Hebatnya wanita bergelar ibu! Demi anak sanggup buat apa saja. Bak kata orang, seorang ibu akan cuba sehabis daya demi anak-anak tercinta. Begitu juga yang dilalui oleh pelakon Mia Ahmad yang telah menimang cahaya mata ketiganya pada 17 Januari lalu.
Isteri kepada Izham Tarmizi itu juga difahamkan sedang berpantang di Pahang memandangkan suaminya kini menjadi penjaga gol pasukan Sri Pahang FC.
@mia4hmadWhen you have no choice all you can do is Tawakkal… Tak mudah ya kalau tak ada partner. Nak pantang, berjaga malam, pump susu..beli jiwa anak-anak yang lain…Bersyukurlah jika punya pasangan.. Dan hargailah pasangan 🥰♬ original sound – Mia Ahmad
Menerusi perkongsian di TikTok, Mia yang juga ibu kepada Issa, Iris dan seorang lagi bayi perempuan mengakui terpaksa ‘korbankan’ tempoh berpantangnya kerana perlu menguruskan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil secara serentak.
@mia4hmad Confinement Lady nasihat, “Mia kena banyak rehat tengok macam tak rehat pun…” 😅 Bila dah jadi mom of 3 ni dia dah tak ada kira-kira dah dengan rehat, lebih kepada tanggungjawab kepada anak2 dan keluarga. Mom can relate? 🙋♀️ treatment pantang : @Suraya Mothercare Beauty #momofthree #postpartum ♬ original sound – Mia Ahmad
Keadaan ini disebabkan oleh kekangan masa suaminya yang sedang menjalani latihan bersama pasukan.
ARTIKEL BERKAITAN [Mia Ahmad Syukur Berjaya Khatam Al-Quran Di Wad Sebelum Lahirkan Anak Ketiga]
Cuma jika tiada sesi latihan, Izham akan membantu Mia menguruskan anak-anak bagi meringankan tugas isterinya.
Bila awak tiada pilihan lain, apa yang boleh dilakukan hanyalah tawakal.
Dalam pada itu, pemilik nama Samihah Ahmad Baderi menyatakan ibu-ibu yang mempunyai pasangan ketika berpantang seharusnya bersyukur dan lebih menghargai.
Tak mudah ya kalau tiada pasangan, nak pantang, berjaga malam, pam susu, beli jiwa anak-anak yang lain.
Betullah orang kata, seorang wanita dia kuat sebab anak. Mungkin dulu masa anak pertama, waktu berpantang dianggap masa rehat. Namun bila lahirnya anak kedua, ketiga dan seterusnya, semua itu dah berubah.
Malah pengalaman dari anak sulung juga banyak mengajar seorang ibu untuk menjadi ibu yang lebih baik dan sempurna. Cuma kesihatan pun perlu dititikberatkan.
Kredit: TikTok Mia Ahmad
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
https://www.youtube.com/watch?v=DNiNt98Rht8
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI