Arif Demam, Tya Susah Hati. Ibu Sanggup Sakit Berbanding Tengok Arif Tak Bermaya

Share

Anak sakit, anak demam ibulah orang yang paling susah hati. Tak kiralah anak kecil atau pun dah besar. Ibaratnya kalau anak sakit, biarlah kesakitan itu ibu yang tanggung.

Bagi Tya Arifin, bila Arif demam sangat susah hati. Lagi-lagi tengok anak dalam keadaan tak bermaya dan lemah.

Nak tinggalkan bersendirian tak sampai hati. Nak tidur pun tak lena. Sanggup jadi security semata-mata nak pastikan Arif cepat sembuh.

Menerusi ruangan komen, peminat Tya berkongsi beberapa tip yang boleh dilakukan bila anak demam.

Antaranya ada yang syorkan letak kain basah di kedua-dua ketiak, bagi ais krim vanila dan kerap jerlum kepala. Cara ini boleh cepatkan turun suhu anak yang panas.

Teknik jerlum pun ada caranya juga. Salah seorang netizen syorkan guna jari jemari dengan air suam. Logiknya air suam membuka rongga-rongga dan keluarkan haba panas dari badan. Itu yang diajar oleh nurse.

Ramai yang mendoakan agar Arif cepat sembuh dan kembali ceria seperti biasa. Bila tengok Arif demam sampai merah bibir rasa tak sampai hati.

Sumber: Ig Tya Arifin

Published by
Wan Amy