Applecrumby®, jenama yang dah lama jadi pilihan ibu bapa moden Malaysia, kini melakar sejarah baharu apabila menjadi jenama private label pertama di dunia yang dianugerahkan Paten Utiliti untuk teknologi Teras Penyerap 100% Bebas Klorin (TCF).
Ini bukan sekadar pencapaian biasa, tapi satu langkah besar yang mengangkat standard global lampin pakai buang ke tahap yang lebih selamat dan telus. Apa yang membanggakan adalah kerana Applecrumby® merupakan jenama tempatan!
Jumpa Inovasi Ini Di Ekspo Bayi Terbesar Malaysia
Buat mommies yang sedang mencari-cari lampin pakai buang terbaik untuk si manja, jangan lepaskan peluang untuk singgah di ekspo bayi TCE dari 3 hingga 6 Julai 2025 di Mid Valley.
Di sini, Applecrumby® telah melancarkan dua produk baharu iaitu lampin PureBasics™ versi baharu yang kini lebih lembut, dan beg lampin wangi yang boleh biodegradasi. Kedua-duanya direka khas untuk beri lebih ketenangan hati pada ibu bapa yang mementingkan keselesaan bayi dan juga kelestarian alam sekitar.
Inovasi Disokong Sains, Bukan Sekadar ‘Marketing Talk’
Menurut Jesmine Tan, Perintis Bersama Applecrumby®, kejayaan mempatenkan teknologi ini adalah bukti bahawa Applecrumby® serius dalam membangunkan produk yang betul-betul selamat, bukan sekadar cantik di label. Teknologi ini dibina atas asas saintifik dan bukan sembarangan yang membuatkan produk ini telah diiktiraf secara rasmi.
Ads
“Kami telah berjaya membangunkan dan melindungi secara sah teknologi lampin yang berbeza, disokong oleh sains dan menawarkan pilihan yang lebih selamat serta dipercayai oleh ibu bapa,” kata Jesmine Tan, Perintis Bersama Applecrumby®.
Tiada Klorin, Tiada Kompromi
Sebagai peneraju lampin bebas klorin di Malaysia dan Asia Tenggara, Applecrumby® kekal komited mengelak bahan kimia berbahaya seperti klorin yang boleh jejaskan kulit bayi. Lampin PureBasics™ yang baru ni bukan sahaja lebih lembut, tapi turut hadir dengan teknologi GreenCore-Dry™ berpaten, yang mengandungi 11 lapisan teras penyerap bebas klorin.
Hasilnya? Penyerapan ultra pantas, perlindungan kebocoran sehingga 12 jam, dan kulit si manja kekal kering dan selesa sepanjang hari.
Ads
Harga Mampu Milik Untuk Kualiti Premium
Satu lagi berita baik, Applecrumby® kini menawarkan PureBasics™ pada harga serendah RM25 sahaja! Bukan calang-calang lampin ya, ia lampin premium yang kini lebih mampu milik. Sesuai sangat untuk mommies yang nak produk selamat, tapi masih jaga bajet rumah tangga.
Diiktiraf Oleh Forbes Asia, Dibanggakan Oleh Ibu Bapa Serantau
Nama Applecrumby® turut tersenarai dalam senarai Watchlist 100 Forbes Asia sebagai antara syarikat yang berkembang paling pesat di rantau ini. Ini sekaligus mengukuhkan reputasi jenama tempatan ini sebagai pelopor penjagaan bayi bebas toksik, bukan saja di Malaysia tapi seluruh Asia Tenggara.
Ads
Kisah Benar Dari Hati Ibu-Ibu Applecrumby®
Mommies yang nak tahu pengalaman sebenar pengguna, boleh tonton siri ‘Kisah Kasih Ibu Applecrumby’ yang menampilkan tiga ibu dari Kelab Komuniti Applecrumby®. Mereka berkongsi bagaimana lampin PureBasics™ memberi mereka ketenangan hati baik dari segi keselesaan bayi, keselamatan bahan dan kepercayaan terhadap jenama.
Duta selebriti dan ibu kepada tiga orang cahaya mata, Fiza Frizzy juga antara pengguna setia yang berkongsi kisahnya dalam siri ini. “PureBasicsTM adalah lebih daripada sekadar lampin harian, ia adalah keperluan asas untuk memastikan anak-anak kita mendapat keselesaan dan perlindungan terbaik,” katanya.
Ada Aktiviti Menarik Untuk Ibu Bapa Di Ekspo Juga!
Di booth Applecrumby® nanti, pengunjung bukan saja boleh uji kelembutan lampin dan beg biodegradasi, tapi juga berpeluang menyertai aktiviti penuh makna. Dengan kerjasama penulis dan penyair terkenal, Wani Ardy, pengunjung boleh mencipta pantun peribadi untuk insan tersayang dan menariknya Applecrumby® akan poskan terus sebagai poskad istimewa. Ia mungkin ‘gesture’ yang kecil tetapi bermakna untuk sebarkan kasih dan ingatan melalui bait-bait kata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adik dan abang berkongsi tarikh lahir sama. Rezeki 29 Julai! Itu kegembiraan dan rasa syukur yang diluahkan oleh Nur Nabila Zulyadaini atau lebih dikenali sebagai MUA Bellaz yang selamat melahirkan anak keempatnya hari ini.
Kebetulan pula tarikh 29 Julai adalah tarikh lahir anak ketiga Bellaz, Muhammad Aisy Ean Yusuf.
Berita gembira itu dikongsi di laman instagramnya dengan mengucapkan Allahuakbar dan alhamdulillah atas kelahiran anak perempuan kedua daripada empat beradik.
“Sedap & unik namanya..”
Dalam perkongsian itu juga, Bellaz turut berkongsi nama bayi perempuannya, Nur Aisywara Nealofa dan ramai yang memuji pemilihan nama tersebut.
Walaupun baru nampak sipi-sipi saja wajah Nur Aisywara Nealofa, tetapi ramai yang boleh agak wajahnya iras Bellaz dan kakak sulungnya. Ibu ayah elok, mesti anak pun lawa kan! Lagipun Bellaz juga ada kacukan Turki-Melayu.
“Merahnya bibir dia..”
Terdahulu, MUA Bellaz mempunyai tiga orang cahaya mata, Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhali dan Ean Yusuf.
Frittata ialah hidangan Itali berasaskan telur yang serupa dengan omelet atau quiche tanpa kerak atau telur hancur, diperkaya dengan bahan tambahan seperti daging, keju atau sayur-sayuran.
Rasanya sama sedap seperti yang dilihat, dengan tekstur yang gebu, dan rasa yang kaya dan berkrim. Sebagai bonus, kerana ia tidak mempunyai kerak tepung, ia sesuai untuk pemakan tanpa gluten.
Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu memaklumkan bahawa anak bongsunya, baby Ayash Affan akhirnya dibenarkan pulang ke rumah setelah sebulan lebih berada di hospital kerana kondisi bayi ketika itu pramatang.
Shuib sempat merakam saat teruja anak-anaknya yang lain apabila mengetahui adik bongsu mereka bakal pulang ke rumah. Orang yang paling teruja tentu sekali Talita, anak kedua dalam keluarga.
Melalui Insta story yang dikongsi, Talita nampak teruja dan sempat mengemas barang keperluan bayi dan disusun kemas di bahagian rak troli bayi.
Talita sanggup berjaga malam apabila ditanya oleh ayahnya walaupun terpaksa berjaga setiap 3 jam demi untuk menjaga adik bongsu kesayanganya. Malah dia tidak kekok menjelaskan tentang barang keperluan bayi.
Menurut perkongsi di laman Instagram Arwah Siti Sarah pula, anak-anak sangat teruja menanti kepulangan adik bongsu mereka setelah sekian lama berada di wad hospital.
“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari-hari tanya pasal Ayash.
“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawak balik Ayash.”
Melalui perkongsian tersebut juga, Shuib turut berterima kasih kepada semua yang tak putus-putus mendoakan kebaikan buat mereka sekeluarga. Tambahnya lagi, kepulangan Ayash ibarat pengganti arwah di rumah tersebut.
:”Terima kasih kepada smua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita & Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.
“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah.”
Rata-rata warga maya bersyukur akhirnya baby Ayash pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat dan mendoakan semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.