Hati ibu mana yang tak sedih saat dapat tahu bayi yang dilahirkan sangat istimewa. Apa pun keadaannya, saya terima sebagai ujian Allah dan amat menyayanginya kerana dia permata sulung kami,” kata Norfaziera Nor Azman, 26.

Norfaziera adalah ibu kepada Nur Nia Aurora Muizzudin, atau lebih mesra dipanggil Aurora yang mengalami kecacatan fizikal dan mungkin perlu menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang bengkok serta lelangit sumbing.

“Apa Pun Keadaan, Kami Amat Menyayanginya”. Aurora Istimewa & Tetap Comel

Aurora lahir dalam keadaan tak sempurna

Katanya, Nur Nia Aurora dilahirkan dengan tangan kanan pendek, telinga kanan tidak sempurna, tulang belakang di sebelah atas tidak bercantum dan lelangit sumbing.

Pekerja sebuah kilang di Seremban itu memaklumkan, anak sulungnya itu dijangka lahir pada 30 Januari, tetapi dia bersalin dua minggu lebih awal di Hospital Port Dickson (HPD).

“Apa Pun Keadaan, Kami Amat Menyayanginya”. Aurora Istimewa & Tetap Comel

IKLAN

“Beratnya dua kilogram dan dilahirkan secara normal. Selepas bersalin, doktor beritahu anak saya ada masalah tangan dan telinga tidak sempurna.

“Saya juga dimaklumkan lelangit anak sumbing dan tulang belakang sebelah atas tidak bercantum menyebabkan dia terpaksa menerima rawatan berkala untuk dinilai dan bagi tindakan seterusnya.

“Ketika itu, hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya saya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson.

Pada awalnya, Nor Faziera mengakui dia dan suami, Muizzudin Mohd Nizam, 26, yang bekerja di kilang sama di Seremban, memerlukan masa untuk menerima kenyataan berkenaan.

“Namun selepas beberapa hari menjaganya, saya dapat rasakan dia bertuah dilahirkan sebagai ‘anak syurga’, tidak putus-putus dilawati termasuk oleh pemimpin masyarakat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza,” katanya.

IKLAN

“Apa Pun Keadaan, Kami Amat Menyayanginya”. Aurora Istimewa & Tetap Comel

Masih buat temujanji pakar

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9), Salina Nadzir berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan bantuan diperlukan pasangan berkenaan.

“Buat masa ini, kami difahamkan mereka masih membawa Aurora berjumpa doktor pakar di HPD dan pada 24 Februari ini, dijadual berjumpa doktor pakar tulang.

IKLAN

“Semua masih dalam proses kajian dan pemeriksaan kerana Aurora masih bayi, namun pasangan itu bersedia jika anak mereka perlu menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakang yang bengkok dan juga lelangit sumbing,” katanya.

Kredit: BH (Mohd Khidir Zakaria)

ARTIKEL MENARIK [Selepas 15 Hari Bersalin Czer, Masuk Semula Bilik OT. Dr Terpaksa Buang Ovari Kanan]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Seminggu Je Ajar Anak 2 Tahun 3 Bulan Tak Pakai Pampers. Simple Sangat Tipnya!]

“Apa Pun Keadaan, Kami Amat Menyayanginya”. Aurora Istimewa & Tetap Comel

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI