Apa Salahnya Pakai Seluar Dalam Pantang. Tak Semestinya Berkain Batik Lepas Bersalin

Share

Ramai ibu-ibu sekarang serba salah ketika dalam pantang. Sama ada nak pakai kain batik sampai habis pantang ke atau boleh je pakai seluar.

Mungkin bagi yang berpantang dengan orang tua, pemakaian kain batik ini perlu kerana mereka beranggapan lebih mudah dan selesa. Masalahnya ada ibu yang rasa tak berapa selesa berkain batik kecuali untuk bertungu atau berurut.

Menurut Jururawat Bel Nawhen, sebenarnya tak ada fakta pakai seluar dalam pantang salah. Tapi sebab persepsi masyakarat sahaja itu yang nampak pelik.

Apa Salah Pakai Seluar?

Makin lama, makin pelik manusia di era globalisasi ini. Tidak ada termaktub dalam mana-mana undang-undang berpantang yang mewajibkan pemakaian kain batik sewaktu dalam tempoh berpantang.

Bukan sebab terlalu moden, terlalu ego dengan amalan orang dulu-dulu tetapi ia mengikut keselesaan individu.

Dahulu, pemakaian kain batik memang sinonim dengan kesopanan dan kesusilaan melayu hinggakan bangsa lain pun turut berkain batik.

Tetapi, ia berubah mengikut peredaran zaman.

Caesarean atau normal delivery, bukan satu kesalahan jika nak berseluar.

Sebab apa ramai pilih berseluar?

1. Lebih mudah bergerak, pakai seluar atas pusat langsung tak ganggu kawasan luka. Sama macam pakai underware pun, mesti atas pusat.

2. Pakai seluar lebih nampak kemas berbanding kain sebab ada orang pakai kain, labuh dia sampai tak boleh diskaun. Belum lahi tersadung, terpijak hujung kain sampai boleh terlondeh.

3. Faktor menjaga aurat terutama apabila berpantang dirumah mertua dengan ada adik ipar lelaki/biras lelaki. Masa tidur dengan kain batik, ikatan boleh terlepas. Masa tidur pun, boleh terselak kain batik, kan dah terbuka aurat.

4. Mudah ke tandas, boleh buka terus seluar, tak perlu ikat-ikat.

Tapi, kalau ada lawatan ke rumah, dan nurse nak periksa luka jahitan, pakai kain batik adalah pilihan terbaik.

Siapa cakap waktu berpantang perlu nampak pucat, nampak sakit, nampak ‘berpantang?’. Kekemasan, kebersihan diri tetap perlu jaga. Dan, jagaan luka tetap perlu diamalkan terutama dari segi pemakanan dan cucian luka.

Memang betul, kita nak suami nampak kita sedang berpantang supaya suami tak naik syahwat hingga waktu dalam pantang pun nak ajak bersama, tetapi tidak semua suami tidak ada rasa simpati dengan isteri terutama yang dah saksikan sendiri isteri tu melahirkan anak di depan matanya. Jangan sikit-sikit nak salahkan suami.

Nota kaki:
Sudah boleh ubah mind set, uniform pantang mesti berkain batik.

#BelNawhen

Published by
Wan Amy