Selain apam susu atau apam nasi, apam mekar coklat juga antara kuih yang paling cepat nak sediakan jika semua bahan-bahannya ada di rumah. Tak perlu banyak langkah pun nak sediakan, cuma kisar sahaja dan kukus.
Orang kata ni juga antara kuih ekspres nak sediakan pada tetamu yang datang ke rumah jika tiada apa makanan.
Nak lagi sedap lagi, boleh buat topping coklat dan tuang di atasnya. Ini resipi yang dikongsikan oleh Merysona Edyson buat ibu yang nak mencubanya.
Terajin pulak saya nak buat apam mekar coklat. Saya guna blender je. Ni saya senaraikan bahan-bahan yang saya guna dan cara membuatnya.
BAHAN A
– 1/2 cawan gula
– 1/2 cawan minyak
– 1/4 cawan susu pekat
– 1/2 cawan air
– 1/2 cawan cocoa powder
BAHAN B
– 1 cawan tepung
– 1/2 sudu teh baking powder
– 1/4 sudu teh soda bikarbonat
Cara-caranya:
Blenderkan semua BAHAN A yang disenaraikan sampai sebati iaitu gula, minyak, susu pekat, air dan serbuk koko.
Dah sebati kita masuk semua BAHAN B dalam blender yang sama. Blender sekali lagi iaitu tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
Dah sebati semua, kita susun dalam acuan. Bubuh sekali paper cup supaya tak melekat
Kita panaskan pengukus
Pengukus dah panas, kita susu semua apam tadi. Kukus selama 15-20 minit.
Taraaaa..Amik kau, kembang setaman.
Kredit: Merysona Edyson
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)