Jangan putus doa untuk anak-anak kita kerana doa ibulah yang paling mujarab. Selebriti media sosial, Aisyah Hijanah turut berkongsi kuasa doa buat dua anaknya ketika dia hamil.
Menurut perkongsian Aisyah di Instagramnya, dua anaknya, Hassan dan Deeja menunjukkan karektor sama seperti doanya ketika mengandungkan mereka.
Malah Aisyah juga turut menyarankan perkara yang sama iaitu berdoa ketika hamil kepada semua ibu hamil.
“Actually ini memang difference yang sangat obvious antara Hassan & Deeja. But I dont mind at all, they have different personalities. Cuma one thing yang Aisyah rasa effect this adalah DOA.
Ads
“Waktu Aisyah mengandungkan Deeja, Aisyah memang selalu doa supaya anak dalam perut ni jadi anak yang apabila orang lihat wajah dia, orang sayang. Anak yang ceria, happy tak jauh daripada masalah. Anak yang tajam akal & aktif.
“Tapi, waktu mengandungkan Hassan memang Aisyah doa untuk Allah jadikan anak dalam perut ni anak yang tegas macam Saidina Hamzah. Anak yang ada pendirian, anak yang kuat,” luah Aisyah berkongsi.
Ads
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut menyarankan ibu hamil turut sama berdoa secara spesifik seperti yang diinginkan.
“And, doa ibu itu memang sangat mustajab. Apa yang Aisyah doa untuk Khadeejah & Hassan tu memang betul-betul terjadi. Especially, banyakkan doa sebelum anak capai 4 bulan dalam perut, In Shaa Allah semua tu serap terus pada anak.
Ads
So whoever yang tengah pregnant, doa banyak-banyak untuk baby dalam perut & doa ibu ni memang tak ada halangan,” ujarnya lagi berkongsi.
Pemergian arwah Abam pastinya bukan perkara yang mudah untuk diterima oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tapi walaupun pahit, mereka perlu reda akan ujian yang telah diberikan. Pasti akan ada hikmah yang lebih besar menanti mereka di hadapan.
Paling terkesan sudah pasti isteri arwah, Nor Hidayah yang kini terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah kepada anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia lapan bulan.
Bagi kanak-kanak seusia Hamzah, apalah yang dia tahu tentang kehilangan dan kematian. Melalui perkongsian dalam temuramah sebelum ini, Hidayah menceritakan bahawa, pada malam pertama pemergian arw4a, Hamzah sudah mula mencari kelibat ayahnya.
Menerusi perkongsian salah seorang sahabat yang rapat dengan arwah, Mohd Fauzi Amiden dia sering memuat naik situasi terkini berkenaan keluarga arwah. Menurutnya, kesihatan Hamzah mula terganggu dan demam. Tapi bagaimanapun, Hamzah telah pun di bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Dia meminta agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan anak kecil ini. Mungkin Hamzah tidak mampu untuk berkata-kata meluahkan perasaan rindu terhadap arwah ayahnya.
Malah ramai yang sentiasa mendoakan Hidayah dan Hamzah sentiasa dalam keadaan yang baik.
Kucing jadi peneman Hamzah
Menerusi foto yang dimuat naik oleh Hidayah, kucing misteri yang datang ke rumah mereka pada hari pemergian arwah sentiasa ada menemani Hamzah. Malah kucing tersebut turut tidur di atas katil tempat kebiasaan arwah selalu tidur.
Perbelanjaan sekolah anak kita hari ini bukannya murah. Namun sebagai ibu bapa seboleh-bolehnya kita nak bagi kesempurnaan pada anak.
Disebabkan ini juga ada sesetengah ibu bapa rasa sedikit terbeban. Sekiranya kita bergaji besar tiada masalah tetapi bagi yang bersederhana dan anak ramai sedikit terasa.
Mungkin ini juga berita baik untuk golongan berpendapatan B40 apabila anda boleh memohon bantuan kewangan daripada YAPIEM sehingga maksimum RM500 bagi satu keluarga yang layak.
Apa tunggu lagi, cubalah memohon dan jika memang rezeki anda layak dapatlah menampung pembiayaan sekolah anak. Nak tahu apa menarik mengenai bantuan ini saudara Mohd Fariz ada kongsikannya.
BANTUAN PENDIDIKAN!!! CEPAT SHARE! NANTI PRINT DAN MOHON!
Bantuan Persekolahan YAPEIM untuk keluarga B40 pelajar sekolah menengah dan rendah. Maksima bantuan RM500 satu keluarga. Isi borang ini, hantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM berhampiran, hebahkan kt group lain yang tak tahu maklumat tu.
Senarai Semak Dokumen Sokongan
NOTA:
Bagi yang ada masalah untuk print borang ini cuba dapatkan borang dekat cawangan YAPIEM berdekatan ye.. Isi maklumat dan hantar ke YAPIEM berdekatan.
Sementara itu, menurut seorang ibu Puan Noor Haslina Hassan, dia juga telah pergi ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM mengambil borang tersebut.
Ambo g ambil doh borang bantuan pendidikan anok…photostat pon boleh jugok….moga2 ada rezeki anak…amiinnn…
Bantuan Persekolahan YAPEIM untuk keluarga B40 pelajar sekolah menengah dan rendah. Maksima bantuan RM500 satu keluarga. Isi borang ini, hantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM berhampiran. Borang maklumat mesti lengkap.
Fahamilah emosi, hati isteri berpantang ni umpama tisu. Waktu ini apa sahaja yang buatkannya rasa sedih, tertekan kesannya sangat teruk. Dalam tempoh ini wanita berpantang kena berada dalam keadaan tenang dan gembira.
Penting buat suami untuk sentiasa memberi sokongan, membantu apa yang patut dan menjaga perasaan isteri. Ibaratnya jiwa wanita berpantang ni sangat sensitif.
Apa salahnya sama-sama bantu jaga anak, sedia makanan berpantang, uruskan kerja rumah atau apa yang patut bagi elakkan isteri rasa tertekan. Tak sempurna tak apa asalkan ada kesungguhan nak buat.
Perkongsian dari Azlan Noor apa yang suami boleh buat bila isteri berpantang perlu difahami dan bukanlah biar isteri uruskan semua atas alasan tak pandai.
Cerita perjalanan isteri mengandung ni tak habis pada bab melahirkan baby je sebenarnya. Ketahuilah, dalam tempoh berpantang itu lah si isteri dambakan sokongan daripada suami.
Satu malam tu, “Papa..Papa..Baby berak ni. Jom tolong mama basuh jap.”
Tiba-tiba surihati datang kejut saya sambil dukung baby. Saya tanya pukul berapa sekarang ni. Pukul tiga pagi katanya.
Saya bingkas bangun dan terus ke dapur. Air suam untuk basuh berak surihati saya dah sediakan. Tinggal nak basuh je. Saya pangku baby di tangan kanan, sambil tangan kiri stand by nak gosok najis. Sambil surihati tuang air, sambil gosok. Saya sempat curi tengok muka dia. Dah macam hape dah.
Esoknya saya tanya berapa kali baby bangun malam tadi. Empat kali termasuk berak semalam. Patut la muka lesu dan serabai macam Hantu Kak Limah.
Masa tu saya terfikir, rupanya inilah yang saya terlepas pandang sebelum ni. Orang perempuan, derita mengandung dan sakit bersalin belum reda, nak kena jaga anak baru lahir masa dalam pantang pulak.
Dulu tak fikir sangat pasal ni. Saya anggap berpantang ni biasa-biasa je. Semua perempuan bersalin kena lalui.
Rupa-rupanya tak!
Apabila makin banyak cerita ibu meroyan, bunuh anak sendiri dan bunuh diri akibat stress dan depresi semasa berpantang, saya sedar suami lah yang kena bagi support paling kuat kepada isteri.
Sebab bila suami tak memahami dan tak membantu, dengan luka kat bawah yang tak baik lagi, tenaga hilang masa bersalin yang belum berganti, anak baru lahir pulak meragam, isteri mudah tertekan dan mental mudah koyak.
Tak susah sebenarnya nak bagi sokongan. Sekecil-kecil ‘moral support’ pun isteri rasa besar.
Macam baby saya yang baru lahir tu doktor check ada demam kuning. Dah kena tahan wad. Malam ondaway pergi hospital tu, masa berhenti kat trafic light, saya tengok surihati pandang keluar. Jauh sekali pandangannya. Saya tahu dia risaukan baby kami tu.
Saya tak cakap apa apa, saya pegang tangan kanan dia dengan tangan kiri. Tak semena-mena saya nampak air mata mengalir kat pipi dia. Allah..Terus tersebut dalam hati,
“Ya Tuhan, selamatkan lah anak kami. Tenangkanlah hati aku dan isteri. Permudahkanlah urusan kami.
Saya genggam erat tangan dia sampailah ke hospital.
Sekurang-kurangnya, dia tahu saya pun turut sedih. Paling penting, dia tahu saya ada bersamanya, walau apa yang terjadi.
Suami jangan ambil mudah bab isteri berpantang. Rendahkan ego dan ringankan tulang untuk bantu isteri.
Jaga isteri masa berpantang kalau rasa nak isteri cepat sihat dan kembali seperti sedia kala. Rebuskan air herba, sediakan air mandian, ambil baju, bra dan spender. Sapukan krim barut kat perut dan ikat bengkung isteri. Carikan tukang urut untuk betulkan peranakan isteri. Tak lupa, sediakan masakkan makanan isteri berpantang. Jangan main bedal.
Jaga anak yang baru lahir. Siap siaga untuk bangun malam buatkan susu, basuhkan berak. Mandikan dan dodoikan mereka pun kena pandai juga. Kalau anak tak sihat, suami kena kuat fizikal mental untuk ulang alik hospital.
Penat memang penat. Tapi itulah tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah.
Kalau tak tahu, kena cari ilmu. Kena belajar. Tak boleh lepas tangan. Jangan beri alasan.
Masa isteri berpantang ni, nak buat benda lain tu boleh. Tapi fokus kau mesti dekat isteri dan anak yang baru lahir.
Sebab,
Masa inilah kau nak tunjukkan kasih, sayang dan cinta kepada anak dan isteri kau.
Masa inilah kau nak tunjukkan kau ni bertanggungjawab terhadap amanah yang kau setuju nak pikul masa lafaz akad.
Masa ini lah kau nak buktikan kau bukan sekadar jantan yang hanya tahu tanam benih tak tahu jaga, tapi,
Kaulah lelaki dari syurga yang dihantar Tuhan sebagai pelindung isteri dan anak-anak.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Sepanjang tempoh KPK ini ramai pakar...