Kehamilan

Arif Gembira & Teruja Nak Dapat Adik, Asyraf Khalid Terkejut Tya Ariffin Hamil Anak Kedua

Share

Arif Jiwa,  begitu gembira & teruja menerma berita kehamilan ibunya, Tya Ariffin. Gelagat instafamous cilik ini tatkala menerima berita kehamilan ibunya itu menarik perhatian netizen.

Ariff dalam video tersebut telah menerima alat penguji kehamilan daripada Tya dan kemudian menyerahkan kepada ayahnya, Asyraf. Kejutan dari Tya membuatkan Asyraf terkejut dan Arif juga gembira dan ketawa.

Berita kehamilan ini dikongsikan oleh Asyraf Khalid & Tya Ariffin di media Instagram. Katanya, ia adalah berita yang menggembirakan buat mereka sekeluarga.

Manakala Tya pula mengesahkan berita kehamilannya kini berusia 17 minggu. Aktres kecil molek ini juga memohon doa dari semua agar bayi dalam kandungannya sihat.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah gelagat Arif dalam video terbabit yang kelihatan sangat gembira. Tidak kurang juga ucapan tahniah daripada para follower.

DATUK SRI SITI NURHALIZA JUGA TURUT MENGUCAPKAN TAHNIAH

 

Sumber: asyrafkhalid & tyaariffinw


Sel stem memang seelok-eloknya disimpan untuk kegunaan anak dan adik-beradiknya. Keajaiban sel stem mempunyai banyak manfaatnya. Nak tahu lebih lanjut, boleh ikuti rancangan TV Pa&MA yang mengetengahkan tajuk Kepentingan Stem Cell pada 11 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima (105) & Astro Maya HD (135). Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam. 

Published by
Azma ML