Hujung minggu jangan dibiarkan sepi tanpa hidangan yang istimewa untuk anak-anak. Hidangan pencuci mulut atau manisan buat anak makan tak berhenti.
Apam mekar gebu gebas ini antara menu simple yang disarankan kerana mudah penyediaannya. Senang dan jimat masa mama. Jom cuba resipi apam mekar yang dikongsikan oleh Pn Sofia Abraham ini.
Apam mekar gebu gebas. Boleh try buat mesti jadi insya Allah.
Resepi Apam Mekar
Bahan-bahan:
450 g self raising fluor*
2 sdk sebuk penaik=baking powder *. (*ayak)
2 biji telur
350 g gula kastor
400 g air sejuk dari peti ais
15 g sp atau ovalet
1/2 sdk esen vanila
2 sdk jus limau nipis
Pewarna ikut suka
Satukan semua bahan kecuali jus limau nipis. Pukul dengan kelajuan rendah selama 1 minit.
Kemudian pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 10 minit. Tukar kelajuan yang rendah, masukkan jus limau dan pukul selama 3 minit. Siap.
Bahagikan adunan untuk letak pewarna (ikut suka, jangan letak banyak sangat ye)
Masuk adunan dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 10 minit dengan api kecil.
Pastikan air betul-betul mendidih sebelum dikukus.
* Tip
Masa nak kukus hati-hati.
* Jangan letak rapat sangat acuan dalam pengukus.
* Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis atas apam.
* Sebelum letak lapisan pengukus, besar kan api air mesti mendidih.
* Apabila letak lapisan pengukus tutup dengan penutup baru kecil kan api dan kukus selama 10 minit
Kalau ikut cara ni, InsyaAllah akan jadi.
Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Apam Mekar Coklat Kukus, Kuih Ekspres Paling Mudah Nak Buat
Comelnya Apam Teddy Bear Ni, Nak Buat Pun Senang, 7 Bahan Saja
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI