Apam Santan Gula Merah Azlina Ina, Lagi Lemak, Lembut & Terlebih Gebu, Sedap Sungguh!

Share

Kalau dulu apam marble berwarna merah, kali ini chef masakan popular di media sosial, Azlina Ina Fans tampil berkongsi resipi Apam Gula Merah pula untuk pengikut setianya.

Bukan resipi biasa bahkan apam istimewa ini ditambah santan bagi melemakkan lagi rasa apam sebenarnya. Memang lembut dan gebu. Rugi tak cuba!


Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
1 cawan air masak
2 cawan tepung beras
1 cawan 1/2 tepung gandum
1 cawan air masak
1/2 cawan santan pekat
3 sb yis kering

Masak gula merah, gula putih dan air masak. Biarkan larut. Boleh tambah simpulan daun pandan. Matikan api tapis dan bila sejuk.

Masukkan bahan-bahan lain, whisk kan sebati atau kacau rata dan boleh blender sebati. Senang je kan.

 

Tuang dalam bekas besar tutup pakai kain lembab biar 1 jam.

Dah kembang kacau kan dia tuang dalam loyang. Sapu siap-siap minyak ya.

Kukus 40 minit, kalau acuan kecil-kecil tu 10 minit je kukus.

Okey siap dah, makan la dengan kelapa muda. Letak garam gula sikit macam biasa.

Siap!

Menarik: Apam Nasi Susu Mudah Sedia, Perap Sekejap Terus Kukus, Memang Mantap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
SRM