Umum mengetahui bahawa menyusukan anak dengan susu badan mempunyai pelbagai manfaatnya yang tersendiri. Namun begitu, ada sesetengah wanita yang tidak disarankan untuk melakukannya atas dasar kesihatan atau kondisi yang lain. Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai beberapa penyebab utama anda tidak patut menyusukan anak dengan susu badan.
Terdapat ubat-ubatan tertentu yang berbahaya kepada anak anda di mana mereka akan mendapatkan mudaratnya melalui penyusuan susu badan. Antara ubat-ubatan tersebut adalah:
Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan tersebut, anda disarankan untuk berhenti menyusukan anak dengan susu badan. Selain itu, ibu yang sedang melakukan radioterapi juga disarankan untuk tidak melakukannya kerana ia akan mendatangkan mudarat kepada bayi.
Pelbagai jenis penyakit mampu merebak melalui penyusuan susu badan, antaranya:
Jika anda dijangkiti flu, anda juga patut berhenti menyusukan anak dengan susu badan dan kuarantinkan diri anda sendiri kerana anak anda yang masih bayi sangat mudah terjangkiti. Oleh itu, sentiasa pastikan tiada individu berpenyakit berada dekat dengan anak anda.
Ibu yang menghidapi kondisi kesihatan yang kronik tidak dinasihatkan untuk menyusukan anak dengan susu badan. Jika anda masih mahu melakukannya, langkah berjaga-jaga yang ekstra perlu diambil untuk menjamin kesihatan anda dan juga bayi.
Bayi yang mengalami masalah galactosemia iaitu keadaan badan bayi tidak dapat memproses galactose gula juga tidak disarankan untuk menyusu badan. Ini kerana galactose tersebut berisiko untuk terkumpul lalu meracuni bayi. Akibatnya, bayi ini akan mengalami gangguan hati serta kelainan upaya untuk belajar dan membesar.
Setiap individu mempunyai situasi yang berbeza. Oleh itu, panduan ini hanyalah sekadar pedoman dan bantuan pakar perubatan adalah jaminan yang terbaik buat anda dan bayi. Rawat kondisi kesihatan anda terlebih dahulu sekiranya ada sebelum memutuskan untuk menyusukan anak dengan susu badan.
Sumber: Hello Doktor