Setiap anak yang Allah SWT kurniakan ‘membawa’ rezeki mereka bersama. Jangan sesekali dikesalkan kehadiran mereka kerana berbuat baik dengan anak menjanjikan ganjaran yang baik buat mama papa. Tak ada salahnya kita juga buatkan sesuatu yang membahagiakan mereka.
Usahlah fikir-fikir kalau nak belikan sesuatu untuk anak. Baik makanan, pakaian mahupun mainan. Menurut penulisan dari Mohd Fhais Salim, katanya tak salah untuk manjakan anak kerana itulah rezeki mereka. Rezeki untuk setiap orang berbeza-beza dengan yang lain.
Jom lihat apa perkongsian selanjutnya dari bapa ini;
Sekat rezeki anak, rezeki kita pun tersekat!
Ada orang kata beli mainan ni membazir. Sebenarnya ia bukan membazir tapi itu la rezeki anak-anak.
Ada orang kata manjakan anak sangat tak elok. Apa dia nak kita beli.
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!
“Dia Boleh Pause, Sambung Balik.” Comelnya Kanak-Kanak Ni Menangis, Ramai Terhibur!
“Tak Ada Rezeki Yang Tak Elok..”
Bagi saya tak ada rezeki yang tak elok. Semua rezeki elok. Anak di manjakan sejak kecil, itu pun rezeki dia.
Ada anak, ibu ayah duit banyak pun belum tentu lagi dapat rasa manja-manja.
Rezeki anak-anak ni datang dalam pelbagai bentuk.
Ada anak dapat rasa limpahan kasih sayang ibu ayahnya setiap masa tanpa di tagih.
Ada anak susah nak dapat rasa kasih sayang walaupun selalu menagih di kasihi.
Macam-macam..
“Apa Yang Kita Ada Sekarang, Mungkin Rezeki Anak-Anak..”
Memang la yang kerja banting tulang siang malam tu kita, tapi rezeki yang kita dapat mungkin datang dari rezeki anak-anak.
Memang la yang mengurus dan menjaga ekonomi keluarga tu kita, tapi rezeki ekonomi kita ni mungkin datang dari rezeki anak-anak.
Apa yang kita ada sekarang ni? Mungkin itu semua rezeki anak-anak.
Kita ni cuma pemegang amanah je, wajib salurkan rezeki tersebut pada penerima yang sah.
Silap hari, kita yang menumpang rezeki anak-anak rupanya. Allahu..
Makanya usah la kita berkira-kira dengan anak. Usah la kita bakhil sangat fikirannya.
“Mampu Beli, Tak Mampu Usah Beli..”
Tak ada bazirnya beli mainan jika itu buat anak rasa gembira dan teruja.
Elak sewenangnya kita sekat rezeki anak-anak dengan kata membazir, tak penting, ngada-ngada dan sebagainya.
Mampu beli, tak mampu usah beli. Belum rezeki anak untuk dapat.
Jangan terkejut! Makin kita mewah-mewahkan anak, makin mewah la rezeki kita datang mengalir kelak.
Rezeki tak pernah terputus kalau kita tak sekat-sekat rezeki anak!
Wallahu A’lam,
~ Mohd Fhais Salim
Berilah sesuatu kepada anak sebagai ganjaran kerana menghiasi kehidupan kita. Jangan berkira untuk belanja mereka. Kadang-kadang anak ni tak nak banyak. Dapat luangkan masa dengan mama papa pun dah cukup untuk buat mereka tersenyum sepanjang hari.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)