Apple Onion Essence Alternatif Legakan Batuk, Selesema. Sesuai Bayi 8 Bulan Ke Atas

Share

Keadaan cuaca yang tak menentu cepat buat anak demam, mudah batuk dan selesema. Selain makan ubat dan dapat nasihat doktor untuk elak masalah lagi teruk, mama tetap boleh ikhtiar dan cuba buat APPLE ONION ESSENCE untuk anak.

Perkongsian tip dari Puan Rc Ching ini yang dicuba untuk anaknya mungkin boleh membantu.

Bahan:
1. satu biji epal
2. dua bawang holland

Cara buat:
Boleh potong siap bawang dan keluarkan kulit dan bekukan semalaman dan esok pagi stim lebih banyak air lagi. Boleh cuba.

1. Potong kulit epal dan bawang kuning
2. letak satu botol atau mangkuk kat tengah2
3. tutup penutup dan Stim dengan api sederhana 1 jam
4. lepas siap baru buka…siap

Mama stim dan dapat lebih kurang 150ml~200ml
Biasanya essence macam ni, seeloknya minum bila suam. Saya biasanya bagi sebaik sahaja siap, tunggu jadi suam, terus bagi minum. Kesannya lebih baik. Saya dan suami pun minum sekali. Esok saya steam yang baru… Macam herba cina, untuk dapat kesan yang lebih baik, elok minum lepas siap.

 

Apple Onion Essence ni sesuai untuk baby 8 bulan ke atas dan yang sudah pass epal dan onion.

Bayi yang sesuai minum bila batuk, sakit kerongkong, demam atau selsema..jika tak sakit pun boleh minum sebab air bagus untuk kesihatan.

Bayi yang baru minum ni digalakkan minum sedikit dulu.. Hari ni bagi baby Chen Xin kira-kira 30ml… Sebab pernah minum beberapa kali dah…

*peringatan: cara buat apple onion essence berkesan bagi batuk, selesema dan demam tapi bergantung juga kepada bayi masing-masing ya. Bagi bayi yang mempunyai masalah serius, lebih baik dapat nasihat dan berjumpa doktor.

Sumber: Rc Ching

Published by
Wan Amy