan besar ia adalah mucus plug yang berbentuk jeli yang berfungsi menghalang bakteria dan jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.

3 tanda perlu ke hospital

Ibu-ibu yang mula mendapat tanda-tanda kelahiran perlu segera ke hospital. Jangan lupa membawa kad rawatan antenatal dan beg hospital bersama. Berikut antara tanda-tanda yang perlu diambil serius.

  1. Keluar air ketuban iaitu air jernih yang tak berbau. Bila ibu hamil merasakan adanya cairan yang keluar dan keluarnya tidak dapat ditahan, itu menandakan bahawa air ketuban sudah pecah. Normalnya, cairan ketuban tidak berbau, bersih dan jernih. Segera ke hospital apabila air ketuban sudah pecah walau pun anda tidak merasakan kontraksi sebelumnya. Pecahnya air ketuban yang tidak disertai kontraksi dan rasa memulas, menandakan bahawa ibu hamil mengalami ketuban pecah awal sebelum tanda-tanda persalinan muncul. Segera ke hospital kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
  2. Sakit kontraksi yang berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa mulas dan nyeri di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak kunjung hilang walau pun anda telah cuba mengubah posisi. Ia berlaku secara teratur dengan jarak yang semakin pendek (3-5 minit), dan tempoh sekitar 45 hingga 60 minit.
  3. Keluar darah berserta lendir. Ia menandakan terlepasnya sumbatan tebal (mucus plug) pada leher rahim yang menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks. Pengeluaran darah dan lendir dapat terjadi beberapa hari sebelum kelahiran. Hubungi doktor segera sekiranya terjadi perdarahan yang hebat.

Mucus plug ialah lendir yang kental yang berfungsi menyekat sebarang jangkitan uterus kepada uterus dan kandungan. Saiznya kira-kira empat hingga lima sentimeter di dalam servis atau dua sudu besar apabila terkeluar di awal proses kelahiran.

 

Published by
NuFa