Hanya beberapa tahun dapat hidup bersama, perancangan Allah lebih dari segalanya. Ajal, maut, rezeki, jodoh semuanya Dia yang tahu. Hati isteri mana yang tak sedih, bila dapat berita suami yang begitu baik pergi menghadap ilahi dalam keadaan diri belum bersedia dan anak-anak masih kecil.

Lagi menyedihkan pemergian suami selepas hampir seminggu arwah menyambut hari lahirnya yang ke-32 dan pada tarikh kematiannya itu  pada hari kelahiran ibunya sendiri benar-benar meninggalkan kesedihan buat seluruh ahli keluarga. Ini kerana hari yang sepatutnya diraikan bertukar menjadi tragedi hiba.

“Apa Sayang Nak Cakap Pada Anak?” Sebak Tengok Kakak, Adik Cari Papa

Bukan itu saja, hasrat arwah untuk membawa anak dan isteri makan diluar selepas pulang kerja juga tak kesampaian selepas terlibat dalam kemalangan.

Menerusi apa yang dikongsikan di Facebook isteri arwah iaitu Najwa Mohd Daud, pemergian arwah suami, Mohamad Razin bin Azhar ibarat sesuatu yang sukar tetapi demi dua anak yang masih kecil hidup perlu diteruskan walaupun dalam hati Allah yang tahu.

Sebak baca luahan ibu anak dua berusia setahun dan empat tahun ini.

“Apa Sayang Nak Cakap Pada Anak?” Sebak Tengok Kakak, Adik Cari Papa

IKLAN

Selalu Sebut Pasal Mati

Bangun-bangun tidur suami aku dah takda. Betul-betul dah tak balik lagi dekat aku ngan anak-anak. Allah tak kuat rasanya. Tak tahu nak cakap macam mana. Bila ingat balik banyak tanda-tanda arwah nak pi. Suka sebut pasal mati! Tak sangka betul betul terjadi. Dia pernah cakap macam mana kalau papa mati. Macam mana dengan Aayla. Boleh ke Aayla hidup tanpa papa? Betapa sayangnya dia dekat anak dia. Anak dia tu baru 3 tahun lebih boleh dan fikir macam mana nanti Aayla kawin boleh ke dia lepas anak dia?

“Apa Sayang Nak Cakap Pada Anak?” Sebak Tengok Kakak, Adik Cari Papa

Aku terus kata kat dia anak B kecik lagi kut. Takkan dan dah fikir sampai macam tu. Lagipun kalau Aayla dan besar takkan kita tak kasi kawin. Siapa nak jaga dia nanti tua. Gelak dia hihi. Masa Razin accident ada seorang adik ni hantar gambar, dia kata kak cuba tengok motor abang baby kaka. Aku tengok tengok terus meraung macam orang gila. Dengan anak anak sekali nangis. Aku yakin tu suami aku. Aku kenal tali pinggang dia. Aku kenal baju keja dia. Suami aku tu.. Allah.

IKLAN

“Apa Sayang Nak Cakap Pada Anak?” Sebak Tengok Kakak, Adik Cari Papa

Apa yang lagi menyedihkan, sebelum suami meninggal dunia, dia sempat berbual mengenai anak kecilnya. Arwah selalu bimbang jika dirinya meninggal dunia bagaimana nasib anak-anak perempuannya itu.

Suami Dalam Keadaan Sujud, Luluh Hati Tengok Keadaannya

IKLAN

Aku call suruh adik aku datang rumah cepat. Nak pi tempat kejadian. Nampak ambulan kejar ambulan. Tapi aku yakin bukan laki aku dalam tu. Buat voice kat adik yang antar gambar kat aku tu. Tanya dia Liza yang ambulan bawak tu sapa? Dia balas yang ambulan bawak tu orang lain. Abang depa dah tutup dengan plastik hitam. Allah meraung aku pi tempat kejadian aku lari nak pi kat suami. Tapi ada yang halang. Duduk aku ngan Aayla kat situ tengok suami dah takda. Yaa dalam keadaan SUJUD..Dia pecah kepala blah belakang mungkin terlampau sakit sampai dia sujud..Subahanallah.

Masa pi bilik mayat nak cam mayat suami. Ya betul tu suami aku. Muka dia bengkak kepala dia teruk. Tulang peha dia terkeluar dan lutut dia pecah. Doktor kata dia cedera parah dikepala..Allah. Berat nya ujian kami anak beranak dan keluarga. B rehat la B, B selalu cakap B penat B letih. B selalu sakit kepala. Tidur la B dirumah baru B. Sayang kat sini akan selalu doakan B. Sampai sekarang sayang masih tak percaya yang B dah takada. 2 hb birthday mak B. Tarikh ni juga B pergi tingglkan kami semua. 28.08 baru je B masuk 32 tahun. B meninggal diusia B muda..Allah Allah Allah..

“Apa Sayang Nak Cakap Pada Anak?” Sebak Tengok Kakak, Adik Cari Papa

Ketika dikhabarkan berita sedih ini, hanya tangisan seperti tidak percaya kerana perginya arwah suami dalam keadaan diri belum bersedia dan anak-anak masih memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Sumber : Cik NaJwa

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI