Apam balik rangup, letak kacang dan jagung banyak-banyak, memang puas hati makan. Kalau beli inti yang kita nak tu tak semestinya banyak kecuali tambah duit sikit untuk minta lebih.
Bagi yang ada anak kecil, ada yang suka inti jagung, coklat rice atau mahukan yang kosong saja. Jadi bila mama dah tahu cara nak buat sendiri, tak perlu dah nak pening-pening. Ikut je resipi ni, mesti anak suka. Sebabnya ranggup dan lembut.
Berikut dikongsikan resipi dari Azie Kitchen untuk anda cuba. Mesti anda akan puas hati.
Apam Balik Lembut & Gebu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur:
Kacang tanah – goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin
ARTIKEL RESIPI [Kentang Goreng Homemade, Tip ‘Special’ Jadi Lagi Ranggup, Anak Confirm Suka!]
Cara-cara
Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.
Kredit Resepi & Foto : Azie Kitchen
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)