Memasak ni bukannya susah sangat jika kena caranya. Lagi-lagi bila ada anak yang dah pandai minta nak makan itu, nak makan ini, jenuh ibu nak buat macam-macam. Orang kata dari zero, demi anak semua boleh.
Ok kali ini untuk hidangan minum petang santai-santai, dikongsikan menu simple yang confirm ibu-ibu boleh buat. Resipi apam milo yang menggunakan empat bahan dan tersangatlah mudah nak sediakan.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Eyza Cik Bunga ikut caranya.
Apam Milo
4 bahan je..mudah sangat. Saya buat ikut cara saya..untuk satu adunan..
– Milo setengah cawan
– Tepung gandum secawan
– Gula 6 sudu (ikut kemanisan masing²) saya x suka manis
– Telur 3 biji
Saya ikut resepi asal di bawah ni ya.
Assalamualaikum..petang ni emi nk share resepi yang simple & mudah disediakan… Jom follow👇
APAM MILO 4BAHAN JERR.. (Resipi Asal)
Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap.
Pertama kali buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi.
Bahan-bahannya:
1) Telur 6 biji
2) Tepung gandum 2 cawan
3) Gula pasir 2 cawan
4) Milo setengah cawan
Cara-cara buat:
– Pukul telur +gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik (guna blander jer)
– Masuk tepung gandum, blender lagi sampai sebati (rasa blender dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)
– Adunan tadi bahagi kepada dua bekas, satu bekas biar kosong atau boleh buh pewarna lain, dan 1 bekas lagi buh milo dan kacau-kacau sampai sebati.
– Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, lorek la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tak ada paksaan)
– Kukus 20 minit (air kukusan mesti dah mendidih dulu)
Siapppp. Adunan nie dapat dua loyang kecik tapi tak smpai malam dah habis.
Kredit: Fatihatul Hakimah via Resepi IBU
*Bagi yg tak suka manis boleh kurangkan manis
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)