Pasti ada ibu dalam dilema bila anak tak mahu menyusu bila ditinggalkan di rumah pengasuh atau tadika.
Disebabkan masalah ini, ibu jadi risau sebab takut anak lapar dan menangis.
Bagaimanapun dalam sebuah artikel ada menyatakan bayi akan berlapar semasa ketiadaan ibu pada siang hari dan menyusu sampailah kenyang pada sebelah waktu malam. Kenapa Jadi macam ni ya? Adakah normal?
Adakah Masalah Ini Serius?
Berdasarkan perkongsian dari Cik Anim, jika ia melibatkan soal anak, everything is serious mater, ni kata orang kampung saya. Mestilah kita perlu ambil tahu dan selidik punca dan sebab terjadinya situasi seperti ini bukan.
Tahukah anda, jika bayi anda Tak Menyusu pada siang hari dan lebih kerap pada waktu malam, tabiat macam ini kita panggil Reverse Cycling. Selalunya keadaan seperti ini akan berlaku apabila corak penyusuan normal bayi terganggu atas beberapa sebab.
Antara sebabnya ialah:-
– Bayi itu susah untuk beri tumpuan penuh waktu sedang menyusu. Biasanya akan berlaku apabila bayi itu sudah menjangkau usia empat bulan ke atas.
– Bayi yang terlalu aktif
– Si ibu terlalu sibuk pada waktu siang hingga kurang menyusukan bayi
– Ibu yang berkerja di siang hari
Bagi jenis ibu yang berkerja dan tidak ada banyak masa untuk mengepam apabila berada di pejabat , Reverse cycling mungkin menjadi pilihan kerana mereka tidak perlu kerap mengepam. Perhatian! Reverse Cycling sebenarnya tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan terhadap bayi dari segi Zat pemakanan dan tumbesarannya.
Tapi, dengan syarat bayi itu haruslah menyusu dengan kerap dan tanpa had apabila bersama ibunya pada waktu malam.
Jadi, berbalik semula pada soalan diatas, seorang ibu itu wajib memastikan pembuangan air kecil dan besar bayi adalah normal! Selain itu, pantau peningkatan berat badannya dalam keadaan yang baik. Ia penting kerana boleh dijadikan sebagai petanda bahawa bayi itu adalah berkeadaan normal.
Antara tips yang boleh diamalkan ialah seperti berikut:-
Sumber: info.gerobokanim.com