Ibu muda ini tabah menghadapi ujian apabila anak pertamanya mengalami jantung berlubang manakala anak kedua pula jantung berlubang dan bengkak hati.

Apa sahaja demimu anak. Demikian yang dikatakan ibu tunggal tabah,Puan Normala Syakilla Arman ini tatkala bercerita tentang dua cahaya mata comelnya, Muhammad Harraz, 2 tahun & MUhammad Harizz, 2 bulan yang mengalami sakit kronik.

Kedua-duanya mengalami penyakit jantung berlubang sejak lahir. Namun si adik, Harizz tidak sekadar mengalami jantung berlubang, dia juga mengalami hati membengkak yang menyebabkan dia perlu dirujuk kepada pakar perubatan & pusat perubatan jantung di ibu negara hampir saban bulan. Manakala si abang pula perlu dirujuk ke IJN setiap 3 bulan sekali.

“Apa Sahaja Demi Mu Anak”. Ibu Diuji Dua Anak Jantung Berlubang, Anak Kedua Bengkak Hati

Syakilla yang dulunya bekerja terpaksa melepaskan jawatannya demi menjaga kedua-dua amanahnya itu yang sememangnya perlukan lebih perhatian. Dia mengakui sukar untuk mendapatkan orang yang boleh menjaga anaknya yang memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi darinya. Lebih menyedihkan ialah apabila anak-anak tidak diberikan nafkah oleh bekas suaminya.

RUTIN HARIAN & KEKERAPAN MEMBERIKAN UBAT

IKLAN

Ibu muda ini memulakan rutin harian seawal 6 pagi. “Setiap hari rutin saya selepas solat Subuh, kedua-dua mereka akan saya berikan ubat & dimandikan. Harizz diberikan susu menerusi tiub khas.

“Harazz makan 2 jenis ubat setiap 6 jam sekali manakala Harizz pula perlu diberikan ubat setiap 3 jam. Oleh kerana dia makan ubat & minum susu 3 jam sekali, maka tiub susu memang perlu kerap dibersihkan. Begitulah rutin saya menguruskan Harizz sehingga ke malam dan keesokkan harinya. Harazz minum susu formula dan hanya perlu diberikan ubat seperti biasa,” kata Syakilla.

“Apa Sahaja Demi Mu Anak”. Ibu Diuji Dua Anak Jantung Berlubang, Anak Kedua Bengkak Hati

PEMERIKSAAN RAPI 

IKLAN

Kata ibu muda ini, si sulung Harraz perlu ke IJN setiap 3 bulan dan perlu dibawa untuk pemeriksaan di sebuah hospital di Pahang setiap bulan. Manakala si kecil Harizz perlu mengambl 5 jenis ubat setiap 3 jam. Dia perlu meminum susu menggunakan tuiub dihidung untuk mengelakkn jantungnya semakin lemah bila menyusu menggunakan botol susu melalui mulut.

REDA & TERIMA UJIAN ALLAH

Apabila ditanya bagaimana dia begitu tenang menghadapi ujian ini, Syakilla mengakui dia reda semua yang berlaku walau pun pada awalnya sukar menerima kenyataan. “Saya seperti ibu-ibu lain, perasaan sedih kecewa semua ada, Yelah anak sulung pun belum sihat sepenuhnya lagi, sudah diuji dengan anak kedua dengan penyakit yang sama. Memang sedih, tapi saya reda dan terima dengan hati terbuka ujian Allah beri kepada saya ini.”

IKLAN

“Apa Sahaja Demi Mu Anak”. Ibu Diuji Dua Anak Jantung Berlubang, Anak Kedua Bengkak Hati

KOS TINGGI

Syakilla turut mengakui kos pembedahan dan prosedur rawatan Harraz & Harizz dianggarkan sebanyak RM30 ribu untuk setiap seorang. Tidak termasuk kos ulang alik ke IJN setiap seorang rm200, minyak kereta dan sebagainya.

“Saya ibu tunggal membesarkan ank tanpa nafkah dari suami. Penceraian terjadi semasa  saya mengandungkn Harizz. Kini apabila tidak bekerja saya hanya bergantung kepada ayah  yang bekerja kilang. Selain itu saya ada  adik  4 orang adik yang masih bersekolah yang perlu ditanggung oleh ayah,”kata Syakilla.

Bagi anda yang ingin meringankan beban ibu ini,bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Normala Syakilla Binti Arman melalui akaun Bank Islam 06037023296993.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI