Anak sakit, anak demam ibulah orang yang paling susah hati. Tak kiralah anak kecil atau pun dah besar. Ibaratnya kalau anak sakit, biarlah kesakitan itu ibu yang tanggung.
Antaranya ada yang syorkan letak kain basah di kedua-dua ketiak, bagi ais krim vanila dan kerap jerlum kepala. Cara ini boleh cepatkan turun suhu anak yang panas.
Teknik jerlum pun ada caranya juga. Salah seorang netizen syorkan guna jari jemari dengan air suam. Logiknya air suam membuka rongga-rongga dan keluarkan haba panas dari badan. Itu yang diajar oleh nurse.
Buah hati kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut kini semakin menunjukkan perkembangan yang positif.
Menurut perkongsian ibunya, Nurul Erwani Zaidi melalui Instagram, dikala usianya kini empat tahun, Ainul kini sudah mula dapat menerima makanan dan minuman yang dimasukkan melalui mulutnya.
Berbanding sebelum ini, Ainul hanya minum susu menerusi tiub yang dimasukkan ke dalam mulutnya dan kini anak kecil kesayangan ramai itu sudah mula mahu merasa-rasa makanan yang diberikan kepadanya.
Malah menurut ibunya lagi, sejak dilahirkan, anaknya tidak pernah menggunakan deria mengunyah dan menelan sebaliknya hanya dilatih pada bahagian mulut selepas pembedahan pada tahun 2019 lalu.
“Bismillahi MashaAllah. Salah satu perubahan terbesar untuk Ainul. Ainul dah mula nak terima makanan dan minuman masuk dalam mulut dia! Alhamdulillah. Dia dah start explore rasa rasa makanan ya,” kongsinya meluahkan rasa syukur.
Ujar ibunya lagi, disebabkan Ainul masih trauma dengan keadaannya sebelum inilah menyebabkan Ainul tidak mahu menerima makanan. Dan kini dia lega bila Ainul sudah mula mahu merasa makanan tertentu.
“Ainul masih belum makan ikut mulut lagi ialah sebab Ainul masih trauma dengan penyakit dia waktu dulu. Dari lepas lahir Ainul tak gunakan mulut langsung untuk develop dia punya mode kunyah dan telan.
“So dari situ, lepas operation kena kerap stimulate bahagian mulut supaya Ainul kena biasakan mulut dia bergerak,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman Instagram semalam.
Bercerita lanjut, kongsi Nurul Erwani, dia juga sudah mula memakaikan peralatan ‘trach valve’ pada Ainul bagi memudahkan pernafasan melalui mulut dan hidung selain dapat mendengar suara anaknya.
“Sekarang ni, mama Ainul dah start pakaikan Ainul trach valve untuk bagi Ainul bernafas guna mulut dan hidung dan guna trach valve ni juga boleh dengar suara Ainul tau.
“Alhamdulillah Ainul selesa bila mama Ainul bagi guna trach valve ni. Dan nak latih juga Ainul sebelum Ainul nak off trachy nanti,” katanya lagi.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia dan suaminya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak kini sedang merancang untuk membawa Ainul ke hospital bagi menjalani latihan berhubung proses simulasi berkenaan.
Semuanya bagi memastikan kesihatan Ainul lebih terjaga dan paling penting dijauhkan daripada jangkitan kuman yang mudah menyerangkan jika masih terus menggunakan peralatan khas itu.
“Dalam masa terdekat ni dan Ainul pun sihat, plan mama dan walid Ainul akan bawa Ainul ke HUKM untuk buat asessment pada trachy Ainul dan akan offkan trachy Ainul. Salah satu sebab nak offkan as soon as possible sebab tak nak Ainul selalu kena infection.
“Pakai trachy ni akan cepat sangat kena infection sebab saluran trachy ni direct ke paru-paru, itu yang menyebabkan akan senang berjangkit dengan orang yang batuk dan selsema. InshaAllah ada masa mama Ainul akan update proses Ainul seterusnya ya!,” ujarnya lagi.
Semoga Ainul terus sihat dan menampakkan perkembangan yang positif dari hari ke hari.
Terdahulu pada Ogos tahun lalu, Ainul dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus sebelum beransur pulih dan sihat sehingga ke hari ini.
Tahniah diucapkan buat Fad Bocey dan isterinya, Syaheera Abdul Rahman yang selamat menimang anak kelimanya semalam di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Menerusi Instagramnya, Fad berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua serta memuat naik gambarnya memangku bayi kelimanya itu.
Malah bapa kepada lima cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur kerana isteri dan anaknya kini berada dalam keadaan baik-baik saja.
“Alhamdulillah pada jam 9:20 pagi tadi isteri saya @syaheeraarahman selamat melahirkan baby ke 5 kami. Terima kasih untuk doa semua ye,” tulisnya ringkas.
Malah Fad menerusi entri yang sama turut berterima kasih kepada semua kakitangan dan doktor yang menyambut kelahiran anaknya dan mempermudahkan urusan isterinya.
“Terima kasih @drnorleen dan @avisenawcsh jaga wife dan baby saya, nanti saya vote doc untuk doc terbaik.
“Nanti kami share gambar baby okay,” tulisnya lagi.
Menerusi entri sebelumnya, terdahulu Fad memohon doa semua agar kelahiran anak kelimanya itu dipermudahkan.
“Bismillahirohmannirrohim, semoga dipermudah urusan my@syaheeraarahman melahirkan zuriat kami yang ke 5, mohon doa sahabat-sahabat semua ye..terima kasih.
“Dari first baby kami sampai yang ke 5, @avisenawcsh dan doctor Norleen tetap pilihan kami.Alhamdulillah,” kongsinya.
Terdahulu, Fad dan isterinya Syaheera Abdul Rahman mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015. Pasangan ini kini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
Siapa pernah kena bengkak susu? Hanya yang pernah merasai saja tau macam mana sakitnya bila kena bengkak susu yang teruk. Sampai boleh demam la.
Perkongsian Umi Aishah ini boleh dijadikan panduan untuk ibu mengetahui apa PUNCA BENGKAK SUSU dan apa PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU.
PUNCA-PUNCA BENGKAK SUSU
Lambat memulakan penyusuan kali pertama.
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di payudara, dan menyebabkan bayi sukar menyusu dalam keadaan payudara membengkak.
Lekapan yang tidak betul.
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap.
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat dan meyebabkan bengkak.
Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara.
Bayi perlu menyusu di sebelah payudara sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Tertinggal sesi memerah.
Bagi ibu yang bekerja tertinggal sesi memerah ketika bekerja juga menyumbang kepada masalah bengkak susu.
Pam susu.
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara, sekaligus menyebabkan masalah bengkak susu kerana susu dikeluarkan sehingga kosong.
TIPS/PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU
Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan.
Isi air panas dlm botol dan golek-golekkan di bahagian ketulan.
Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah areola di seluruh payudara.
Susukan bayi/perah susu sekerap mungkin. Sambil golekkan botol air panas tadi di kawasan bengkak sepanjang sesi penyusuan/memerah.
Elakkan ais, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas setiap 1 jam.
Urutan/tuam membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.
Jika kulit di bahagian payudara yang bengkak kemerahan, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Tuam dengan tuala sejuk/botol berisi air sejuk selama 10-15 minit dulu sebelum tuam menggunakan botol berisi air panas untuk menghilangkan radang.
p/s: Jangan main-main tau dengan bengkak susu ni, bahaya. Kerapkan sesi penyusuan kepada ibu suri rumah dan kerapkan sesi memerah kepada ibu yang bekerja.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.