Alahai, dah nak habis dah! Siri pendek Take CTRL yang telah ditayangkan sejak 29 Januari 2022 yang lalu dah sampai ke penghujungnya. Biarpun ia berkonsepkan komedi santai, tapi banyak nilai kekeluargaan yang diserapkan di dalam siri ini. Lakonan mantap oleh Saheizy Sam, Hana Nadira serta pendatang baharu, Faiz Najib Dan Sry Khairudin ini sememangnya ‘hidup’ dan mencuit hati.
Siri pendek ini mengetengahkan kisah dua beradik, Sky dan Ram yang sentiasa dikawal ketat oleh ibu bapa mereka. Semuanya berubah dan nampak cool apabila mereka menemui sebuah permainan video yang membolehkan dua beradik ini ‘Take CTRL’ ke atas Papa dan Mama!
Disitulah segala kejadian lucu bermula dan membuatkan para penonton teruja dan tidak sabar-sabar untuk menunggu episod seterusnya. Bukan itu saja, malah mesej dalam siri ini juga turut membuka mata penonton.
Kawal Sebab Mahukan Yang Terbaik!
Kisah di dalam siri ini sebenarnya memaparkan bagaimana ibu bapa mengawal anak-anak kerana mereka mahukan yang terbaik. Biarpun mereka mempercayai anak-anak untuk membesar mengikut cara mereka, tetapi tetap ada beberapa perkara yang ibu bapa mahu kawal supaya anak-anak tidak tersasar.
Jika dilihat pada siri komedi sci-fi ini, Take CTRL bukan sahaja menghiburkan tetapi memberi pengajaran bahawa mengawal tidak mudah dan sentiasa ada impaknya. Bertepatan dengan slogannya, “With Control, Comes Chaos.”
Ads
Setiap episod sarat dengan kisah kekeluargaan dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan oleh anak-anak dan ibu bapa. Melalui siri ini juga anak-anak dapat belajar mempunyai CTRL tidaklah hebat. Ibu bapa juga harus sentiasa bersederhana dan pastikan CTRL mereka diselaras mengikut kesesuaian untuk keharmonian seisi keluarga.
Dah Nak Habis!
Memang syok layan Take CTRL bersama keluarga, tetapi siri ini telah tiba ke penghujungnya. Tarikh 5 Mac ini merupakan episod kemuncak yang dinanti-nantikan oleh semua peminat siri ini. Pasti banyak persoalan yang akan dirungkai untuk episod akhir ni kan?
Ads
Sky dan Ram mungkin sudah sedar dan menyesali tindakan mereka Take CTRL ke atas Papa dan Mama? Adakah Papa dan Mama berjaya diselamatkan dari The Place? Apa strategi dua beradik ini untuk membantu kedua ibu bapa mereka?
Tak perlu berteka-teki lagi, saksikan sendiri episod akhir Take CTRL esok pada jam 9.00 malam di Astro, TA-DAA! CH 613 dan On Demand.
Alamak, Terlepaslah!
Ads
Buat pelanggan ASTRO yang tertarik nak menonton siri ini tapi dah terlepas jangan kecewa. Anda masih berpeluang untuk menontonnya dengan strim pada bila-bila massa di On Demand dan Astro Go.
Selamat menonton dan jangan lepaskan peluang untuk episod akhir Take CTRL!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MISB Resources Sdn Bhd mengumumkan pelakon Anzalna Nasir sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac 2019. Pemilihan selebriti yang memasuki trimester kedua kehamilan itu bertepatan dengan misi meremajakan jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan sahaja semata-mata berdasarkan imej ikon wanita Melayu di negara ini, malah aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres tersebut dengan menggunakan produk NR menjadi asas kepada pelantikan.
“Anzalna komited untuk hanya berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarga sejak 2 generasi lalu, kini tiba masanya giliran beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.
“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinya sejak ramuan herba itu diformulasi 30 tahun yang lalu,” tambah Syed Hidzir.
Sebagai duta, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISB merupakan syarikat unggul pertama di Malaysia yang mengeluarkan rangkaian herba tradisi turun-temurun yang telah pun bertapak selama 30 tahun, melalui rangkaian produk terkenal seperti Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat NR, Phytonatal NR dan Akar Herbaneka NR. Produk terbaru keluarkan MISB adalah parfum Harumme, cucian intim Bloom dan rangkaian produk bayi yang akan dilancarkan pada 25 April 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Prihatin dengan kanak-kanak kurang bernasib baik, Resort Genting World, Genting Highland baru-baru ini telah meraikan lebih 300 kanak-kanak kurang bernasib baik daripada 10 rumah dan pusat kanak-kanak terpilih.
Majlis bersempana sambutan Hari Krismas yang diadakan pada 9 Disember lalu diadakan cukup meriah dan gilang gemilang bagi memberi kegembiraan berganda pada kanak-kanak kurang bernasib baik ini.
Pada ketinggian 6,000 kaki ini, Resort Genting World tampil berkongsi rasa sayang dan prihatin dengan kanak-kanak ini dengan mewujudkan parti yang cukup indah, bergemerlapan dengan lampu-lampu sesuai dengan tema parti Hari Krismas.
Setelah pendakian yang menarik sehingga ke puncak, kanak-kanak dan tetamu di bawa untuk menikmati sajian di Coffee Terrace di Genting Grand Hotel. Restoran ini bertukar menjadi sebuah Wonderland yang cukup indah. Awan putih yang gebu dan pelbagai saiz serta bentuk terapung di segenap ruang. Begitu juga belon-belon berwarna perak, putih dan biru yang dihias indah melatari seluruh restoran.
Tidak ketinggalan juga kehadiran Santa Claus yang turut menggembirakan kanak-kanak ini disamping memberikan hadiah dan kejutan aksi silap mata buat mereka.
Menurut Katherine Chew, Naib Presiden Resort Communication & Public Relations, Resorts World Genting berkata terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan dan di lihat di resort ini bersempena sambutan Krismas ini. Kami semestinya mahu berkongsi pengalaman dan merasai keajaiban bersama kanak-kanak yang ada pada hari ini. Ia adalah pemberian kecil daripada kami namun kami berharap dapat memberi kegembiraan dan memori indah buat mereka,” katanya.
Selepas sesi fotografi berlangsung, kesemua kanak-kanak di bawa ke SkyAtrium yang cukup indah serta berjalan di SkySymphony yang meriah dengan lampu berwarna-warni.
Antara rumah-rumah dan persatuan kebajikan yang turut diraikan adalah daripada Persatuan Insan Istimewa Cheras, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan, Good Samaritan Home, Sai Pandian Orphanage Children Home, Pusat Jagaan Bribuan Kasih, Lighthouse Children Welfare Home Association Kuala Lumpur & Selangor, Rainbow Home Cheras, Yayasan Sunbeams Home and Lotus Charity Care Centre.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang 25 Oktober – 11 November 2018 ada kempen KouKou Fun Time di Sunway Velocity Mall! Apa yang menariknya, ia bertemakan makanan pedas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Anda dan si kecil berpeluang bertentang mata dengan replika karakter KouKou dan yang lainnya. Terdapat juga pelbagai aktiviti permainan buat semua peminat KouKou untuk disertai. Tidak kira peringkat umur, sama ada anak kecil, remaja mahupun dewasa, kesemuanya boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun khas untuk para pengunjung.
Antaranya adalah seperti bengkel Kiddie, aktiviti AR, sesi meet and greet karakter KouKou, sesi bergambar di photobooth, penebusan hadiah, jualan merchandise comel dan banyak lagi.
Anda sekeluarga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra serta mengambil gambar dengan karakter-karakter KouKou pada 3 dan 4 November 2018 dalam jam 1 petang, 3 petang dan 6 petang. Temui mereka di Tingkat Satu, V Boulevard
Menarik untuk anda ambil tahu, bagi menebus hadiah yang ditawarkan iaitu DreamWorks Kou Kou Shopping Bag, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM300 (RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 3 resit. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tebus segera jika anda memenuhi syarat-syaratnya di Tingkat Satu, V-Boulevard.
Apabila berkunjung ke Sunway Velocity Mall, nikmatilah pelbagai hidangan makanan pedas yang lazat di mana-mana 100 outlet F&B di sini. Antara yang boleh menjadi pilihan adalah seperti di 4 Fingers di Tingkat 1, V-Boulevard dan Chicken Plus di Tingkat 2, VeloKiddie Playground.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak adalah pemerhati yang hebat. Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling. Sebagai ibu bapa, setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peribadi mereka.