“Apehal Air Mata Ku Bergenang.” Netizen Sebak Dengar Achey Nyanyi Lagu Untuk Anak Angkatnya

Share

Air mata netizen bergenang, sebak mendengar Achey nyanyikan lagu untuk anak angkatnya, Tiara.

Pelawak Achey kantoi menyanyikan lagu tersebut sambil membasuh pakaian anaknya. Mulanya nampak kelakar, namun bila diamati liriknya hati menjadi sebak. Mungkin ia adalah luahan hati Achey untuk Tiara.

Rakaman video yang dirakam isterinya Anne itu dikongsikan di Instagram dan ditonton hampir 200 ribu netizen. Achey dan Anne mendirikan rumah tangga sejak 7 tahun yang lalu.

ACHEY RAJIN TOLONG ISTERI BASUH PAKAIAN ANAK

Rajinnya Achey tolong isteri basuh pakaian anak. ” Ibu dan mandikan baby, ayah pula basuh baju baby,”kata Anne dalam video itu,. Alahai sweet sangat pasangan ini!

 

Anak angkat Achey, Tiara Zinnirah kini berusia 48 hari mula dijaga Achey & isteri sejak 22 Mei 2018 lalu. Kegembiraan terpancar jelas dalam keluarga ini semenjak itu.

Sumber: Achey Bocey

 

Published by
Azma ML