Pasti ada ibu dalam dilema bila anak tak mahu menyusu bila ditinggalkan di rumah pengasuh atau tadika.

Disebabkan masalah ini, ibu jadi risau sebab takut anak lapar dan menangis.

Bagaimanapun dalam sebuah artikel ada menyatakan bayi akan berlapar semasa ketiadaan ibu pada siang hari dan menyusu sampailah kenyang pada sebelah waktu malam. Kenapa Jadi macam ni ya? Adakah normal?

Adakah Masalah Ini Serius?

Berdasarkan perkongsian dari Cik Anim,  jika ia melibatkan soal anak, everything is serious mater, ni kata orang kampung saya. Mestilah kita perlu ambil tahu dan selidik punca dan sebab terjadinya situasi seperti ini bukan.

Tahukah anda, jika bayi anda Tak Menyusu pada siang hari dan lebih kerap pada waktu malam, tabiat macam ini kita panggil Reverse Cycling. Selalunya keadaan seperti ini akan berlaku apabila corak penyusuan normal bayi terganggu atas beberapa sebab.

IKLAN

Apa Perlu Buat Jika Bayi Sanggup Berlapar, Menangis Tak Menyusu Siang Hari Sebab Ibu Kerja

Antara sebabnya ialah:-

– Bayi itu susah untuk beri tumpuan penuh waktu sedang menyusu. Biasanya akan berlaku apabila bayi itu sudah menjangkau usia empat bulan ke atas.

– Bayi yang terlalu aktif

IKLAN

– Si ibu terlalu sibuk pada waktu siang hingga kurang menyusukan bayi

– Ibu yang berkerja di siang hari

Bagi jenis ibu yang berkerja dan tidak ada banyak masa untuk mengepam apabila berada di pejabat , Reverse cycling  mungkin menjadi pilihan kerana mereka tidak perlu kerap mengepam. Perhatian! Reverse Cycling  sebenarnya tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan terhadap bayi dari segi Zat pemakanan dan tumbesarannya.

Tapi, dengan syarat bayi itu haruslah menyusu dengan kerap dan tanpa had apabila bersama ibunya pada waktu malam.

IKLAN

Jadi, berbalik semula pada soalan diatas, seorang ibu itu wajib memastikan pembuangan air kecil dan besar bayi adalah normal! Selain itu, pantau peningkatan berat badannya dalam keadaan yang baik. Ia penting kerana boleh dijadikan sebagai petanda bahawa bayi itu adalah berkeadaan normal.

Apa Perlu Buat Jika Bayi Sanggup Berlapar, Menangis Tak Menyusu Siang Hari Sebab Ibu Kerja

Antara tips yang boleh diamalkan ialah seperti berikut:-

  • Kena dapatkantidur atau rehat yang cukup. Tidurlah lebih awal. Pastikan juga anda tidur bila bayi tidur masa anda berada dirumah. Selain itu, pastikan bayi tidur bersama anda atau letak di tempat berhampiran
  • Apabila bayi menangis, ia tak semestinya lapar. Mungkin bayi tak selesa, mengantuk hingga meragam atas sebab-sebab tertentu atau mungkin mengigau. Jadi praktikkanlah teknik menenangkan bayi. Kaedah menggendongbayi merupakan satu cara terbaik.
  • Pastikan stok susu ibu perahan yang disimpan (dibekukan atau sejuk) adalah dalam kuantiti yang mencukupi dan taklah terlalu banyak supaya tak membazir kelak atas sebab-sebab tak diduga, seperti ketiadaan letrik lebihh dari 24 Jam.
  • Banyakkan bersabar dan jangan terlalu stres. Anggaplah hal seperti ini sebagai suatu perkara yang positif di mana bayi lebih suka menyusu susu badan ibu secara lansung berbanding menyusu menggunakan kaedah lain.

Sumber: info.gerobokanim.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI