Mesti ramai ibu ayah pening fikirkan apa nak buat kalau anak suka main handphone kan? Memang trend kanak-kanak sekarang sentiasa memegang handphone ke mana-mana sahaja mereka pergi.
Prof Dr Muhaya sendiri berkongsi pengalamannya yang kerap berhadapan dengan situasi anak-anak kecil bawah 6 tahun sering memegang handphone atau lain-lain gajet setiap kali mengikut ibu ayah ke kliniknya.
Beliau mengingatkan ibu ayah tentang kesan bahayanya jika anak-anak kecil kerap bermain handphone. Sebagai pakar mata, katanya anak yang selalu melihat handphone dalam jarak dekat akan senang mendapat masalah rabun mata.
Selain itu kajian saintifik yang dibuat juga mendapati kanak-kanak ini kurang fungsi kognitif kerana sudah menerima rangsangan berlebihan daripada teknologi handphone. Jadi bila sudah bersekolah, mereka jadi bosan dengan apa yang diajar oleh cikgu kerana lebih memikirkan keseronokan bermain handphone.
Kongsinya lagi, bila kita nak suruh anak-anak jadi baik dan pandai, panggil mereka dengan gelaran yang disukai. Contohnya panggil doktor, ustaz atau profesor diikuti nama mereka.
“Jadinya kita sudah tanamkan positive self image pada diri anak. Mereka akan jadi seronok, ceria dan nampak kesan positif dia sangat suka,” ujarnya yang melakukan hal tersebut pada kanak-kanak lelaki yang asyik dengan handphone semasa datang ke kliniknya.
APA IBU AYAH PATUT BUAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH INI?
KENAPA ANAK KECIL SELALU OBSES DENGAN SESUATU WATAK KARTUN YANG DITONTON DI GAJET?
Prof Dr Muhaya mengingatkan ibu ayah supaya sentiasa berdoa dan jadikan diri lebih menarik daripada apa yang anak suka tengok di gajet.
“Sebab kita ni kadangkala terlalu banyak marah dan suruh anak macam-macam tapi kasih sayang dan perhatian tak bagi. Pujian langsung tak ada, asyik marah, suruh, marah, suruh. Kasih sayang tak ada!”
Anak-anak umur 0 – 7 tahun mesti diberi kasih sayang tanpa sempadan.
Anak-anak umur 7 – 14 kena ajar adab dan disiplinkan dia.
Anak-anak umur 14 – 21 ibu ayah kena jadi rapat dan kawan dengan anak.
Anak-anak yang terima banyak kasih sayang dari ibu ayah tak akan mencari kashi sayang dari orang lain. Hargai dan curahkan kasih sayang tanpa sempadan pada anak-anak.
Ibu ayah selalu sibuk dengan kerja dan membina kesenangan hidup tapi kadangkala terlupa beri perhatian dan kasih sayang yang cukup pada anak.
Anak ada zaman kanak-kanak yang akan berlalu pergi. Jika ibu ayah terlepas masa anak usia 0 – 7 tahun yang sepatutnya dicurahkan kasih sayang tanpa sempadan maka macam mana nak ajar mereka adab dan disiplin bila mereka tidak disayangi?
Lepas itu bila kita tak ajar adab dan disiplin masa umur 7 – 14 tahun macam mana nak jadi kawan dengan anak bila umur 14 – 21 tahun?
PELABURAN MASA, DUIT DAN DOA UNTUK ANAK-ANAK
Beliau berpesan supaya ibu ayah banyak melabur kasih sayang, masa, penghargaan dan respek. Jadikan anak rasa disayangi, dihargai, rasa penting, difahami kerana manusia itu sentiasa perlukan penghargaan dalam hidup.
“Kalau kita bina anak untuk mencapai kejayaan di dunia tapi agamanya tak kuat, adab tak ajar, al-quran tak baca, solat tak buat, tidak tutup aurat, agak-agak macam mana anak kita?
Ibu ayah kena semak dulu diri sendiri. Kalau anak degil adakah kita juga degil dan tak patuh pada hukum dan perintah Allah?”
Sentiasa jadikan kasih sayang tanpa syarat, penghormatan, belas kasihan, sikap prihatin sebagai cara hidup. Jangan cuba jadi terlalu pandai tapi jadilah orang yan baik.
Sumber: Prof Dr Muhaya