Bayi berusia enam bulan sudah sepatutnya diperkenalkan dengan makanan pejal. Sebaiknya ibu masak sendiri makanan bayi daripada bahan yang berkhasiat. Selain menyihatkan kebersihan dan keselamatan makanan lebih terjamin.
Tentu pada peringkat permulaan, ibu pening kepala apa bahan yang patut diperkenalkan terlebih dahulu. Memang ada banyak cadangan bahan makanan yang patut diperkenalkan tetapi senarai makanan berikut adalah yang paling berkhasiat dan mesti diberi kepada bayi dalam bentuk puri.
Kentang
Bagi bayi berusia enam bulan yang baharu mengenal makanan pertama, ibu boleh beri puri kentang. Tekstur kentang yang lembut membantu anak mudah memakannya. Kentang juga kaya dengan karbohidrat, vitamin C dan B kompleks yang membantu penyerapan karbohidrat. Kentang mudah dihadam dan ini dapat mengelakkan bayi menghadapi masalah penghadaman.
Ads
Ubi keledek
Ubi juga boleh menjadi makanan pertama bayi kerana mengandungi khasiat yang diperlukan badan seperti vitamin A, beta karoten dan potasium yang tinggi. Bahkan ia juga kaya dengan vitamin E, kalsium, serat yang baik untuk proses penghadaman. Rasanya yang lemak manis juga pasti digemari oleh si comel anda.
Jagung
Ads
Jagung juga terkenal sebagai bahan makanan kaya dengan karbohidrat. Ibu boleh membuat bubur jagung manis atau dikisar sebagai puri. Jagung juga mengandungi kalsium dan fosfor yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi, kaya vitamin A dan B1 yang diperlukan oleh badan. Maka sumber vitamin A yang baik untuk kesihatan mata bayi bukan hanya diperoleh daripada lobak merah sahaja.
Ads
Pisang
Keenakan lemak manis pisang pasti digemari oleh bayi. Pisang kaya dengan kalium dan vitamin B. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam pisang lebih baik dibandingkan dengan buah dan sayur lain. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mengandungi empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat dan lima kali lebih banyak vitamin A dan zat besi.
Labu
Labu disarankan diberi sebagai makanan pejal pertama bayi kerana ia kaya dengan serat baik untuk penghadaman dan memiliki tekstur yang lembut. Ia mengandungi banyak khasiat seperti vitamin A, B, C, beta karoten, kalsium, zat besi, folat dan protein.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang teruja bila nak memberi si kecil makan. Macam-macam resipi mama buatkan untuk si kecil agar si kecil mendapat nutrisi yang sebenar. Anak pun sangat teruja bila tibanya waktu makan.
Namun pasti ramai mama-mama yang mempunyai masalah yang sama. Bayi akan mengalami sembelit atau najis keras selepas bayi mula makan makanan pepejal walaupun masih menyusu. Dimana silapnya?
Ramai baby lepas start makan solid food, mommies akan complain baby berak keras. I got this complain from one of the mommies in Gravidities Parenting Support Group and also from a patient in clinic today.
And, saya akan tanya mommy:
1. Makanan puree apa yang diberi? 2. Macam mana texture makanan yang diberi? 3. Berapa banyak diberikan kepada baby- jumlah dan kekerapan? 4. Berapa banyak air kosong yang baby minum dalam sehari?
Kebanyakan baby ni memang menyusukan dengan susu ibu. So mommies pelik, kenapa masih berak keras dan lambat?
And, jawapan saya untuk mommies :
1. Bagi puree sayuran dan buahan
2. Tengok texture – terlalu pekat, mungkin menyebabkan sembelit. Hal ini tak boleh nak cakap straight forward, kena adjust ikut baby. Kalau terlalu cair, nanti baby tak cukup kalori. Sebab pada umur 6 bulan ke atas, baby perlu banyak tenaga sebab dah banyak merangkak dan bergerak. Susu badan sahaja memang tak cukup untuk keperluan kalori harian.
3. Boleh naikkan frequency pemberian makanan pada amount yang kecil, tapi tak terlalu pekat.
4. Beri BANYAK AIR kepada baby. Bukan setakat 1-2 sudu air setiap kali makan, cuba bagi dengan botol atau sippy cup. Air kalau tak cukup, akan menyebabkan najis jadi keras. Dalam perjalanan najis di dalam usus besar ( mcm dalam gambar ), air akan diserap ke dalam badan kita. In the end, kalau badan tak cukup air, lebih banyak air akan diserap, dan najis sampai to the end dah jadi kering dan keras.
5. Buat stomach massage – I LOVE U massage supaya membantu pergerakan najis dalam usus besar. Biasa saya ajar massage ni di klinik kepada mommies. Ini sebahagian kecil yang saya ajar dalam kelas IAIM Infant Massage. So siapa ada baby bawah 1 tahun, boleh join.
Harap perkongsian ini membantu semua mommies yang sedang menjalani fasa weaning untuk baby masing-masing.
Ramai yang mengeluh bayi sembelit apabila makan makanan pelengkap seperti puri. Adakah ia berpunca daripada kesilapan anda?
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menurut Nur Hidayanti Asma Alias, Pegawai Dietetik, Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Kampus Puncak Alam puri sering kali menjadi makanan yang dipilih para ibu sebagai sajian makanan pelengkap pertama si kecil apabila mencecah usia enam bulan ke atas. Ia dikategorikan seperti berikut;
Puri buah
Puri sayur
Puri puri buah/ sayur yang ditambah dengan bijirin
Puri puri buah/ sayur yang ditambah lauk sebagai sumber protein
Puri-puri yang dinyatakan di atas berbeza mengikut fungsi pada setiap kumpulan makanan tersebut. Sayur dan buah merupakan sumber utama serat tidak larut di dalam makanan. Serat yang terdapat di dalam makanan membantu melawaskan pembuangan air besar. Bijirin ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak dan keperluan badan untuk menjalankan aktiviti harian manakala protein yang terkandung didalam lauk seperti ayam, ikan, daging atau telur terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
PERKENALKAN MENGIKUT URUTAN
Makanan pelengkap perlu diperkenalkan kerana keperluan nutrien bayi akan meningkat seiring pertambahan usianya. Antara tanda-tanda bayi anda bersedia menerima makanan pelengkap ialah bayi mampu menegakkan kepala tanpa bantuan serta kawalan lidah yang boleh menolak makanan. Pada tahap ini, bayi telah mula menunjukkan minat dan memberi respon terhadap makanan. Makanan pelengkap perlu diperkenalkan secara berperingkat.
Urutan pengenalan jenis makanan dimulai dengan kumpulan bijirin seperti bubur nasi atau bijirin komersil dengan tambahan zat besi. Sayur, buah dan sumber protein diperkenalkan seterusnya mengikut urutan.
Makanan perlu diperkenalkan satu jenis sahaja pada satu masa untuk tempoh satu minggu bagi membolehkan bayi menerima makanan tersebut dan memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
TEKSTUR MAKANAN PELENGKAP
Tekstur makanan pelengkap bayi dimulakan dengan makanan yang dikisar halus atau dijadikan puri supaya teksturnya lembut dan sesuai dengan keupayaan awal motor bayi.
Apabila bayi mencapai usia tujuh bulan, makanan dilecek dan tekstur yang lebih kasar boleh diberikan untuk merangsang motor dan deria rasanya. Jangan hanya terus memberikan bayi puri dan bubur sepanjang masa. Semakin meningkat usia bayi, tekstur makanan perlu berubah kepada makanan dicincang halus dan seterusnya makanan harian yang dimakan ahli keluarga apabila berusia setahun ke atas.
CARA PENYEDIAAN PURI YANG BETUL ELAK BAYI SEMBELIT
Makanan puri haruslah diberikan secara keseluruhan tanpa menapis makanan tersebut terutamanya puri sayur dan buah-buahan yang mengandungi serat. Jika berlaku masalah sembelit, bayi mungkin kekurangan serat atau air atau kedua-duanya.
Cadangan pemakanan untuk mengelakkan bayi sembelit ialah dengan memberi makanan secara lengkap.Contohnya, cadangan makanan pada waktu makan tengahari; setengah hingga suku mangkuk birijin bersama dua sudu teh isi ikan dilenyek halus, tiga sudu teh puri bayam dan air. Manakala antara waktu makan utama, dua sudu besar puri buah boleh diberikan sebagai snek sihat.
BILA SUMBER PROTEIN HAIWAN BOLEH DIBERIKAN?
Sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau gantian protein boleh diperkenalkan kepada bayi seawal usia enam bulan. Namun, lebih baik berikan satu jenis sahaja pada satu masa bagi memudahkan anda mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
Anda juga digalakkan untuk memperkenalkan kuning telur dahulu ketika bayi berumur lapan bulan ke atas. Putih telur pula boleh diperkenalkan apabila bayi mencapai umur satu tahun bagi mengelak risiko alahan.
TIP UNTIK KOMBINASI PURI
Sebelum menyediakan puri yang menggabungkan dua jenis buah dan sayur atau bijirin dan lauk, anda perlu memastikan bayi telah diperkenalkan kepada buah dan sayur tersebut dan tiada masalah terhadap penerimaan kedua-dua jenis makanan tersebut.
BOLEHKAH MASUKKAN LEMAK DALAM BUBUR & PURI?
Ada ibu bapa yang memasukkan lemak seperti minyak zaitun atau mentega dalam penyediaan puri dan bubur kepada bayi. Pengambilan lemak yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan normal untuk fungsi saraf, mata dan otak bayi.
Seawal usia enam bulan apabila bayi telah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, kuantiti pengambilan lemak dan minyak yang dicadangkan ialah sebanyak satu sudu teh sehari bagi melengkapkan nutrien yang diperlukan untuk fungsi badan. Bagi bayi yang berusia di bawah 12 bulan, cadangan jenis minyak yang sesuai ialah minyak sayuran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan anak, badan sudah semestinya kepenatan melampau kerana kehilangan banyak tenaga. Selain rehat yang mencukupi, pemakanan yang sihat dan segar juga antara yang diperlukan untuk cepat pulih.
Pun begitu, ibu harus bijak memilih makanan dan salah satu makanan yang penting ialah buah-buahan. Jadi, apakah buah yang boleh dimakan ketika pantang?
Ibu yang sedang berpantang perlulah mengambil pelbagai jenis makanan berkhasiat untuk menyokong pemulihan diri dan juga tumbesaran bayi.
Ramai ibu yang gemar menambah pelbagai jenis buah-buahan dalam diet harian. Pengambilan buah merupakan satu cara yang mudah untuk mendapatkan pelbagai nutrisi.
Antara buah yang boleh dimakan ketika pantang ialah pisang, mangga, avokado, betik dan banyak lagi.
Buah-buahan ini mengandungi serat yang baik untuk perut dan dapat mengurangkan risiko sembelit.
Buah pisang. Potassium merupakan makanan yang sangat penting untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Ibu perlukan sebanyak 5,100 mg potassium setiap hari. Sebiji pisang pula mengandungi 450 mg potassium.
Tembikai wangi. Buah ini mengandungi 50 gram vitamin C, hampir separuh daripada keperluan vitamin C harian ibu. Bukan itu sahaja, kandungan airnya juga lebih tinggi berbanding buah-buahan lain. Jadi, ia dapat membantu ibu kekal hidrat.
Beri biru. Salah satu kebaikan beri biru ialah kandungan antioksidannya yang tinggi. Antioksidan penting untuk memastikan daya tahan badan kekal kuat. Bukan itu sahaja, antioksidan ini juga boleh meresap masuk ke dalam susu ibu dan membawa manfaat untuk bayi.
Strawberi. Sedap dan berkhasiat! Selain itu, ia juga padat dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan kedua-dua ibu dan bayi. Buah strawberi mengandungi vitamin C, kalsium, potassium, magnesium dan zat besi.
Mangga. Buah mangga mengandungi banyak antioksidan dan vitamin K. Kandungan serat dan juga potassium di dalamnya dapat memastikan susu ibu kekal berkhasiat untuk bayi.
Elak makan buah-buahan ini
Selain buah yang boleh dimakan ketika pantang, ada juga beberapa buah-buahan yang perlu dielakkan.
Walau bagaimanapun, kesan sampingan buah-buahan ini berbeza mengikut individu.
Ada ibu yang boleh makan buah ini seperti biasa. Ada juga yang akan mengalami simptom seperti sakit perut, cirit-birit dan sebagainya.
Antara buah-buahan tersebut ialah:
Buah-buahan sitrus Buah-buahan ini mengandungi asid sitrik yang mungkin akan membawa mudarat pada sistem pencernaan anda. Jadi, elakkan buah-buahan yang masam ketika berpantang.
2. Ceri dan prun – Kedua-dua buah ini merupakan sejenis laksatif semula jadi. Jadi, ia akan membuatkan ibu lebih kerap ke tandas untuk membuang air besar.
Namun, sekiranya ibu mengalami sembelit, anda boleh ambil ceri dan prun untuk memudahkan pembuangan air besar.
Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.Bapa kepada tiga orang anak ini,...