Arif Jiwa Asyraf, si comel ini sering kali dikenali dengan jolokan PipiPao. Selalu ceria dan  Siapa tidak kenal instafamous cilik ini. Tapi ada 7 fakta yang anda mungkin tidak tahu mengenainya!

Pemenang trofi Si Cilik MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) ini memang ceria & happy baby.

Si kecil ceria yang dilahirkan pada 31 Mac 2017 yang sentiasa cergas dan ceria. Semasa kru PA&MA tiba untuk penggambaran kulit depan majalah, Arif menyambut kami dengan senyuman yang paling manis. Si kecil ini ternyata seorang morning person kerana mempunyai mood yang sangat baik seawal pagi. Melihat gelagat dan wajahnya yang manis pun boleh buat hati terhibur!

JAGA QC

Semasa photoshoot diadakan pelbagai lagu dinyanyikan Tya untuk menghiburkan Arif. Ada juga beberapa lagu yang diciptanya sendiri untuk Arif. Lagu daripada jam iaitu Good Morning Arif mampu membuatkan Arif menari riang manakala Baby Shark Do Do pula memberikan mood ceria.

Nak buat challenge jugalah Arif ?????? #kekechallenge

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on

IKLAN

Telatah yang paling lucu terjadi apabila dia  memeriksa setiap foto yang dirakam jurufoto. Sehingga kru mengatakan Arif jaga quality control untuk setiap gambar! Proses fotografi juga berlangsung berjalan lancar kerana mendapat kerjasama yang baik daripada Arif dan Tya.

7 FAKTA MENGENAI ARIF JIWA

#1 Kata Tya, kalau mahu lihat Arif ceria, boleh main peekaboo dengannya. Dia suka main cak cak. Dan dia minat baca buku jenis bergambar. Selalunya masa untuk membaca ialah sebelum tiba waktu tidur siang Arif.

IKLAN

#2 Tidak sangka bayi yang ‘semangat’ ini rupanya baby susu ibu. Sehingga kini dia masih menyusu daripada ibunya. Tya berharap agar boleh menyusukan Arif sehingga usianya dua tahun.

#3 Syukur juga Arif tiada masalah makan. Semua makanan yang dimakan oleh Tya dia boleh makan tanpa masalah. Makanan kesukan Arif ialah strawberi. Arif sukakan buah-buahan yang masam. Limau dan mangga pun dia suka. Selain buah masam, dia juga menggemari avokado.

#4 Si cilik ini juga rupa-rupanya suka bermain air. Tidak seperti kanak-kanak yang menangis setiap kali waktu mandi, Arif pula gembira bila tiba waktu mandi. Dia akan seronok kerana tahu akan berpeluang untuk bermain air. Kata Tya, Arif memang suka kolam renang dan bermain di kolam renang.

Swimming time ?

A post shared by Arif Jiwa Asyraf (@arifjiwaasyraf) on

IKLAN

#5 Saat pertama kali Arif berjumpa Siti Aafiyah atau lebih mesra dipanggil Aunty Princess oleh Arif, dia kelihatan teruja. Arif mahu memegang dan sentuh, maklumlah pertama kali melihat bayi kecil dia mungkin tertanya-tanya. Namun setelah beberapa kali berjumpa, Arif akhirnya faham Aunty Princess ialah bayi. Dia mula main cak cak dengan Aafiyah. Bila disuruh cium Aafiyah, dia cium. Tya juga mengajar Arif cara untuk bermain dengan ibu saudara kecilnya itu.

Arif Jiwa Bakal Kuasai Dua Bahasa. 7 Fakta Mengenai Si Cilik Ini Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

#6 Arif adalah berdarah kacukan Indonesia daripada ibunya dan Malaysia daripada ayahnya. Maka, sudah tentu Arif akan diajar kedua-dua bahasa Indonesia dan Malaysia. Harapan Tya agar Arif agar dia boleh berbakti kepada orang tua dan keluarga dan menjadi orang yang berguna untuk bangsa dan negara.

#7 Dia juga tidak kisah sekiranya anaknya mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni daripada kecil. Apa pun, Tya dan Asyraf perlu meneliti tawaran yang berikan agar ia bersesuaian dengan usia dan perkembangan diri Arif.

Sumber: Majalah PA&MA & Instagram Arif Jiwa Asyraf

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI