Gangguan seksual kepada anak merupakan satu isu yang amat menggerunkan ibu bapa. Dulu mungkin gangguan seksual ni berlaku pada orang dewasa kini ia turut menular kepada kanak-kanak bawah umur.
Sebagai ibu bapa, perkara sebegini amat ditakuti. Kalau boleh, macam nak kurung je anak-anak dalam rumah kan? Selain doa yang tidak putus- putus, apa lagi yang boleh kita lakukan untuk elak gangguan seksual kepada anak kita? Jom baca perkongsian UmmiTiqah
Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan
1) Sentiasalah bertanya tentang aktiviti anak di nurseri, babysitter, prasekolah atau sekolah. Tidak perlulah bertanya anak secara ‘direct’ kerana ini mungkin akan mewujudkan paranoia dan ketakutan dalam diri anak yang tidak tahu apa-apa. Tanya secara ‘indirect’, contohnya “Apa yang adik main di sekolah hari ini?”. Anak akan teruja untuk bercerita. Jika ada ‘watak’ yang dikenali dan dipercayai yang sering bermain dengan anak dan anda rasakan caranya tidak ‘appropriate’, mungkin anda boleh lebih ‘alert’ dan siasat.
2) Bina ‘connection’ yang rapat dengan anak. Amalkan komunikasi yang terbuka. Pemangsa selalunya mengatakan kepada anak,”Ini adalah rahsia antara kita berdua. Jangan beritahu sesiapa.”Anak akan menuruti kehendak pemangsa kerana anak sukakan pemangsa yang sering beri perhatian, hadiah dan bermain dengannya.Berkomunikasilah dengan anak supaya anak tidak melindungi apa-apa ‘rahsia’ daripada kita.
Ads
3) Ajari anak ‘safe’ dan ‘unsafe touch’. Bahagian badan yang manakah yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa. Bahagian manakah yang boleh disentuh oleh orang tertentu untuk tujuan tertentu sahaja. Ajar anak. Jangan malu-malu.
4) Ajar anak YELL, RUN AND TELL atau Say NO, RUN, AND TELL kiranya ada yang cuba menyentuh bahagian tersebut atau melakukan sesuatu yang tidak elok. Jangan takut atau segan.TELL kepada sesiapa.Lindungilah anak-anak kita. There’s no such thing as someone else’s child.
Saya agak konservatif dalam menjaga anak-anak. Ini langkah-langkah yang saya praktikkan. Sekadar berkongsi:
1) Saya mandikan anak saya setiap hari sebelum dan selepas balik sekolah. Pada masa yang sama saya buat ‘physical check’ dan semasa mandi saya bersembang santai bertanyakan ada sesiapa sentuh anggota badannya.
Ads
2) Kena aware aktiviti anak disekolah dengan follow time table sekolah anak. Saya akan gone through setiap subjek pada hari itu dan tanya apa yang dipelajari & aktiviti yang dilakukan. Ini bermula semasa menjemput anak balik dari sekolah dan berlanjutan sehingga sampai kerumah. Minda mereka pada masa itu masih segar mengenai sekolah. Mungkin selepas balik sekolah, anak-anak terlupa apa yang terjadi disekolah.
3) Mendengar & respon apabila anak mengadu sakit walaupun sakit digigit nyamuk. Dengan itu anak-anak akan sentiasa rasa selamat dan diambilberat oleh parents.
4) Ibu perlu main peranan utama untuk anak-anak yang berusia muda. Jangan mengharapkan bapa kerana fitrah bapa tidak terlalu detail dan suka ‘kelebet’.
Ads
5) Faham trend & mood perangai anak. Bagaimana moodnya ketika pergi dan pulang dari sekolah.
6) Yang paling utama setiap hari saya pastikan anak membaca doa “bismilahillazi” dalam perjalanan kesekolah. Sehabis doa saya berpesan kepada anak-anak, Allah sentiasa ada melindungi mereka. Jangan takut kepada sesiapa dan mak selalu sayang; ini untuk menggalakkan anak tidak takut bercerita dan berkongsi cerita.
Apa yang boleh disimpulkan, keakraban kita dan anak memainkan peranan yang amat penting. Secara alami, anak lebih mempercayai ibu bapa dalam semua aspek namun kadang kala, cara layanan dan didikan kita sendiri membuatkan anak sedikit “menjauh”. Sama- samalah kita jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda mendengar kata-kata yang mengatakan, bayi yang menghisap ibu jari menandakan bahawa dia akan mendapat adik baharu? Ketepikan dahulu kesahihan hal tersebut, kerana kita akan meneliti satu lagi perkara yang lebih penting. Adakah hisapan jari memberikan kesan yang baik atau buruk kepada bayi dan anak-anak anda? Ketahui selanjutnya di sini.
Adakah hisapan jari perkara yang normal?
Hisapan jari oleh bayi atau kanak-kanak adalah satu perkara yang normal bagi mereka. Malah, kebanyakan hasil ujian ultrasound turut menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan menghisap jari mereka sebelum mereka dilahirkan. Ia adalah satu tabiat yang telah terbentuk sejak di dalam janin. Keinginan mereka untuk menghisap jari adalah berpandukan naluri semula jadi dan mereka akan berhenti menghisapnya apabila mereka berumur sekitar 2 hingga 4 tahun. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang terus menghisap jari sehingga melepasi umur 5 tahun, mereka berisiko untuk mendapat masalah berkaitan pergigian. Apakah lagi kesan-kesan yang lain?
Merisikokan kesihatan
Bagi kanak-kanak yang suka menghisap jari, tabiat tersebut akan berpotensi merosakkan kuku jari. Ini akan menyebabkan kecacatan dan jangkitan pada kuku. Bagi yang terus menghisap jari walaupun telah berumur 5 tahun keatas, ia akan menyebabkan masalah pada gigi dan lelangit mulut.
Masalah percakapan
Kanak-kanak yang banyak menghisap jari akan mempunyai masalah halangan percakapan, dan percakapan tertangguh (speech delay). Selain itu, kanak-kanak yang menghisap jari berpotensi menjadi mangsa ejekan kanak-kanak lain akibat daripada sosial stigma yang wujud. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak kehilangan sikap yakin diri.
Apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan anak saya menghentikan hisapan jari?
Anda boleh mencuba beberapa teknik mudah seperti di bawah yang boleh membantu anak anda menghentikan tabiat tersebut.
Galakan positif
Puji anak anda dan berikan sedikit ganjaran kepada mereka jika mereka menghentikan hisapan jari.
Kenal pasti faktor pencetus
Sekiranya anak anda menghisap jari sebagai respon kepada stres, bertindaklah dengan mengenal pasti isu sebenar dan wujudkan ketenangan kepada mereka. Anda boleh menenangkan mereka dengan cara pelukan atau kata-kata semangat.
Berikan teguran lembut
Sekiranya anak anda mula menghisap jari tanpa sengaja dan tidak bertujuan untuk menarik perhatian, berikan teguran secara sopan dan lembut untuk dia menghentikannya. Jangan sesekali memarahi, mengkritik atau menghukum anak anda.
Jangan terus memarahi anak anda sekiranya mereka suka menghisap jari. Ini kerana kanak-kanak masih dalam proses pembelajaran dan tidak mengetahui apakah perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan. Siapa tahu, mungkin juga anda pernah menghisap jari anda sendiri semasa kecil, malah mungkin lebih lama dan teruk berbanding anak anda.
Umur berapa anak saya akan mula bersedia nak menyambung ayat? Ini antara yang ramai ibu bapa nak tahu kan. Di awal usia anak setahun, biasanya anak akan mula mengeluarkan satu patah perkataan.
Perkembangan ini dah dianggap normal. Contohnya mama, papa, susu, makan, tidur, bola, baby dan sebagainya.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim untuk kanak-kanak bersedia menyambung ayat, anak-anak perlu ada ciri ini.
✅ Menggunakan pelbagai jenis perkataan – kanak-kanak perlu tahu menggunakan/menyebut lebih daripada kata nama (nama-nama objek, orang dan tempat). Apabila kanak-kanak mula menggunakan perkataan seperti kata kerja/perbuatan (bagi, nak, jom), kata sifat (panas, besar, cepat) dan posisi (atas, dalam, luar), mereka sudah mempunyai asas untuk menggabungkan perkataan bersama.
✅ Menyatakan 2 idea – sebelum kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam bentuk ayat, mereka biasanya akan menggunakan gesture terlebih dahulu. Contohnya seperti mereka menyebut “Mama” sambil tangan menunjuk kepada susu, mereka sedang menyatakan 2 idea iaitu: mereka nak ibu memberikan susu. Atau kanak-kanak membuat aksi “besar” menggunakan tangan sambil menunjuk kepada kereta: mesej yang disampaikan mempunyai 2 idea iaitu kereta yang besar.
Biasanya, kanak-kanak akan menyambung ayat bila berusia hampir dua tahun, Jika dua tahun masih belum sambung ayat lagi, bolehlah tengok skil yang diterangkan sama ada dah ada ke belum.
Jika semua ini dah lengkap, proses itu akan berlaku secara semulajadi dan anak akan faham dengan sendirinya.
Anda pasti sudah tahu tanda-tanda bayi demam, kan? Badannya panas, dia rasa tidak selesa dan asyik merengek.
Waktu itu, semua ibu bapa akan mula risau. Lebih-lebih lagi kalau suhu badan mereka pula makin meningkat.
Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.
Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Kalau anak demam panas boleh guna cara nie. Tak kisahlah anak masih bayi atau dah menginjak usia kanak-kanak.
Perkongsian dari Puan Hani ini boleh dicuba. Menurutnya cara ini memang cepat menurunkan suhu panas anak.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.