Masih ingat kisah adik Aqil Arshad yang diuji dengan penyakit sangat rare dan memerlukan perbelanjaan RM100,000 untuk menjalani rawatan. Jika anda mengikuti kisahnya sebelum ini pasti tahu betapa kuatnya Aqil melawan kesakitan tersebut.
Namun ketika kedua ibu bapa adik Aqil dan pakar perubatan berusaha untuk merawat penyakitnya, Allah dah jemput Aqil pulang ke pangkuannya 19 Jun lalu jam 7 petang.
Sebelum ini, Pa&Ma menyiarkan kisah arwah adik Aqil yang ketika itu berusia 3 bulan dan anak kedua kepada pasangan Arifin Idris dan Rina Nursyaza yang memerlukan perbelanjaan RM100,000 untuk membiayai kos rawatan.
ARTIKEL BERKAITAN [Perlu RM100,000 Dalam Masa Seminggu! Tolonglah Cukupkan Dana Ini Demi Aqil]
Selepas diwar-warkan, kos rawatan itu berjaya diperoleh hasil bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan bermurah hati. Tetapi perancangan untuk memberi rawatan terbaik pada Aqil tak kesampaian sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu ayahnya.
Menerusi perkongsian ibu saudara arwah adik Aqil, Dr Saleha Idris, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Sekamat.
Sebagai wakil kepada ibu ayah adik Aqil, mereka sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman doa yang tak putus untuk anak syurga ini.
Di kesempatan itu juga, ahli keluarga mengharapkan agar terus memberi doa buat pasangan suami isteri tersebut melalui ujian yang Allah takdirkan.
Doakan ketabahan kekuatan buat suami isteri kuat dan hebat ini. Arifin Idris, Rina Nursyaza. Sebelum ni mereka diuji dengan kematian anak pertama secara tiba-tiba, baby Amani.
Hari ni ketika orang lain sambut Hari Bapa, seorang bapa mendukung anaknya dan hantar anak ke syurga. Kali ni baby Aqil pula pergi. Baby Aqil cukup kuat bertarung dengan diri. Akhirnya dia pergi dengan reda ibunya.
Buat pengetahuan semua, penyakit Severe Combined Immuno Dificiency (SCID) bukanlah penyakit biasa-biasa. Penyakit ini membuatkan badan Aqil tak kuat dan mudah sakit.
Sebelum kehadiran Aqil yang memberi sinar kebahagiaan buat kedua ibu bapa, Aqil ada seorang kakak. Tapi umur kakak Aqil, Amani juga tak panjang dan hanya bertahan 3 bulan sahaja selepas dilahirkan.
Ketika pemergian kakak Aqil, doktor tak dapat mengesahkan penyakit kakak Amani sehinggalah Aqil dilahirkan. Ketika kehadiran Aqil baru ibu ayahnya tahu kenapa kakak meninggal. Mungkin hikmah Aqil lahir ke dunia dapat jawab persoalan tersebut.
Antara tanda Aqil menderita sebab SCID ni macam:
1. Susah nak telan susu. Jadi Aqil muntah. Ingat tak Aqil cerita pasal kakak muntah sampai kakak dah tak ada.
2. Selalu cirit.
3. Selalu kena kuman dekat sistem pernafasan.
4. Jadi Aqil selalu demam, selsema tak sihat.
Mungkin sebab macam ni la Aqil tak pernah senyum sejak lahir kat dunia ni. Aqil tak sedap badan.
Sementara itu, Dr Saleha juga mengemaskini status terbaru di Facebooknya dengan memberitahu sumbangan yang diberikan atas nama adik Aqil untuk rawatannya akan diberikan kepada pihak yang memerlukan.
Salam buat semua yang sentiasa sabar menanti berita Aqil. Ini adalah makluman berkaitan Wang sumbangan Aqil.
1. Kami pihak NGO Malaysia Borderless Care Organization (MBCO) yang mendapat mandat amanah untuk mencari dana sumbangan Aqil untuk menjalani rawatan sumsum tulang.
2. Ketetapan Tuhan lebih baik Dan rahsia Kita tidak ketahui. Adik Aqil sudah pergi lebih awal usia 3 bulan 28 Hari. Tidak sempat untuk menjalani rawatan seperti dijanjikan. Pihak MBCO (ahli Lembaga, staf, sukarelawan dan seluruh penyumbang) sangat berduka atas berita ini . Kami ucapkan takziah kepada pihak keluarga Aqil lebih lagi ibuayah nya yang menerima ujian ini sudah Dua kali.
3. Pihak NGO memegang amanah Wang disumbang oleh rakyat Malaysia untuk bantuan baby Aqil.
5. Pihak NGO sudah berbincang dan menemui kata sepakat. Wang sumbangan rakyat Malaysia yang sangat prihatin adalah untuk selamatkan nyawa Aqil. Maka wang ini akan digunakan dan disalurkan untuk membantu individu yang sangat memerlukan dalam hal perubatan dan pembedahan juga (berkaitan nyawa).
6. Untuk sokong emosi dan Psikologi ibubapa Aqil. Pihak NGO juga bersetuju untuk membantu kos perubatan Aqil, kos kematian ( Mandi, kafan, kebumi dan kubur).
Pihak MBCO juga bersetuju untuk menyerahkan sedikit bantuan kepada ibuayah Aqil atas asbab menjaga Aqil Dan berkorban jiwa, tenaga, Masa Dan Wang buat dirinya. Diharapkan ia menjadi sedikit sumber yang dapat membantu mereka. Antara asbab terikatan jalinan antara Aqil dan MBCO.
8. Jika ada pihak penyumbang ingin menuntut semula Wang disumbang boleh hubungi kami dan memberikan bukti kukuh.
Sekian terima kasih.
Pihak MBCO.
Kredit: Dr Saleha Idris
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!