Kesihatan

Apa Sebenarnya Penyakit Kawasaki Yang Menjangkiti Anak Amyra Rosli dan Amar Baharin?

Share

Apa sebenarnya penyakit Kawasaki? Laporan mengenai anak perempuan pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Bahrin yang dijangkiti penyakit Kawasaki selepas mengalami demam teruk sehingga dikejarkan ke hospital mendapat perhatian ramai.

Rata-rata ibu bapa yang ada anak kecil bersimpati dengan nasib anak kedua pasangan tersebut yang mengalami demam panas sehingga suhu badan mencecah 40 darjah selsius.

Apabila Amyra berkongsi nama penyakit yang menjangkiti anaknya, ramai yang terpinga-pinga kerana baru pertama kali mendengarnya.

Baca: “Suhu Masih 40c, Badan Penuh Rashes” Anak Dijangkiti Penyakit Kawasaki, Amyra Rosli Sayu Hati

Apa sebenarnya penyakit ini? Kenapa nama dia ada macam motor atau orang Jepun? Adakah ia boleh menjangkiti kanak-kanak lain?

Mengikut sumber dikongsi MyHeart Community, Kawasaki pertama kali direkodkan ialah pada tahun 1967 di Jepun oleh Dr Tomisaku Kawasaki. Lebih 75% pesakit Kawaski ialah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun & selalu menyebabkab penyakit jantung dalam kalangan kanak-kanak.

Kenali penyakit Kawasaki

Sementara itu menurut Dr Izzar Anwari yang berkongsi info di laman Instagramnya, penyakit Kawasaki adalah suatu penyakit demam akut yang menyebabkan keradangan (inflammation) pada salur darah di jantung dan selalunya berlaku pada kanak2 berumur bawah 5 tahun, lelaki dan berketurunan dari asia.

Punca kanak-kanak mendapat penyakit Kawasaki tu masih BELUM DIKETAHUI lagi.

GEJALA-GEJALA Penyakit Kawasaki ialah:

  • Demam tinggi (melebihi 39C) lebih 5 hari
  • Ruam di badan
  • Bengkak tangan dan kaki
  • Bengkak kelenjar (di leher)
  • Mata menjadi amat merah
  • Keradangan di mulut, bibir dan tekak
  • Lidah amat merah (macam strawberi)
FOTO: IG Amyra Rosli

Penyakit Kawasaki menyerang jantung anak dan menyebabkan komplikasi pada salur darah, otot, dan injap jantung kalau dibiar lama.

Berita baik. Penyakit Kawasaki ni ada rawatannya.Tapi yang penting, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor dengan segera kalau demam dah tinggi tu. Janganlah tunggu lama2. Amat penting rawatan diterima dalam tempoh 10 hari demam. Jaga diri semua.

Sumber: IG Dr Izzar

Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI 

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

 

Published by
Hasnita Sawal