Apabila Anak 2 Tahun Mula Buat Ibu Ayah Tercabar, Maknanya Si Kecil Dalam Proses Nak Jadi Bijak

Share

Anak-anak umur 2 tahun ni banyak betul idea. Asal celik mata, mulalah satu rumah di punggah. Sepah sana, sepah sini. Mulutnya berbunyi saja. Entah apa bahasa kadang-kadang. Pelatnya pekat lagi.

Kalau mama tengah masak kat dapur, dan tiba-tiba dia diam. Lagi bahaya. Tengok-tengok, sebotol bedak dah ditumpahnya. Mak kau memang boleh hijau.

Memang rasa tercabar kan, tapi menurut Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, semua tu perlu untuk anak-anak 2 tahun jadi pandai. Masa 2 tahunlah anak mula belajar sebab dan akibat. Dia belajar kalau tonggengkan cawan, air tu tumpah. Tu kan pengetahuan awal sains.

Dia belajar kalau air tumpah, kena lap balik sambil dengar mama “bercerita”. Tu kan kemahiran sosial komunikasi dan kemahiran urus diri.

Masa 2 tahunlah anak mula belajar adanya sempadan dan disiplin. Sebab kosa kata dah semakin banyak. Kemahiran reseptif bahasa dan kefahaman sedang berkembang.

Anak mula faham maklumat yang diberi. Bila minum air, dia lari-lari. Tapi, bila mama panggil, dia tahu. Mama mesti nak suruh duduk.

Masa 2 tahunlah anak eksperimen dengan pelbagai pergerakan. Kekuatan tubuh semakin baik. Mobiliti dan pergerakan tubuh semakin cekap.

Masa ni lah nak belajar koordinasi motor kasar dengan panjat gril, panjat sofa, panjat almari. Masa ni lah nak belajar kekuatan tangan dengan tolak meja, tarik kerusi. Kan tak lama lagi nak belajar tulis. Kenalah kuatkan tangan.

Masa 2 tahunlah anak mula asah kemahiran pra-menulis. Bila anak sepahkan beras main ramas-ramas, dia latih keupayaan sensori motor halusnya.

Bila anak conteng dinding dengan pen marker, dia latih penghasilan garisan yang penting untuk belajar tulis ABC nanti. Masa 2 tahunlah anak uji sempadan.

Dia nak tahu, betulkah mama ayah tahu uruskan emosi dia. Dia takut dengan emosi. Sebab dia tak pandai uruskan. Mama ayah kena tahu uruskan tantrum.

Biasanya sebab nak pastikan betulkah larangan tu memang larangan. Gula-gula tu betulkah tak boleh beli? Atau ada cara boleh manipulasi mama ayah untuk belikan juga.

Anak perlukan ketegasan dalam mengenal sempadan. Kalau tak, anak tak belajar kawal emosi. Seronokkan ada anak 2 tahun?

Sumber:Aisyah Rozalli

Published by
Wan Amy